Fokus dan khusyuk di dalam sembahyang
hanya boleh dicapai jika kita faham akan maksud kalimah yang di baca, baik di mulut
atau di dalam hati, di sini disertakan maksud bacaan tersebut untuk rujukan
sendiri dan juga untuk rakan-rakan moga kita diberkati Allah selalu.
Takbiratul-Ihram & Takbir
Allah Maha Besar.
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi
Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan
wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan
berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku,
ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada
sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan
aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah
lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha
pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah
yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah
kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat
kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka
yang sesat.
Bacaan Ketika Rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan
dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan Ketika Bangun Dari Rukuk
Allah mendengar pujian orang yang
memujinya.
Bacaan Ketika Iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala
pujian.
Bacaan Ketika Sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan
dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan Ketika Duduk Di Antara Dua Sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan
rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah
aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan Ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat
yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah
serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang
soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi
bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke
atas Nabi Muhammad.
Bacaan Ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat
yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah
serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang
soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi
bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke
atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan
keatas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas
keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga
Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk
sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku
sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana
orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang
telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang
telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan
tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia
orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan
maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap
apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada
Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas
keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
0 comments:
Post a Comment