KUALA
LUMPUR: Kementerian Pelajaran diminta supaya menyerap 5,500 guru interim
sebagai guru tetap di sekolah yang masih lagi mengalami kekurangan guru
mengikut keperluan subjek kritikal.
Presiden
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata,
kerajaan perlu meneliti secara terperinci penempatan guru supaya ia dilakukan
secara seimbang bagi menampung kekurangan guru.
“Kita
mahu kementerian memastikan guru berkenaan diberi keutamaan untuk ditempatkan
di sekolah yang masih mengalami kekurangan guru mengikut keperluan subjek di
sekolah berkenaan. Misalnya, jika sekolah berkenaan memerlukan guru bahasa
Inggeris, maka kita perlu menempatkan guru subjek berkenaan.
“Hari
ini ada sekolah yang mempunyai lambakan guru, lebih malang lagi guru
ditempatkan di sekolah berkenaan pula tidak mengajar mata pelajaran sepatutnya
beliau ajar kepada pelajar,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Kelmarin,
akhbar melaporkan kira-kira 5,500 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
termasuk 4,500 lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang berjaya pada
temu duga antara Januari hingga Mac akan ditempatkan di sekolah seluruh negara
mulai bulan ini.
Selain
itu, NUTP turut meminta pihak kementerian supaya memberi tumpuan berhubung
kenaikan gred lebih 10,000 guru yang sudah mendapat ijazah, namun, masih lagi
menikmati gaji peringkat diploma.
-
BERITA
HARIAN
0 comments:
Post a Comment