Friday, February 22, 2013

Renungan: Cara Membaiki Diri

Tiada siapa yang dapat melepaskan diri dari musibah atau malapetaka atau kesusahan. Tidak kira samada manusia itu mukmin atau kufur. Itu juga merupakan bukti yang sangat jelas dan nyata bahawa Allah SWT itu Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. Bagi manusia kufur sepatutnya mereka insaf dan sedar bahawa Allah SWT itu wujud dan berkuasa ke atas sekelian alam ini. Bagi orang beriman pula akan bertambah keimanannya kerana menyedari bahawa manusia ini lemah dan mesti tunduk kepada Allah SWT samada secara terpaksa mahupun sukarela. Musibah atau malapetaka akan menambah dan meningkatkan iman orang mukmin kerana mereka semakin dapat...

Tuesday, February 19, 2013

Seramai 2,791 Graduan Pendidikan Dilantik Terus Ke DG41

KUALA LUMPUR: Seramai 2,791 daripada 7,824 graduan pendidikan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) tahun lepas akan dilantik terus ke Gred DG41. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dalam satu kenyataan di sini Selasa memaklumkan mereka tidak perlu menghadiri temu duga kerana mencapai keputusan cemerlang dengan memperoleh Gred Purata Kumulatif (CGPA) 3.5 dan ke atas, serta mendapat sekurang-kurangnya keputusan A- dalam latihan praktikal. "Bagaimanapun, graduan tersebut perlu menjalani sesi penilaian khas yang akan dilaksanakan oleh SPP, dan diperakui oleh IPTA dan IPGM," menurut...

Saturday, February 16, 2013

Guru Perlu Bersiap Siaga Tinggi, Terus Tingkat Kualiti Pendidikan

ALOR SETAR: Guru harus berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi untuk terus meningkatkan tahap serta kualiti pendidikan ke arah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata guru juga harus mempunyai semangat patriotisme, profesionalisme dan mempunyai iltizam yang tinggi sehingga ke peringkat persaraan wajib dalam menjana modal insan negara yang berkualiti. "Hakikatnya untuk tempoh 12 tahun akan datang, guru sebagai ejen pelaksana utama perlu berada di tahap siap siaga yang tinggi berlandaskan komitmen, kesungguhan dan kesediaan untuk...

Hanya Satu Kredit Dalam SPM Untuk Masuk Ke Kolej Komuniti

PASIR GUDANG: Mulai tahun ini, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya memerlukan kelulusan minima satu kredit untuk melanjutkan pengajian di kolej komuniti berbanding kelulusan tiga kredit sebelum ini. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia merupakan antara penambahbaikan dan inisiatif baharu kementerian terhadap kolej komuniti dalam usaha menjayakan dasar Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). "Selain itu, golongan yang sudah bekerja boleh menyambung pengajian peringkat sijil dan diploma di kolej komuniti," katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Mesra Komuniti...

Friday, February 15, 2013

Meteor besar terhempas di Rusia

MOSCOW: Sebuah meteor besar menjunam dan meletup di wilayah tengah Rusia hari ini dan mencetuskan gelombang kuat yang memecahkan tingkap dan mencederakan sekitar 950 orang dalam kejadian yang belum pernah berlaku di zaman moden ini. Kejadian luar biasa itu mengakibatkan lalulintas terhenti di bandaraya Chelyabinsk apabila orang ramai yang terkejut, berhenti memandu untuk melihat meteor yang menyala bergerak melintasi ruang udara. Para pakar berkata hentaman meteor sebesar itu yang dianggarkan seberat puluhan tan, amat jarang berlaku, begitu juga dengan jumlah mangsa di tempat kejadian. Kementerian kecemasan pada awalnya...

Renungan: Mengapa Pentingnya Menjaga Hati

Lazimnya manusia sangat memberi perhatian dan mengawasi kesihatan fizikal. Pengawasan dibuat dengan seribu macam cara. Apabila mengalami sakit atau sebarang gangguan, biasanya tanpa lengah lagi manusia akan segera menemui doktor. Andainya tidak berkesan, berpindah pula ke doktor lain atau rawatan pakar. Anehnya, tidak demikian sikap manusia dalam menghadapi penyakit hati atau rohani. Sama ada manusia mengambil sikap terus tidak peduli langsung atau mereka memandang remeh terhadap persoalan hati atau roh. Padahal kesan dan akibat daripada penyakit hati atau roh bukan sahaja mencetuskan berbagai kejahatan dan kemungkaran malah akan...

Thursday, February 14, 2013

NPQEL Sebagai Prasyarat Pelantikan Pengetua/Guru Besar

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menetapkan bahawa mulai 2014 Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) yang dikeluarkan oleh Institut Aminufin Baki (IAB) Kementerian Pelajaran Malaysia menjadi prasyarat pelantikan pengetua/guru besar di Malaysia. Ketetapan ini bermakna sesiapapun guru di Malaysia yang ingin menjadi pengetua di sekolah menengah dan guru besar di sekolah rendah diwajibkan memiliki NPQEL selain syarat-syarat lain. Sama ada para guru menyedarii atau tidak perkara ini, mereka tidak boleh protes jika tidak...

