
Manusia dijadikan Tuhan dengan fitrah
bahawa setiap seorang daripada mereka dibekalkan dengan potensi ingin tahu,
dihormati, diterima pendapatnya, dipenuhi kehendaknya dan tidak tercabar maruah
diri serta keluarga atau lingkungan hidupnya. Kesemua itu mendorong manusia
mempertahankan keyakinan, kepercayaan dan pendapatnya apabila disangkal atau
dicabar. Perselisihan, persengketaan hatta peperangan boleh terjadi kerana
perbezaan pendapat antara seorang dengan seorang yang lain adalah juga fitrah.
Tidak ada satupun pendapat yang benar-benar sama dimiliki oleh dua orang yang
berbeza.
Sejarah perselisihan pendapat berlaku
seawal Nabi...

Kementerian
Pendidikan akan mengintegrasikan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (SPPBS) dan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) sebagai satu pengkalan data
bagi meringankan beban guru di sekolah dalam tempoh dua bulan akan datang.
Langkah
itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia iaitu Pengintegrasian 1Data.
Ketua
Setiausaha kementerian, Datuk Dr Madinah Mohamad berkata melalui langkah itu,
guru hanya perlu memasukkan maklumat pengoperasian harian sekolah menggunakan
satu sistem.
"Kementerian
sedang meneliti dan berusaha mengintegrasikan kedua-dua sistem ini dan guru
tidak...

CUEPACS
mahu penambahbaikan skim perkhidmatan kakitangan awam tidak terhad kepada 81
skim sahaja sebaliknya meliputi kesemua lebih 200 skim.
Presidennya,
Datuk Omar Osman berkata penambahbaikan skim perkhidmatan awam perlu dibuat
secara menyeluruh bagi mengelak produktiviti dalam kalangan 1.3 juta penjawat
awam terjejas jika 81 skim sahaja ditambah baik.
"Kita
berharap bukan hanya untuk 81 skim sahaja, kita ada lebih 200 skim. Kita mahu
sebelum 31 Dis ini, kalau boleh semua skim dapat penyelesaian," katanya
semasa melawat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Padang Jawa Khamis.
Sebelum
ini, beliau berkata kesatuan sekerja...

Ketua
Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, satu pekeliling mengenai 81
skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah bajet 2014 akan dikeluarkan
bulan depan untuk penjawat awam yang diberikan peluang dari segi peningkatan
gred jawatan.
Beliau,
yang turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang bersetuju mengadakan
kajian semula skim perkhidmatan awam berkata, ia telah sampai ke peringkat
akhir setelah melalui satu proses ketat untuk mendapatkan persetujuan.
"Semua
skim ini kita buat kajian semula dengan melibatkan semua.
Kita
bermesyuarat dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan...

Sistem pendidikan di Malaysia melalui
aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-3025 (PPPM)
memerlukan mereka mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) atau Higher
Order Thinking Skills (HOTS) yang amat bersesuaian dengan keperluan
pembelajaran Abad ke-21.
Kemahiran berfikir aras tinggi
memerlukan murid mengguna minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran
baru.
Ledakan teknologi maklumat telah
mengubah landskap pendidikan di peringkat global apabila guru bukan lagi
pendeta di atas pentas untuk menjadi rujukan murid tetapi hanya menjadi
fasilitator di sisi murid.
Maklumat dapat dicapai...

Saya
Jerry Thomas, seorang penyelidik sarjana dalam bidang kewartawanan di
Universiti Usmania. Saya mempunyai soalan untuk awak;
Pertama:
Saya sentiasa mengetahui yang Al-Quran tidak lengkap tanpa hadis. Dan sekarang
kamu merujuk kepada kitab suci yang lain juga. Oleh kerana kamu telah merujuk
kepada Bible. Bible menyatakan sesiapa yang menafikan Jesus Christ dia adalah
ruh kepada Anti Christ (Dajjal). Itu adalah ramalan. Dan saya juga mengetahui
yang hadis menyatakan yang (Nabi) Muhammad mempunyai inspirasi diabolical
(berkenaan atau seperti syaitan). Apa yang patut saya rumuskan dari hal ini?
Pertanyaan
pemuda Kristian...

Bahagian
pengurusan sekolah harian telah mengeluarkan Takwim Persekolahan Sesi 2014
dengan perincian persekolahan mengikut penggal seperti mana berikut:
PERINCIAN PERSEKOLAHAN MENGIKUT PENGGAL
KUMPULAN A :
Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan
dan Terengganu
PERINCIAN PERSEKOLAHAN MENGIKUT PENGGAL
KUMPULAN B :
Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau
Pinang, Perak,
Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor,
Pahang, Sabah, Sarawak,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan
& Putrajaya
Muat turun: Takwim Persekolahan 2014
...

