Di
akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh
wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan
tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
1.
Ayahnya
Apabila
seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia.
Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan
sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup
kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke
neraka oleh anaknya.
2.
Suaminya
Apabila
sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di
pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum
lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana
solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut
ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.
3.
Abang-abangnya
Apabila
ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu
abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan
keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah
tarikan adiknya di akhirat kelak.
4.
Anak-anak lelakinya
Apabila
seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi
Islam. Apabila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan
sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat
kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Lihatlah
betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun
tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau
anak harus memainkan peranan mereka.
Imam Muda Nazrul
0 comments:
Post a Comment