Seremban:
Jabatan Pendidikan negeri mengarahkan semua sekolah yang membalas e-mel palsu
kononnya dari Jabatan Akauntan Negara supaya segera menutup akaun gaji sedia
ada dan membuka akaun baru.
Pengarahnya
Kalsom Khalid berkata, tindakan perlu dibuat minggu ini untuk mengelakkan guru
serta kakitangan sekolah berdepan masalah pembayaran gaji, bulan ini.
Menurutnya,
beberapa sekolah di negeri ini menerima e-mel palsu kononnya dari Jabatan
Akauntan Negara yang meminta mereka mengemas kini pangkalan data termasuk
nombor akaun gaji kakitangan.
Harian
Metro difahamkan, kebanyakan kerani sekolah menerima e-mel dari
aminmoe.gov@mail.com yang mempunyai logo Jabatan Akauntan Negara meminta
mengemas kini maklumat seperti kad pengenalan, nombor akaun bank dan jenis bank
sebelum wang mereka lesap dari akaun masing-masing keesokan harinya. “Terdapat
beberapa sekolah membalas e-mel itu, tetapi setakat ini belum timbul sebarang
masalah kerana gaji September sudah dibayar.
“Gaji
Oktober dibayar lebih awal, mungkin minggu depan.
“Untuk
mengelakkan masalah pada gaji bulan ini, guru sekolah terbabit perlu bertindak
cepat menutup akaun gaji sedia ada dan membuka akaun baru,” katanya.
Sementara
itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Negeri Sembilan Superintendan
Ramli Mohd Nor yang dihubungi berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.
-
hmetro
0 comments:
Post a Comment