Kementerian Pendidikan membangunkan
modul Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang baru menggunakan teknologi Java
dan HTML 5 yang lebih cekap dan ringan berbanding teknologi sebelumnya.
Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris
Jusoh memberitahu persidangan Dewan Negara semalam, pendekatan baru dalam
pengurusan kapasiti pemprosesan di pusat data secara ‘on-demand’ itu diambil
bagi membolehkan keupayaan pemprosesan ditingkatkan mengikut keperluan.
“Ini memastikan pengguna tidak
menghadapi isu ‘auto log out’ atau server perlahan dan tidak dapat mencapai
aplikasi itu,” katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Muhammad Olian
Abdullah mengenai langkah kerajaan untuk menaik taraf PBS di setiap sekolah
yang disediakan kemudahan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi.
Kementerian juga melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam
modul PBS baru dengan menyediakan keupayaan ‘cache’ bagi membolehkan PBS terus
beroperasi walaupun secara ‘off-line’.
Selain itu, Idris berkata, terdapat
beberapa kelemahan dalam penggunaan infrastruktur ICT khususnya keupayaan
server komputer bagi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)
dan semak dalam talian.
Beberapa penyelesaian dikenal pasti
termasuk isu kapasiti pemprosesan yang ditetapkan pusat data, aplikasi SPPBS
sedia ada memerlukan keupayaan pemprosesan yang tinggi kesan daripada
penggunaan teknologi lama serta jadual kemasukan data yang sangat fleksible
menyebabkan pengguna memasukkan data pada penghujung tahun mengakibatkan
kesesakan pusat data.
Mengenai usaha mengurangkan beban tugas
guru, beliau berkata, modul PBS diintegrasikan dalam Sistem Pengurusan Sekolah
sebagai ‘single window’ ,” katanya.
- BERNAMA
0 comments:
Post a Comment