Sebanyak
20,000 guru bahasa Inggeris sedia ada akan dilatih semula tahun ini untuk
meningkatkan penguasaan bahasa mereka, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri
Idris Jusoh.
Beliau
berkata untuk permulaan pada Februari ini 9,000 guru akan dilatih manakala
selebihnya akan dilakukan dari semasa ke semasa.
"Jumlah
ini meningkat berbanding 5,000 pada tahun lepas, ini supaya pendedahan yang
diberikan oleh guru mudah difahami pelajar dan seterusnya penggunaan bahasa itu
dapat dicapai dengan baik.
"Ia
juga bagi menyahut seruan kerajaan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 (PPPM) yang ingin meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris
dalam pendidikan," katanya.
Beliau
berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Program Pembantu
Guru Bahasa Inggeris (ETA) Fulbright kepada 100 siswazah dari universiti
terkemuka di Amerika Syarikat di kementerian itu di sini Isnin.
Idris
berkata perancangan tahun depan pula kementerian juga menjangkakan jumlah yang
sama iaitu 20,000 guru akan dilatih.
Terdahulu
mengenai program berkenaan, bakal guru dari Amerika itu akan ditugaskan selama
10 bulan di sekolah menengah dan rendah di enam negeri iaitu Terengganu, Johor,
Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak.
Selain
membantu guru bahasa Inggeris di dalam kelas, mereka juga akan menjalankan
aktiviti luar kurikulum yang dijalankan dalam bahasa Inggeris seperti program
perkhemahan.
-
BERNAMA
0 comments:
Post a Comment