Guru
Besar SK Kajang Utama, Kajang dihukum penjara 3 tahun dan didenda RM30,000 oleh
Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan,
meminta serta memperoleh suapan RM3,000, tiga tahun lalu.
Keputusan
itu dibuat oleh Hakim, M. Bakri Abdul Majid terhadap Abdul Samad Abdul Ghani,
50.
M.
Bakri dalam penghakimannya berkata, pembelaan Abdul Samad adalah rekaan
semata-mata supaya disesuaikan bagi menyatakan wang rasuah tersebut untuk
sumbangan sekolah.
"Mahkamah
tidak terima pembelaan tersebut berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan
termasuklah keterangan pakar yang mengesahkan terdapat pindaan pada borang
permintaan sumbangan,"katanya.
Lelaki
itu didakwa meminta dan memperoleh rasuah RM3,000 daripada pengusaha kantin,
Zainun Hussain bagi menyambung kontrak kantin sekolah bagi sesi 2013.
Dia
didakwa melakukan perbuatan tersebut di
SK Kajang Utama, Kajang, jam 11 pagi pada 8 dan 14 November 2011.
Pendakwaan
dilakukan oleh Timbalan Pendakwaan Raya, Mukhriz Mat Rus mengikut Seksyen 16(a)
(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.
Peguam,
Hazman Harun yang mewakili anak
guamnya memohon penangguhan hukuman penjara untuk memfailkan rayuan.
Hakim
membenarkan penangguhan hukuman penjara dengan jaminan RM8,000.
0 comments:
Post a Comment