Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) akan menawarkan Program Hadiah Latihan Persekutuan
(HLP) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah bagi mengikuti pengajian
di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Dalam Negara dan Luar Negara secara
Sepenuh Masa.
Pegawai
yang mengikuti program ini akan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh
sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab ‘C’ Perkara 36.
Sepanjang tempoh Cuti Belajar ini, pegawai mengisi Jawatan Latihan Bahagian
Tajaan Pendidikan, KPM. Tempoh Cuti Belajar ini layak diambil kira bagi tujuan
perkiraan faedah-faedah persaraan.Pegawai layak untuk menerima Elaun Biasiswa
serta penajaan Yuran Pengajian.
Pegawai-pegawai
yang diperakukan untuk mengikuti program ini hendaklah mempunyai pengetahuan,
kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan
kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat ke arah
meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.
Klik PROGRAM HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN untuk maklumat
lanjut.
0 comments:
Post a Comment