Klik Gambar Untuk Lihat
Status Pencapaian Malaysia Dalam TIMSS dan PISA:
Satu Refleksi
Sistem
pendidikan Malaysia kini menduduki tangga kedua terkebelakang di kalangan
negara-negara Asia Tenggara menurut penarafan Program Penilaian Pelajar
Antarabangsa (PISA), kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
Menurutnya,
kedudukan Malaysia yang corot di belakang Vietnam tidak dapat diterima kerana
negara itu pernah melalui zaman perang dan ekonominya jauh lebih mundur
berbanding Malaysia.
"Bukan
sahaja Malaysia jauh ketinggalan dengan Singapura yang menduduki tangga kedua
pencapaian di seluruh dunia, kini kita dikejutkan dengan peningkatan mendadak
sekolah-sekolah di Vietnam yang mengatasi prestasi sekolah-sekolah di negara
maju dan Eropah.
"Dalam
tahun 2012, Vietnam berjaya memasuki tangga 10 negara teratas dalam mata
pelajaran sains dengan menduduki tangga 8 mengatasi Amerika Syarikat, United
Kingdom dan negara-negara Eropah lain," kata Rafizi (gambar atas,
kedudukan tengah) dalam kenyataannya.
Menurut
Rafizi, PISA adalah sebuah program penarafan mutu pendidikan di sekolah-sekolah
yang dikendalikan oleh Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD) bagi
pelajar-pelajar 15 tahun yang melibatkan negara-negara dari seluruh dunia.
Ia
menguji kemampuan dan penguasaan pelajar dalam tiga bidang utama iaitu membaca,
matematik dan sains.
Ubah Sukatan Pelajaran
Dalam
penarafan tersebut Malaysia berada di belakang Singapura, Vietnam, dan Thailand
dengan mata yang diperolehi bagi matematik sebanyak 421 mata, 398 mata bagi
membaca, dan 420 mata bagi sains.
Purata
mata bagi ketiga-tiga aspek yang dinilai itu adalah 494 (matematik), 496
(membaca) dan 501 (sains).
Menurut
Rafizi, beliau menerima penjelasan rasmi Kementerian Pendidikan yang
menggariskan sebab kecorotan itu.
Alasan
diberikan adalah sikap murid yang menganggap penilaian itu tidak serius, format
soalan teks panjang yang memerlukan pemahaman, terjemahan dan refleksi dengan
kehidupan sebenar dan keutamaan guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran
berbanding menerapkan pemahaman konsep kepada pelajar.
"Kelemahan-kelemahan
ini tidak boleh disalahkan kepada guru atau murid kerana mereka adalah
sebahagian dari budaya pendidikan yang dibentuk melalui dasar-dasar yang
mementingkan keputusan peperiksaan semata-mata, tidak memberi ruang kepada
percambahan fikiran yang berbeza dan sistem imbuhan atau naik pangkat yang
membuka ruang kepada budaya membodek," katanya.
Justeru
beliau menggesa agar sukatan mata pelajaran diubah bagi memberi penekanan
kepada pemahaman konsep serta menggantung sistem Penilaian Berasaskan Sekolah
(PBS) bagi meneliti masalah-masalah sistem pendidikan.
0 comments:
Post a Comment