Pengenalan
Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) memberikan reaksi yang
pelbagai khususnya dalam kalangan guru. Sejak diperkenalkan, antara perkara
yang sering menjadi rungutan ialah masalah yang berkaitan dengan teknologi.
Bayangkan,
dengan jumlah guru yang mencecah setengah juta, jika sistem teknologi yang
digunakan tidak dapat menampung keperluan yang sepatutnya, tentulah lebih
banyak masalah bakal timbul.
Oleh
itu ramai kalangan guru yang meluahkan perasaan dan memberi saranan agar sistem
ini dipertingkatkan. Yang berikut adalah salah satu daripada luahan hati guru
yang terbabit.
Aduan penggunaan Internet
Explorer dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Assalamualaikum,
Saya
ingin membuat aduan berkenaan dengan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (SPPBS) yang di jalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Berikut
adalah aduan saya:
1.
Sistem SPPBS memaksa guru-guru menggunakan browser Internet Explorer versi 7-9
yang tidak lagi digunakan di kebanyakkan komputer zaman sekarang. Ia
mengandungi banyak 'holes' dan masalah security pada browser yang berbahaya dan
terdedah kepada pengguna sebab boleh disalah guna untuk penyebaran virus dan
malware ketika user online. Takkan beratus-ratus pegawai IT di KPM tidak boleh
mengenalpasti perkara asas seperti ini?
2.
Microsoft sendiri tidak menggalakkan penggunaan browser tersebut sekarang.
Bagaimana KPM boleh membuat sistem yang menggunakan teknologi lama dan tidak
compatible kepada hampir semua browser utama (yang lebih selamat) di seluruh
dunia? Sistem tersebut TIDAK BOLEH digunakan di Chrome, Mozilla dan Safari yang
mewakili hampir 80 peratus pengguna komputer di seluruh dunia.
3.
Kenapa semasa proses development sistem TIDAK mengambil kira perkara ini yang
menyusahkan ramai pengguna sistem tersebut? Adakah penggunaan Microsoft Server
yang mahal tersebut berbaloi dengan kos sistem tersebut yang jauh lebih murah
menggunakan open sources seperti Linux, Redhat dan sebagainya. Berapa banyak
pembaziran oleh KPM membangunkan sistem yang berpuluh juta ini.
4.
Ia juga menyebabkan beribu-ribu pengguna Mac (Apple) langsung tidak boleh
menggunakan sistem ini kerana ia hanya boleh menggunakan Internet Explorer.
5.
Selain itu, disebabkan bandwidth laman KPM yang terhad, sistem SPPBS yang
dilaksanakan oleh KPM tersangat perlahan untuk di access oleh beratus ribu guru
di seluruh Malaysia dalam tempoh yang sama. Ramai guru terpaksa bangun pukul
2-3 pagi semata-mata nak mengisi markah murid yang langsung tidak dapat di
masuki pada sebelah siang. Ditambah dengan tarikh tutup yang ditetapkan oleh
KPM kepada beratus ribu guru.
Saranan
saya :
1.
Penambahbaikan sistem dalam stage akan datang yang membolehkan sistem di access
oleh semua browser (compatibility). Semua orang yang develop sistem benci dan
mengelakkan menggunakan Internet Explorer (versi 10 dan ke bawah) yang
developer tahu kelemahannya yang ketara. Tetapi kerajaan menggunakan juga
sistem ini. Semua orang mengelakkan sistem ketinggalan zaman yang masih
menggunakan Internet Explorer pada tahun 2013.
2.
Bandwidth server untuk access ke dalam sistem perlu di tambah. Fikirkan
berpuluh ribu guru seluruh Malaysia access pada masa yang sama terpaksa
membuang masa terlalu lama memasukkan data, tidur lewat malam, bangun awal pagi
semata-mata kelemahan sistem ini. Kemudian mengajar pada waktu siang pula.
Pernah orang KPM mengambil kira perkara ini?
Harap
dapat membuat penambahbaikan secepat mungkin untuk kebaikan semua. Idea KPM dalam
SPPBS ini amat dipuji dan sepatutnya perkara begini tidak berlaku sebab skala
penggunakan sistem yang meliputi beratus ribu pengguna.
Ia
hanya menyebabkan matlamat utama penggunaan sistem ini sukar di capai dan ia
hanya menyusahkan guru-guru yang semakin terbeban. Bukan terbeban memasukkan
data tetapi terbeban menunggu sistem loading dan tak compatible yang memakan
masa terlalu lama untuk di access.
Wassalam
Guru
IT
-
Aduan
1 comments:
Sepatutnya semua aplikasi kerajaan seperti SPPBS, HRMIS dll boleh digunakan/disesuaikan dgn pelbagai browser, bukan terhad kpd IE saja. Harap ada perubahan dari pihak berkenaan.
Post a Comment