Kerajaan berusaha menyelesaikan masalah
gangguan sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sekolah bagi
memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) mencapai objektif
pelaksanaannya.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris
Jusoh berkata, matlamat PPPM adalah menjadikan sekolah di Malaysia satu pertiga
terbaik di dunia menjelang tahun 2025.
Menurutnya, kerajaan akan meminta
kerjasama operator dan pembekal terbabit meningkatkan tahap kelajuan jalur
lebar di sekolah.
“Masalah ICT akan dipertingkatkan
termasuk isu kelajuan dan sambungan jalur lebar selaras dengan hasrat kerajaan
bagi memastikan penggunaan...

Pengenalan
Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) memberikan reaksi yang
pelbagai khususnya dalam kalangan guru. Sejak diperkenalkan, antara perkara
yang sering menjadi rungutan ialah masalah yang berkaitan dengan teknologi.
Bayangkan,
dengan jumlah guru yang mencecah setengah juta, jika sistem teknologi yang
digunakan tidak dapat menampung keperluan yang sepatutnya, tentulah lebih
banyak masalah bakal timbul.
Oleh
itu ramai kalangan guru yang meluahkan perasaan dan memberi saranan agar sistem
ini dipertingkatkan. Yang berikut adalah salah satu daripada luahan hati guru
yang terbabit.
Aduan penggunaan Internet
Explorer...

Surat
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia
KP.LP.002.01.01.06.Jld.3(21) bertarikh 2 Oktober adalah dirujuk. Dimaklumkan
bahawa kemasukan prestasi murid ke dalam SPPBS bagi tahun 2013 akan ditutup
pada 1 Disember 2013 (Ahad).
Keratan Surat Berkaitan Tarikh Tutup Kemasukan
Prestasi Murid Ke SPPBS
Semua
guru yang terlibat dapat menyelesaikan kemasukan prestasi akademik dan
non-akademik murid Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 dapat
dilaksanakan sebelum tarikh berkenaan.
Dimaklumkan
Lembaga Peperiksaan tidak akan melanjutkan lagi tarikh tutup berkenaan
memandangkan Kementerian...

Majlis
Guru-Guru Asean (ACT) meluluskan empat resolusi yang menekankan peranan
profesionalisme dalam menyampaikan pendidikan berkualiti ke arah merealisasikan
matlamat Komuniti Asean 2015.
Presiden
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Hashim Adnan berkata
pendidikan berkualiti harus dicapai melalui syarat kemasukan yang ketat,
latihan dan pembangunan guru profesional secara berterusan.
Bagi
mencapai matlamat ini beliau menegaskan pendidikan berkualiti memerlukan tiga
elemen penting iaitu pembelajaran dan pengajaran berkualiti; kurikulum
kontemporari, alat dan sumber pembelajaran untuk melengkapkan pembelajaran
kanak-kanak...

Warga
pendidik Malaysia perlu mengadaptasi dasar dan amalan pendidikan untuk
disesuaikan dengan perubahan dan perkembangan pesat yang berlaku di seluruh
dunia.
Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menganggap kepesatan
kemajuan pendidikan dunia kini sebagai amat luar biasa.
Sehubungan
itu, Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata negara perlu bergerak
seiring dengan keadaan itu.
"Sebagai
pendidik, kita tidak boleh berpeluk tubuh dan hanya memerhati revolusi dalam
pendidikan ini berlalu begitu sahaja," katanya ketika merasmikan
Konvensyen
ke-29 Majlis Guru-Guru Asean, di sini, malam tadi.
Menegaskan
pendidikan...

Setiap orang mungkin pernah mengalami
perasaan ini, iaitu satu perasaan irihati terhadap orang lain yang memiliki
kebaikan atau kelebihan. Perasaan ini mungkin bersama dengan harapan untuk
mendapat kebaikan atau kelebihan yang dimiliki oleh orang tersebut. Dan pada masa
yang sama juga mungkin irihati itu bersama cita-cita untuk melihat kejatuhan
orang yang diirihatikan itu. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud;
"Jikalau kamu semua mendapatkan kebaikan, maka hal itu tidak
menyelesakan hati mereka sedang jikalau kamu semua mendapat kemudaratan, maka
merekapun bergembira disebabkan kemudaratan tersebut." (Surah al-Imran:
120)
Apakah...
Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.