Friday, December 20, 2013

Renungan: Ubahlah Cara Bersalam Bukan Hanya Sekadar Adab

Ikhlaslah semasa menghulur tangan untuk bersalam
dan hayatilah tujuan bersalam itu agar ia 
mengembirakan hati sesama insan.

Tapak tangan saudara umpama kulit ikan yang telah mati. Rasa genggamannya begitu longgar bagai mahu tak mahu bersalam denganku. Aku tidak merasa apa-apa aura apabila bersalam dengan saudara. Tangan kita bersentuh sesaat cuma. Apa yang saudara ingin berikan padaku melalui jabatan tangan saudara. Cuba saudara fikirkan.

Wajah saudara umpama keldai yang tak tahu senyum. Ada ketika aku rasa bersalam dengan wajah serigala. Aku jadi  keliru. Wajah-wajah yang aku ingin mesrai begitu kosong dan menghampakan. Kalau demikian, apa gunanya saudara bersusah-payah menghulur salam atau menyambut salamku.

Pandangan mata saudara umpama mata ikan sepat yang amat cetek renungannya sedangkan yang aku harapkan ialah renungan mesra yang meresap ke dalam hati. Kekadang saudara hanya menghulur tangan sedang mata dan wajah saudara melilau ke arah lain. Sedarkah saudara bahawa aku sedang menggenggan erat tangan saudara dengan renungan menjalin ukhwah?

Apakah tujuan salam dengan tangan terhulur? Mengapakah kita jadi begitu jauh dalam erti ukhwah? Mengapakah kita menjadi begitu kurang mengamalkan adab apabila bersalam? Aku tak mengharapkan dakapan erat dalam waktu bersalam yang singkat ini. Cukuplah seandainya saudara menggenggam erat tanganku, menatap wajahku dengan penuh kemesraan dan memberi sekuntum senyuman yang membawa erti besar kepadaku bahawa saudara menghargai jabatan tanganku dan menghargai kemesraan ukhwah daripadaku. Andaikata, itu saudara tidak bersedia untuk hadiahkan kepadaku, usahlah kita saling menghulurkan tangan sehinggalah ilmu dan iman dapat mengajar saudara cara bersalam menurut Islam.


- dakwahkemaman@edit

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi