Tiada suatu pun
keburukan dari akhlak Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, sehingga Allah SWT
menjadikannya sebagai ‘Uswatun Hasanah’ bagi seluruh umat manusia. Dan kita
sebagai umat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, ada baiknya dan seharusnya
kita mengetahui latar belakang Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
BIODATA RASULULLAH
SAW
Nama:
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hashim.
Tarikh Lahir:
Subuh hari Isnin, 9 Rabiul Awwal
bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa
tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat Lahir:
Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama Bapa:
Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hashim.
Nama Ibu:
Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf..
Pengasuh Pertama:
Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu
Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu Susu Pertama:
Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu Susu Kedua:
Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah
(lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
PERJALANAN HIDUP
RASULULLAH SAW
Usia 1 Hari:
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dilahirkan dalam
keadaan suci bersih, cahaya terpancar dari tubuhnya dan tali pusatnya sudah
sedia terpotong serta telah siap berkhitan.
Usia 5 Bulan:
Pada usia 5 bulan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam sudah pandai berjalan dan berlari.
Usia 9 Bulan:
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
pada usia 9 bulan sudah mampu berbicara dengan lancar.
Usia 2 Tahun:
Ketika usia 2 tahun, Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam sudah boleh dilepaskan bersama anak-anak Halimah
yang lain untuk menggembala kambing yang saiznya lebih besar daripada tubuhnya.
Baginda juga selama beberapa waktu menggembala kambing orang Mekah di kawasan
Qararit.
Usia 4 Tahun:
Dua malaikat membelah dada Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam bagi mengambil jantung dan hatinya, kemudian
malaikat membukanya untuk mengeluarkan darah kotor dan menyucikan hatinya
dengan hikmah dan salju. Peristiwa ini disaksikan oleh anak-anak dari keluarga
Sa’d yang berlari pulang sambil berkata kepada ibu-bapanya: “Saudara kami yang
dari Quraisy itu telah diambil oleh dua orang laki-laki berbaju putih. Dia
dibaringkan, perutnya dibedah, sambil di balik-balikan.”
Usia 6 Tahun:
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit
dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah
dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam) dan dibiayai oleh datuknya Abdul
Muthalib.
Usia 8 Tahun:
Datuknya, Abdul Muthalib pula meninggal
dunia. Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam dipelihara pula oleh bapa saudaranya,
Abu Talib.
Usia 12 Tahun:
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
ketika sedang beristirehat di wilayah Bushra dalam perjalanan untuk berdagang
bersama bapa saudaranya, Abu Talib ke Syam (Syria). Di kota Busra, negeri Syam,
seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) menceritakan kepada
ketua-ketua rombongan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab
yang akan lahir pada masa itu.
Pendeta Bahira telah melihat
tanda-tanda kenabian pada diri Muhammad. Beliau menceritakan bahawa kedatangan
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ketika itu diiringi dengan gumpalan awan
yang menutupinya dari cahaya matahari. Dia juga sempat berdialog dengan Baginda
dan menyaksikan adanya sebuah Khatamun Nubuwah (tanda kenabian) di badan Nabi
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Usia 20 Tahun:
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu
Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’, jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika
itu usia Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ialah 14 atau 15 tahun. Baginda
menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak
panah sahaja. Menyaksikan ‘perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk member
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
Usia 25 Tahun:
Bermusafir kali kedua ke Syam atas
urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke
Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda Sallallahu Alaihi
Wasallam bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain
pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah
yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah
sebanyak 500 dirham.
Usia 35 Tahun:
Banjir besar melanda Makkah dan
meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh
pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus
meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
Usia 40 Tahun:
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.
Usia 53 Tahun:
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah
dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada
tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
Usia 63 Tahun:
Kali ke dua malaikat membelah dada
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebelum dibawa Mi’raj ke Sidratul
Muntaha.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
Isra ke Masjidil Aqsa, Palestine dari Masjidil Haram, Makkah lalu Mi’raj ke
Sidratul Muntaha di langit k etujuh dari Baitul Maqdis tidak sampai satu malam
pada tarikh 27 Rajab tahun 11 Hijriah.
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam wafat di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun
11Hijrah/8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI
RASULULLAH SAW
1. Khadijah binti
Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah binti
Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah binti Abu
Bakar (anak Saidina Abu Bakar r.a)
3. Hafsah binti Umar
(anak Saidina Umar bin al-Khattab r.a.)
4. Ramlah binti Abu
Sufian r.a (digelar Ummu Habibah)
5. Hindun binti Abu
Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Juwairiyah (
Barrah ) binti Harith bin Abu Dhiror
7. Safiyyah binti
Huyay bin Akhtab
8. Zainab binti
Jansyin
9. Maimunah Binti
Harith Al-Hilaliyah
10. Asma’ binti
al-Nu’man al-Kindiyah*
12. Umrah binti
Yazid al-Kilabiyah*
13. Zainab binti
Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)*
* Ulama berselisih pendapat tentang kesahihan isterinya
ini.
Nama Isteri Pertama
Dan Usia Baginda Berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah
pada 25 tahun. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam hanya berkahwin dengan
isteri-isteri Baginda 3 tahun setelah kewafatan Siti Khadijah.
ANAK-ANAK RASULULLAH
SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
Rasulullah Hanya
Mempunyai Anak Dari Siti Khadijah:
Putera
1. Al-Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
*Ketiga-tiganya meninggal waktu usia masih kecil.
Puteri
1. Zainab menikah dengan Abil Aash ibnu Rabi ‘bin Abdus
Syam
2. Ruqayah menikah dengan Utbah bin Abi Lahab
3. Ummu Kaltsum menikah dengan Utaibah bin Abi Lahab
4. Fatimah Az-Zahra menikah dengan sayidina Ali bin Abi
Talib ra
Anak Tiri Rasulullah
SAW:
Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda. Anak Saidatina Khadijah bersama bekas suaminya,
Hind bin Habbasy bernama; Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah at-Tamimi.
SAUDARA SUSUAN
RASULULLAH SAW
Saudara Sesusuan
Dari Ibu Susuan, Thuwaibah:
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
Saudara Sesusuan
Dari Ibu Susuan, Halimah Al-Saidiyyah:
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza
3. Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
4. Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA
RASULULLAH SAW
(Anak-Anak Kepada Abdul Muttalib)
Bapa Saudara:
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah *
5. Al-Abbas *
6. Abu Thalib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Kaabah
9. Hijl
10. Zirar
11. Ghaidaq
Ibu Saudara:
1. Umaimah
2. Atiqah #
3. Arwa #
4. Umaimah
5. Barrah
6. Al-Bidha (Ummu Hakim)
7. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) *
* Sempat masuk Islam.
# Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Kasihi Keluarga
Rasulullah SAW
Berdasarkan kepada hadis-hadis,
ketahuilah mencintai keluarga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallamadalah
wajib dan haram hukumnya membenci mereka sebagaimana sabda Baginda Sallallahu
Alaihi Wasallam: “Sesiapa yang mencintai keluargaku maka wajib bersamaku di
dalam syurga dan sesiapa yang membenci keluargaku maka haram baginya
mendapatkan syafa’atku nanti di hari kiamat.”
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku,
maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku
nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya telah ada pada diri
Rasulullah itu contoh tauladan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa
mengharapkan (keredhaan/rahmat) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia
juga banyak menyebut dan mengingati Allah dalam masa susah dan senang.” (Surah
Al-Ahzab; ayat 21).
Video: Ya Nabi Salamun Alaika
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam bishowab.
-
shafiqolbu
0 comments:
Post a Comment