Warga
pendidik Malaysia perlu mengadaptasi dasar dan amalan pendidikan untuk
disesuaikan dengan perubahan dan perkembangan pesat yang berlaku di seluruh
dunia.
Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menganggap kepesatan
kemajuan pendidikan dunia kini sebagai amat luar biasa.
Sehubungan
itu, Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata negara perlu bergerak
seiring dengan keadaan itu.
"Sebagai
pendidik, kita tidak boleh berpeluk tubuh dan hanya memerhati revolusi dalam
pendidikan ini berlalu begitu sahaja," katanya ketika merasmikan
Konvensyen
ke-29 Majlis Guru-Guru Asean, di sini, malam tadi.
Menegaskan
pendidikan amat penting untuk pertumbuhan negara di masa depan, Muhyiddin berkata,
ia memainkan peranan amat penting dan menjadi asas untuk generasi muda membuat
persediaan untuk menghadapi cabaran masa depan.
"Kita
perlu melengkapkan generasi masa depan kita dengan pengetahuan dan kemahiran
dan menanamkan sikap mengutamakan inovasi dalam diri mereka.
"Kita
juga perlu memberikan mereka pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam usaha
mengeluarkan pekerja berpengetahuan yang mampu cemerlang dalam dunia yang serba
kompetitif," kata Muhyiddin.
Timbalan
Perdana Menteri, berkata kementerian komited untuk membangunkan sistem
pendidikan yang dapat memenuhi keperluan pelajar dan negara.
"Kita
patut membabitkan guru dan masyarakat untuk bersama-sama melaksanakan
dasar-dasar pendidikan yang kita rumuskan di negara masing-masing,"
katanya.
Mengenai
konvensyen empat hari itu, Muhyiddin berharap pengetahuan dari segi teori dan
kemahiran praktikal diperoleh peserta akan membolehkan mereka membangunkan
sistem pendidikan lebih baik di negara mereka.
Beliau
percaya konvensyen itu akan mewujudkan kerjasama pembelajaran profesional dalam
kalangan negara yang mengambil bahagian yang akan menghasilkan banyak faedah
bagi pihak berkepentingan.
Kira-kira
900 perwakilan dari negara Asean iaitu Brunei, Indonesia, Thailand, Kemboja,
Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura dan Vietnam serta Korea Selatan
menghadiri konvensyen itu.
-
Bernama
0 comments:
Post a Comment