"Berapa lamakah kita solat dalam
sehari semalam? Jika setiap rakaat kita anggarkan dua minit, maka dalam
sehari semalam jumlahnya ada 34 minit.
Maksudnya?
Dalam sehari hanya kita menggunakan
sebanyak 2.4 % dari 1440 minit (60*24). Dalam seminggu, bererti ada 238 minit
atau 3.96 jam. Dalam sebulan, lama kita bersolat sebanyak 952 minit atau 15.86
jam. Dan setahun, ada 11,424 minit atau 190.4 jam, yang sama dengan 7.93 hari.
Jika rata-rata usia hidup manusia
selama 60 tahun, dan dikurangkan dengan 10 tahun masa awal akil baligh
(dewasa), maka hanya 50 tahun seseorang melaksanakan solat dalam hidupnya. Itu
bermakna, sepanjang hidupnya kita melaksanakan solat fardlu selama 571,200
minit atau lebih kurang 9.520 jam, atau 396.7 hari (1.1 tahun).
Bayangkan, selama hidup, kita hanya
meluangkan masa untuk solat fardhu selama 1.1 tahun, atau dalam satu tahun hanya
7.93 hari, atau dalam satu hari hanya 34 minit. Dari sini terlihat betapa
jauhnya perbandingan ketaatan kita kepada Allah SWT dengan nikmat yang
diberikanNya kepada kita dengan nikmat usia.
Maka sangat malang, apabila ada orang
yang tidak melaksanakan solat kerana alasan tidak ada masa, tak sempat atau
sibuk. Padahal, jika kita jujur terhadap diri sendiri, kita boleh lama-lama
berbual di telefon, di depan komputer, jalan-jalan, menonton TV, melepak dan
lain-lainnya.
Ingatlah, Abu Zubair menceritakan
bahawa dia mendengar Jabir bin Abdullah berkata,
”Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Antara seseorang dengan
kemusyrikan dan kekafiran itu terdapat perbuatan meninggalkan solat’.” (HR
Muslim).
Oleh kerana itu, jangan pernah merasa
puas dan berbangga diri dengan ibadah yang telah kita laksanakan. Sebab boleh
jadi ibadah kita, terutama solat, tidak akan bermakna apa-apa apabila amalan
itu kita kerjakan dengan tidak ikhlas. Apalagi berharap syurga. Allah menyindir
orang yang demikian dengan pendusta agama. (QS Al-Maun [107]: 1-7).
Jadi, jangan hanya berangan masuk
syurga dengan selembar tiket solat fardhu.
0 comments:
Post a Comment