Wednesday, February 13, 2013

Trauma Akibat Dirotan Dan Dihalau Guru

BUTTERWORTH: Seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah. Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di sini, kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah. Bercakap kepada pemberita di sini Rabu, katanya anaknya memaklumkan guru itu turut mengarahkannya mengambil borang tukar sekolah dan berpindah sekolah. Syahrul yang berkerja sendiri berkata dia mengetahui kejadian itu pada kira-kira 9.30 pagi Jumaat apabila dihubungi...

Sunday, February 10, 2013

Pembinaan Watak Bermula Di Sekolah

Pendidikan 6 tahun di sekolah rendah penting bina minda kelas pertama Selepas lebih 50 tahun meninggalkan Sekolah Kebangsaan Jementah, Sagamat, baru-baru ini saya telah diundang untuk mewakili alumni menyampaikan ucapan sempena Majlis Menyambut Maulidur Rasul. Bangunan kayu tempat pertama kali saya menjejakkan kaki ke sekolah telah dirobohkan dan diganti dengan dua blok bangunan konkrit bertingkat. Suasananya banyak berubah, tetapi Sungai Jementah yang mengalir di belakang sekolah masih kelihatan seperti dahulu, cuma ia semakin menyempit dan airnya berkurangan. Jemputan ini sangat bermakna bagi saya. Terima kasih kepada Mohmad...

Friday, February 8, 2013

SEMAK KEPUTUSAN AKHIR NPQEL 2013

Setelah beberapa hari memantau laman Institut Aminuddin Baki (IAB) bagi mengetahui status keputusan temuduga Kursus NPQEL, hari ini barulah pihak IAB mengeluar Keputusan Kelayakan Kursus NPQEL 2013 yang boleh disemak di Portal IAB. Semakan keputusan kelayakan NPQEL 2013 juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas telefon mySMS; Taip : iabsemaknpqel2013no kad pengenalan dan hantar ke : 15888 Semakan segera keputusan temuduga Kursus NPQEL boleh dibuat dengan mengklik link berikut: SEMAK KEPUTUSAN AKHIR NPQEL 2013. - Institut Aminuddin Baki...

Pengurangan Beban Tugas Guru Akan Diberi Perhatian Segera

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kaedah untuk mengurangkan beban tugas pentadbiran guru akan diberi perhatian segera dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Perdana Menteri berkata langkah tersebut memerlukan tindakan supaya guru boleh menumpukan sebahagian besar masa mereka pada fungsi pengajaran teras. Beliau berkata aspek bebanan tugas guru merupakan antara perkara yang telah dibincangkan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran. "Itulah pembaharuan yang kita akan laksanakan bagi mengurangkan beban guru dalam tugas yang tiada kaitan dengan tugas...

Renungan: Belajar Sedikit Tapi Faham Banyak

Para Sahabat di zaman awal Islam, sedikit sahaja diajar oleh Rasulullah SAW, mereka dapat faham dengan banyak, luas dan mendalam. Segala apa yang Rasulullah ajar, mereka mampu mengembangkan, mengaitkan, mengkiaskan dan mensyarahkannya hingga ia menjadi sumber ilmu yang lengkap dan menyeluruh. Berlandaskan ilmu yang diajarkan oleh Rasulullah SAW itu juga, para Sahabat mampu mentafsir dan mengembangkan ayat-ayat AI Quran. Sayidina Ali contohnya, mampu mengupas Surat Al Fatihah hinggakan kalau sepuluh ekor unta pun tidak akan cukup untuk memikul kitab-kitab kupasan dan tafsirannya itu. Rasulullah SAW sendiri memang percakapannya...

Thursday, February 7, 2013

Diterima Masuk Ke Kursus NPQEL

Sebelum ini saya telah menghadiri temuduga Kursus NPQEL dan saya telah menjangkakan, saya berjaya dalam temuduga tersebut. Seperti dimaklumkan semasa temuduga, kursus akan bermula 12 Februari 2013. Oleh kerana sekolah ditempat bertugas akan mula bercuti sempena Tahun Baru Cina bermula 8 Februari hingga 16 Februari 2013, atas dasar tanggungjawab terhadap sekolah dan anak murid, saya telah menghubungi pihak Institut Aminuddin Baki (IAB) untuk mendapat keputusan temuduga yang telah dihadiri. Alhamdulillah, saya telah dimaklumkan secara lisan (surat menyusul kemudian tapi agak dukacita sebab rakan iaitu PKKO SK Pulau Redang gagal dalam...

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi