Monday, December 30, 2013
Program Baik, Pelaksanaan Belum Tentu
KELEMAHAN dalam SPPBS memberi tekanan hebat kepada guru,
sekali gus menjejaskan tumpuan golongan itu terhadap tugas hakiki.
- Gambar
hiasan
Sehari
lagi 2013 bakal melabuhkan tirainya, sekali gus meninggalkan dunia pendidikan
negara dengan pelbagai peristiwa untuk dikenang.
Dunia
pendidikan negara juga tidak ketinggalan dihimpit pelbagai isu panas dan kontroversi
walaupun sektor pendidikan dianggap ‘kurang popular’ berbanding ekonomi dan
politik.
Antara
isu hangat dunia pendidikan negara ialah pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Ia
dilihat satu kerugian kerana boleh merencatkan usaha memperkasakan sains dan
matematik dalam bahasa Inggeris.
Kebimbangan
itu turut disuarakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang
berpendapat bahasa Inggeris paling sesuai untuk mengajar subjek Sains dan
Matematik kerana ia adalah bahasa ilmu yang mampu menjamin Malaysia
disenaraikan sebagai negara maju di dunia.
Selain
itu, Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi Bahasa Inggeris di sekolah
kebangsaan menurun daripada 0.06 mata kepada 2.75 berbanding 2.69 yang
dicatatkan pada 2012.
Matematik
mencatat GPMP 2.27 berbanding 2.24 pada 2012 dan Sains dengan GPMP 2.36
berbanding 2.34 pada 2012.
Ia
dikatakan berpunca daripada pemansuhan PPSMI.
PPSMI terus dihimpit kemelut dan isu berpanjangan, apatah
lagi
menerusi keputusan peperiksaan nasional menunjukkan
penurunan pencapaian
peratusan pelajar.
- Gambar hiasan
Turut
menjadi perbincangan hangat ialah keluhan dan rintihan guru yang terpaksa
berdepan bebanan kerja melalui Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(SPPBS).
Walaupun
matlamat asalnya memudahkan tugas guru menghantar skor kepada pihak pusat, ia
menjadi igauan ngeri guru dan membebankan tugas mereka.
Sistem
Pangkalan Data PBS yang lemah membuatkan guru perlu memasukkan data pada waktu
lewat malam dan membuatkan mereka mengantuk pada waktu pagi.
Ini
menjejaskan mutu pengajaran dan pembelajaran sehingga pelajar tidak mendapat
pembelajaran sempurna kerana waktu guru dihabiskan pada tugas perkeranian,
selain sibuk memasukkan data dan mengemaskan rekod.
Walaupun
banyak rungutan dan rintihan, belum ada penambahbaikan dilakukan bagi mengatasi
masalah itu.
Selain
itu, isu pemansuhan Penilaian Menengah Rendah (PMR) kepada sistem Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) mencetuskan pelbagai reaksi.
PBS akan menjadi
penambah baik kepada PMR, namun
penjelasan mengenai pelaksanaannya yang masih
samar membimbangkan banyak pihak.
- Gambar hiasan
Pensyarah
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjung Malim, Profesor Dr Othman Lebar berkata, penjelasan PBS masih samar,
bahkan kurang menyeluruh.
“Hal
ini menimbulkan kebimbangan banyak pihak, apatah lagi PMR sudahpun berakhir
tahun ini, sedangkan ibu bapa yang mempunyai anak di tingkatan tiga tahun
depan masih tidak mendapat gambaran penuh mengenai PBS.
“Justeru,
pelaksanaan PBS memerlukan penjelasan mendalam dan menyeluruh supaya pihak pelaksana
membabitkan guru dan sekolah dapat mendalami kehendak sebenar sistem baru itu.
“Pihak
bertanggungjawab seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Lembaga
Peperiksaan Malaysia (LPM) perlu menerangkan dengan jelas mengenainya bagi
mengelak sebarang masalah,” katanya.
Turut
menarik perhatian dunia pendidikan tempatan apabila Pilihan Raya Kampus (PRK)
di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pada tahun ini berlangsung aman tanpa
sebarang provokasi melampau.
Walaupun
sebelum ini banyak kemelut melanda PRK terutama membabitkan isu nasional, tahun
ini calon yang bertanding lebih menumpukan kepada isu dalaman kampus terutama
kebajikan siswa.
Bagaimanapun,
masih ada segelintir kecil siswa institusi pengajian tinggi (IPT) yang sanggup
memperjudikan masa depan dengan menyertai pelbagai demonstrasi bagi menyuarakan
ketidakpuasan hati.
Meskipun
Akta Universiti dan Kolej (AUKU) sudah dipinda dengan membenarkan golongan
siswa terbabit dalam kancah politik sihat, masih ada yang bertindak di luar
garisan norma dibenarkan.
Isu
transformasi KPM terutama menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 turut mendapat perhatian.
Antara
misi PPPM ialah meningkatkan lagi taraf profesion keguruan menjadi lebih
berprestij dan elit dengan pengambilan dibuat hanya dalam kalangan graduan 30
peratus terbaik dalam negara dalam usaha mentransformasi profesion itu menjadi
profesion pilihan.
Menerusinya,
guru akan menerima program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) bagi
membantu guru mencapai potensi penuh.
Bagaimanapun,
timbul persoalan, bagaimanakah nasib graduan lain yang tidak mampu mencapai
tahap itu dan ke manakah mereka akan ditempatkan?
Dekan
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI), Prof Madya Dr Noor Shah Saad berkata, kelayakan bukan satu jaminan
kukuh untuk menjadi guru yang baik kerana masih banyak lagi latihan atau rutin
perguruan perlu diikuti sebelum mahir menjalankan tugas.
“Apa
disasarkan KPM (mengenai kelayakan guru) adalah usaha yang baik bagi
mencerminkan wawasan melahirkan guru berkelayakan cemerlang untuk masa depan.
“Namun,
ia perlu memikirkan juga masalah lain yang mungkin timbul akibat pelaksanaan
dasar itu seperti keciciran graduan tidak berkelayakan memenuhi prasyarat
ditetapkan.
“Mereka
yang memenuhi taraf kelayakan pula, adakah boleh menjadi guru yang baik dengan
hanya bersandarkan keputusan pada sehelai kertas semata-mata?” katanya.
KPM
juga berhasrat mengubah Institut Pendidikan Guru (IPG) kepada universiti
latihan guru bertaraf dunia menjelang 2020 dan menilai semula kurikulum latihan
praperkhidmatan semasa bagi memastikan guru bersedia untuk mengajar kemahiran
berfikir aras tinggi yang diperlukan murid.
Turut
menerima suntikan pembaharuan apabila sekolah vokasional dinaik taraf
sepenuhnya kepada kolej vokasional sebagai persediaan melahirkan pelajar
berkemahiran tinggi serta tenaga mahir dalam sektor industri untuk tempoh
jangka panjang.
- HMetro
Wednesday, December 25, 2013
Bagaimana Pendidikan Shanghai Boleh Jadi Terbaik?
Streets Ahead: Students try out driving simulators.
Photo: Sanghee Liu
Social And Demographic
Factors Help Shanghai Students Hit Fast Lane For Academic Success
If
money is really key to buying a good education, then it is easy to see why
Shanghai produces some of the brightest children in China and, by extension,
some of the brightest in the world.
Students
from China's affluent financial hub have once again dramatically outperformed
their peers in the rest of the world, including Australia, in reading, maths
and science, according to new results of an international standardised test for
high-schoolers, the Program for International Student Assessment (PISA). The
math scores for the city's 15-year-olds, for example, put them three years
ahead of their average peers from other OECD nations.
But
China, uniquely, is not listed as a country in the rankings, and has only
shared Shanghai's scores, unlike nearly all the other countries, including
Australia, the US and Germany, which are all judged on their nationwide
results. (Hong Kong and Macau also send separate data).
It
has raised long-held concerns about the reliability of the test in its
representation of China. And for many, the test merely highlights the wide
disparity of education opportunities, depending on where you are born.
More
than 80 per cent of Shanghai high school graduates go on to university,
compared to less than a quarter nationwide. Shanghai's per capita gross
domestic product is more than double the national average and parents are able
to invest heavily in their children's education both at and outside school, to
an extent typical Chinese workers cannot.
"I
think it's common sense to emphasise that Shanghai doesn't represent the whole
of China," said Liang Xiaoyan, an advocate for equality in education at
Beijing-based NGO Western Sunshine Development.
She
said education funding in Shanghai is almost eight times more than that of
poorer provinces like Jiangxi and Guizhou.
At
one end of the spectrum, at the historic Shanghai Middle School, an exclusive
state-owned boarding school, more than 4 million yuan (about $725,045) has just
been spent on six new machines for its suite of university-grade science
laboratories. In its sprawling grounds the school has its own museum,
performing arts centre, and a sports centre complete with regulation-size
football field, tennis courts and swimming pool.
Zhang
Jianhua, the deputy director of academic affairs at Shanghai Middle School,
said top Chinese schools had long moved on from the stereotypes of dictatorial
rote learning. Her school, she said, was all about giving students the best
facilities in order for them to find their passion and nurture their talent.
On
top of the core maths, science and humanities subjects, students are given a
mind-boggling choice of more than 100 elective classes, including digital
photography, music production, robotics and anti-terrorism.
More
at home with those familiar with a misspent youth were a classroom full of
driving simulators that seemed more NASCAR than PISA.
"It
teaches students how to follow driving rules and prepares them for when they
take their driving tests," Ms Zhang says, seemingly ignoring that most of
the simulators were zipping along at 130km/h.
Tong
Xiaoxi, a professor at the Agricultural University of China, said the test
results only served to highlight the disparity of education standards in poorer
parts of China, with many schools struggling to provide basic heating and to
find qualified teachers.
Many
schools on the outskirts of Shanghai, which cater for the children of itinerant
migrant workers unable to access government-funded schools, still rely heavily
on a volunteer workforce.
"There
is a huge regional gap, and a huge gap between social classes in China's education
system," Professor Tong said.
Ms
Zhang denied Shanghai's test scores were skewed by privileged students like
hers, pointing out Shanghai Middle School provided only 80 students out of the
6000-plus randomly selected for the test.
Instead,
she says, social and demographic factors have been responsible for Shanghai's
strong test results. Confucian culture naturally dictates a strong work ethic,
and parents are wealthier and better-educated, having grown up after the worst
of the Cultural Revolution. And because of the one-child policy, most students
grow up with the vast weight of their parents' hopes and dreams piled squarely
on their shoulders.
"There's
definitely parental pressure, we all hear about the 'Tiger Mums'," said
Zhang Yilei, a 17-year-old Shanghai Middle School student who took the PISA
test last year.
"But
the desire to do well academically, to want to pave the way for a good future,
has to come from within. In this society, not just in China, it's becoming
tougher to find a job and have a good career."
Posted in: Pendidikan
Tuesday, December 24, 2013
Tarikh Peperiksaan Awam Tahun 2014
Surat siaran yang dikeluarkan telah
memaklumkan tentang tarikh Peperiksaan Awam bagi Tahun 2014 yang dikendalikan
oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tarikh Peperiksaan Awam ini telah
dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2014 adalah
seperti berikut:
Tarikh-Tarikh Peperiksaan
Awam Tahun 2014
Muat Turun: Surat Siaran LembagaPeperiksaan Bil. 9/2013
- Lembaga Peperiksaan
Posted in: Peperiksaan
Penggabungan Skim Perkhidmatan PPPS Dan PPPLD
TUJUAN
Pekeliling ini bertujuan untuk memaklum dan melaksanakan
keputusan kerajaan mengenai penggabungan skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
(PPPLD) kepada skim perkhidmatan bersepadu iaitu skim perkhidmatan Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP).
LATAR BELAKANG
Selaras dengan hasrat kerajaan yang menyasarkan
peningkatan kelayakan guru ke peringkat ijazah sarjana muda melalui Program
Pensiswazahan Guru, kesinambungan perkhidmatan dan penambahbaikan laluan
kemajuan kerjaya profesion keguruan, kerajaan telah bersetuju untuk
menggabungkan skim perkhidmatan PPPS dan PPPLD menjadi skim perkhidmatan
bersepadu PPP yang merangkumi Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan
Profesional.
SKIM PERKHIDMATAN PPP
Skim perkhidmatan bersepadu PPP melibatkan
pindaan-pindaan kepada perbekalan skim perkhidmatan PPPS dan PPPLD sedia ada
seperti berikut:
a) Gred jawatan/gred gaji skim perkhidmatan ini
ialah Gred DG29, DG32, DG34, DG38, DG41/42, DG44, DG48, DG52, DG54;
b) Pemansuhan Kelayakan Masuk Pelbagai (KMP) bidang
di peringkat ijazah dan diploma dalam syarat lantikan skim perkhidmatan sedia
ada;
c) Penambahan syarat kelayakan masuk di peringkat
ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah (PhD); dan
d) Peningkatan pegawai di Kumpulan Pelaksana Gred
DG29, DG32, DG34 dan DG38 ke Kumpulan Pengurusan dan Profesional melalui kaedah
kenaikan pangkat ke Gred DG42 tertakluk memenuhi syarat kenaikan pangkat yang
ditetapkan.
Berdasarkan pindaan seperti di atas, syarat lantikan skim
perkhidmatan PPP adalah seperti berikut:
a) Kelayakan Untuk Lantikan ke Gred DG29
i) diploma dalam bidang perguruan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi perguruan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada
Gred DG29: RM1,589.00); atau
ii) diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Sijil Kursus
Perguruan Lepas Diploma atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji
permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,735.44).
b) Kelayakan Untuk Lantikan ke Gred DG41
i) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta
Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji
permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,018.52); atau
ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang
pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah
pada Gred DG41: RM2,222.94); atau
iii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang
berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,222.94); atau
iv) ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma
Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan
ialah pada Gred DG41: RM2,733.98).
v) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan
yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta
Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji
permulaan ialah pada Gred DG41: RM3,040.60).
Selain itu, melalui skim perkhidmatan bersepadu ini,
kenaikan pangkat pegawai ke Gred DG38 tidak lagi dikhususkan kepada jawatan
Guru Besar Cemerlang Sekolah Rendah dan Guru Besar Sekolah Kluster (Sekolah
Rendah) sahaja. Keputusan ini adalah selaras dengan keputusan kerajaan
berhubung kaedah kenaikan pangkat secara time-based berasaskan
kecemerlangan kepada PPPS dan PPPLD yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012
melalui Surat JPA rujukan JPA.BK(S)255/4/5 Jld.5 (56) bertarikh 13 April 2012 –
Penetapan Kaedah Pelaksanaan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan
Kecemerlangan bagi PPPS dan PPPLD di KPM.
Skim perkhidmatan bersepadu PPP adalah seperti di LampiranA. Format iklan jawatan adalah seperti di Lampiran B. Jadual Gaji
Minimum-Maksimum (JGMM) bagi skim perkhidmatan ini adalah seperti di LampiranC.
Jadual Gaji
Minimum-Maksimum Bagi Perkhidmatan Pendidikan
Kumpulan Pengurusan Dan
Profesional Mulai 1 Januari 2014
(Klik untuk kelihatan jelas)
Jadual Gaji
Minimum-Maksimum Bagi Perkhidmatan
Pendidikan Kumpulan Pelaksana Mulai 1
Januari 2014
(Klik untuk kelihatan jelas)
PELAKSANAAN
Semua PPPS dan PPPLD dilantik secara tetap termasuk
mereka yang dalam tempoh percubaan serta memilih opsyen Sistem Saraan Malaysia
akan dipindahkan secara gred ke gred ke skim perkhidmatan PPP seperti berikut:
Perbandingan Skim
Perkhidmatan
PPPS Gred Utama/Khas masing-masing akan dipindahkan ke
gred yang sama dalam skim perkhidmatan PPP.
Jabatan ini (Bahagian Pembangunan Organisasi [BPO]) akan
melaksanakan perubahan jawatan dalam Senarai Perjawatan sedia ada. Mulai tarikh
kuat kuasa skim perkhidmatan ini, semua lantikan sebagai PPP hendaklah menggunakan
skim perkhidmatan yang baharu dan syarat lantikan yang ditetapkan hendaklah
dipatuhi.
KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN
Pegawai akan ditawarkan penetapan gaji permulaan di
jawatan baharu seperti berikut:
a) Pada gaji minimum di gred jawatan baharu sekiranya
gaji akhir di gred jawatan asal adalah sama atau lebih rendah daripada gaji
minimum di gred jawatan baharu; atau
b) Pada amaun gaji yang sama dengan amaun gaji
akhir di gred jawatan asal jika gaji akhir di gred jawatan asal lebih tinggi
daripada gaji minimum di gred jawatan baharu; atau
c) Pada gaji permulaan kelayakan ijazah sarjana atau PhD
bagi pegawai yang memiliki kelayakan berkenaan jika amaun gaji di gred jawatan
asal adalah lebih rendah daripada gaji permulaan kelayakan ijazah sarjana atau
PhD.
Pegawai yang gaji akhirnya tidak dapat ditampung oleh
amaun gaji dalam JGMM mengikut kaedah di atas, maka jadual gaji Khas Untuk
Penyandang (KUP) hendaklah dipohon daripada jabatan ini (Bahagian Saraan)
dengan mengemukakan salinan Kenyataan Perkhidmatan pegawai terlibat yang telah
dikemas kini dan disahkan.
ELAUN DAN KEMUDAHAN
Urusan ini tidak melibatkan sebarang perubahan elaun dan
kemudahan yang sedang diterima oleh pegawai mengikut pekeliling
perkhidmatan/surat pekeliling perkhidmatan/surat edaran yang berkuat kuasa,
termasuk Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. Walau bagaimanapun, penetapan
kadar elaun dan kemudahan tersebut adalah tertakluk kepada penetapan gred
jawatan pegawai.
TARIKH KUAT KUASA
Pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1
Januari 2014.
PEMBATALAN
Dengan berkuat kuasanya pekeliling perkhidmatan ini, maka
skim perkhidmatan PPPS dan PPPLD sedia ada dibatalkan seperti berikut:
a) Skim Perkhidmatan
PPPS di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002; dan
b) Skim Perkhidmatan
PPPLD di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007.
Muat Turun: PekelilingPerkhidmatan Bil. 40/2013
- Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Posted in: Jabatan Perkhidmatan Awam
Monday, December 23, 2013
Pelaksanaan KSSR Tahap II Secara Berperingkat Mulai Tahun 2014
Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 2 Tahun 2013 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian ini bertujuan memaklumkan tentang
pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap II iaitu Tahun 4, 5
dan secara berperingkat-peringkat disemua jenis sekolah rendah termasuk Sekolah
Kebangsaan Pendidikan Khas.
KSSR
Tahap I telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula Tahun 1 pada tahun 2011 dengan
menggunakan Dokumen Standard Kurikulum. Mulai tahun 2014, KSSR Tahap II akan
dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula di Tahun 4 dengan menggunakan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
Pihak
sekolah hendaklah menggunakan DSKP bagi semua mata pelajaran KSSR Tahap II arus
perdana dan pendidikan khas yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM).
Peruntukan Masa Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Tahap II
Muat
Turun: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2 Tahun 2013
-
Kementerian Pendidikan Malaysia
Posted in: Kementerian Pendidikan Malaysia
Friday, December 20, 2013
Renungan: Ubahlah Cara Bersalam Bukan Hanya Sekadar Adab
Ikhlaslah semasa menghulur
tangan untuk bersalam
dan hayatilah tujuan
bersalam itu agar ia
mengembirakan hati sesama insan.
Tapak tangan saudara umpama kulit ikan
yang telah mati. Rasa genggamannya begitu longgar bagai mahu tak mahu bersalam
denganku. Aku tidak merasa apa-apa aura apabila bersalam dengan saudara. Tangan
kita bersentuh sesaat cuma. Apa yang saudara ingin berikan padaku melalui
jabatan tangan saudara. Cuba saudara fikirkan.
Wajah saudara umpama keldai yang tak
tahu senyum. Ada ketika aku rasa bersalam dengan wajah serigala. Aku jadi keliru. Wajah-wajah yang aku ingin
mesrai begitu kosong dan menghampakan. Kalau demikian, apa gunanya saudara
bersusah-payah menghulur salam atau menyambut salamku.
Pandangan mata saudara umpama mata ikan
sepat yang amat cetek renungannya sedangkan yang aku harapkan ialah renungan
mesra yang meresap ke dalam hati. Kekadang saudara hanya menghulur tangan
sedang mata dan wajah saudara melilau ke arah lain. Sedarkah saudara bahawa aku
sedang menggenggan erat tangan saudara dengan renungan menjalin ukhwah?
Apakah tujuan salam dengan tangan
terhulur? Mengapakah kita jadi begitu jauh dalam erti ukhwah? Mengapakah kita
menjadi begitu kurang mengamalkan adab apabila bersalam? Aku tak mengharapkan
dakapan erat dalam waktu bersalam yang singkat ini. Cukuplah seandainya saudara
menggenggam erat tanganku, menatap wajahku dengan penuh kemesraan dan memberi
sekuntum senyuman yang membawa erti besar kepadaku bahawa saudara menghargai
jabatan tanganku dan menghargai kemesraan ukhwah daripadaku. Andaikata, itu
saudara tidak bersedia untuk hadiahkan kepadaku, usahlah kita saling menghulurkan
tangan sehinggalah ilmu dan iman dapat mengajar saudara cara bersalam menurut
Islam.
Posted in: Renungan
Wednesday, December 18, 2013
Proses Data PBS Lebih Laju
Kementerian Pendidikan membangunkan
modul Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang baru menggunakan teknologi Java
dan HTML 5 yang lebih cekap dan ringan berbanding teknologi sebelumnya.
Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris
Jusoh memberitahu persidangan Dewan Negara semalam, pendekatan baru dalam
pengurusan kapasiti pemprosesan di pusat data secara ‘on-demand’ itu diambil
bagi membolehkan keupayaan pemprosesan ditingkatkan mengikut keperluan.
“Ini memastikan pengguna tidak
menghadapi isu ‘auto log out’ atau server perlahan dan tidak dapat mencapai
aplikasi itu,” katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Muhammad Olian
Abdullah mengenai langkah kerajaan untuk menaik taraf PBS di setiap sekolah
yang disediakan kemudahan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi.
Kementerian juga melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam
modul PBS baru dengan menyediakan keupayaan ‘cache’ bagi membolehkan PBS terus
beroperasi walaupun secara ‘off-line’.
Selain itu, Idris berkata, terdapat
beberapa kelemahan dalam penggunaan infrastruktur ICT khususnya keupayaan
server komputer bagi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)
dan semak dalam talian.
Beberapa penyelesaian dikenal pasti
termasuk isu kapasiti pemprosesan yang ditetapkan pusat data, aplikasi SPPBS
sedia ada memerlukan keupayaan pemprosesan yang tinggi kesan daripada
penggunaan teknologi lama serta jadual kemasukan data yang sangat fleksible
menyebabkan pengguna memasukkan data pada penghujung tahun mengakibatkan
kesesakan pusat data.
Mengenai usaha mengurangkan beban tugas
guru, beliau berkata, modul PBS diintegrasikan dalam Sistem Pengurusan Sekolah
sebagai ‘single window’ ,” katanya.
- BERNAMA
Posted in: Kementerian Pendidikan Malaysia
Friday, December 13, 2013
Renungan: Hujan Adalah Tentera ALLAH Membinasakan Orang-Orang Yang Derhaka
Akhir-akhir ini berbagai penjuru negeri
kita sering dilanda bencana dan petaka. Salah satu penyebab datangnya bencana
ialah air hujan. Fenomena yang sering terjadi di depan mata kita ini adalah
bukti nyata bahwa hujan yang sedia kala adalah wujud dari rahmat Allah, namun
bisa saja berubah menjadi tentara Allah yang membinasakan orang-orang yang
durhaka kepada-Nya. Dengan demikian, hujan bagaikan pisau bermata dua, bisa
menguntungkan dan bisa mencelakakan.
Di antara bukti sejarah akan fungsi
hujan yang kelima ini ialah kisah Nabi Nuh ‘alaihissalam. Bagaimana dengan
hujan yang turun dari langit, Allah Subhanahu wa Ta’ala membalas keangkuhan
kaum nabi Nuh ‘alaihissalam.
فَتَحْنَا أَبْوَابَ السَّمَاء بِمَاء مُّنْهَمِرٍ {11} وَفَجَّرْنَا الْأَرْضَ عُيُونًا فَالْتَقَى الْمَاء عَلَى أَمْرٍ قَدْ قُدِرَ - القمر: 11-12
“Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan (menurunkan) air yang
tercurah. Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air maka bertemulah
air-air itu untuk satu urusan yang sungguh telah ditetapkan.” (QS. Al Qamar:
11-12).
Dan seperti yang Anda saksikan dan
mungkin juga pernah rasakan, bila hujan telah berubah menjadi tentara Allah
Subhanahu wa Ta’ala, maka tidak ada kekuatan yang dapat membendungnya.
وَنَادَى نُوحٌ ابْنَهُ وَكَانَ فِي مَعْزِلٍ يَا بُنَيَّ ارْكَب مَّعَنَا وَلاَ تَكُن مَّعَ الْكَافِرِينَ {42} قَالَ سَآوِي إِلَى جَبَلٍ يَعْصِمُنِي مِنَ الْمَاء قَالَ لاَ عَاصِمَ الْيَوْمَ مِنْ أَمْرِ اللّهِ إِلاَّ مَن رَّحِمَ وَحَالَ بَيْنَهُمَا الْمَوْجُ فَكَانَ مِنَ الْمُغْرَقِينَ
“Dan Nuh memanggil anaknya sedang anak itu berada di tempat yang jauh
terpencil: "Hai anakku, naiklah (ke kapal) bersama kami dan janganlah kamu
berada bersama orang-orang yang kafir. Anaknya menjawab: "Aku akan mencari
perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah!" Nuh berkata:
"Tidak ada yang melindungi hari ini dari azab Allah selain Allah (saja)
Yang Maha Penyayang". Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya;
maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang ditenggelamkan.” (QS. Hud:
42-43).
Memahami fungsi hujan yang bagaikan
pisau bermata dua, dahulu Nabi e bila menyaksikan mendung beliau begitu kawatir
dan berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan berkata;
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا
“Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari kejelekan mendung ini.”
dan bila hujan telah turun beliau
berdoa;
اللهُم صَيباً نَافعاً
“Ya Allah jadikanlah hujan ini hujan yang bermanfaat.” (HR. Bukhari, Abu
Daud, dan lainnya).
Saudaraku, fenomena yang sekarang
terjadi di negeri kita sudah sepantasnya mengetuk pintu hati kita. Betapa
negeri kita yang dahulu gemah ripah loh jinawi namun sekarang semua seakan
tinggal kenangan. Di musim kemarau, sawah-sawah puso dan banyak dari saudara
kita yang kekeringan sehingga kesulitan mendapatkan air, walau hanya sekedar
untuk minum. Namun di musim hujan kondisi ternyata tidak berubah, sawah-sawah
tetap saja banyak yang puso dan banyak dari saudara kita yang menderita, bukan
karena kekeringan namun karena kebanjiran, tanah longsor atau lainnya.
Mungkinkah ini sebagai bukti nyata
bahwa air hujan yang sedianya membawa keberkahan, kini tidak lagi membawanya,
namun sebaliknya membawa murka Allah Azza wa Jalla. Tentu semua ini terjadi
karena ulah tangan kita, kekufuran, kemunafikan, dan kemaksiatan yang kian hari
semakin meraja-lela.
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
"Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena
perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari
(akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” (QS. Ar
Ruum: 41).
Saat ini, kita sebagai penduduk dunia
tengah merasakan dampak dari ulah tangan kita sendiri, kekeringan, banjir, dan
tanah longsor, terjadi di mana-mana. Walau demikian, kita tidak segera
menyadari kesalahan, dan bahkan terus mencari kambing hitam atas petaka yang
menghimpit. Bukannya mengakui bahwa kerusakan iman, akhlak, dan mentalitas kita
adalah biang segalanya. Namun kita malah mengkambing hitamkan alam, sehingga
dengan hati yang dingin kita berkata, “Pemanasan global atau ungkapan serupa.”
Keserakahan telah mendorong kita untuk
bersikap membabi buta, menghalalkan segala macam cara dan memanfaatkan kekayaan
alam dengan cara-cara yang tidak bertanggung jawab. Keserakahan ini terjadi
karena adanya kepanikan dalam urusan rezeki. Kita menduga bahwa bila tidak
membabi buta maka tidak mungkin bisa menikmati kekayaan, atau akan digilas oleh
roda kehidupan yang terus berputar.
Andai kita dapat menangkap berbagai
pelajaran yang telah Allah Ta’ala sisipkan pada berbagai kejadian di sekitar
kita niscaya petaka tidak akan mengimpit kehidupan kita. Rezeki Anda hanya Anda
yang dapat menikmatinya, dan tidak mungkin ada kekuatan yang dapat merampasnya
dari mulut Anda. Sebagaimana Anda pun tidak akan kuasa merampas rezeki saudara
Anda, atau mendatangkan rezeki yang bukan milik Anda.
إن هذا المال خضرة حلوة، فمن أخذه بسخاوة نفس، بورك له فيه، ومن أخذه بإشراف نفس لم يبارك له فيه، وكالذي يأكل ولا يشبع متفق عليه
“Sesungguhnya harta ini bak bauh yang segar lagi manis. Barangsiapa yang
mengambilnya dengan tanpa ambisi (tanpa serakah atau atas kerelaan pemiliknya),
niscaya hartanya tersebut diberkahi. Dan barang siapa yang mengambilnya dengan
penuh rasa ambisi (rakus), niscaya hartanya tersebut tidak diberkahi, dan
permisalannya bagaikan orang yang makan namun tidak pernah merasa kenyang." (Muttafaqun 'alaih).
Tulisan: Ust. Dr. Muhammad Arifin Badri
(Indonesia)
Posted in: Renungan
Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.