KUALA
TERENGGANU, 10 Jun (Bernama) -- Kerajaan persekutuan bersetuju menyalurkan
peruntukan RM3,581,660 juta untuk latihan penyelia dan guru-guru Kelas al-Quran
dan Fardu Ain (KAFA) bagi membeli bahan-bahan peralatan bantu mengajar.
Menteri
di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata peruntukan itu
disalurkan kepda kerajaan negeri melalui jabatan atau Majlis Agama Islam
negeri-negeri.
"Bagi
negeri Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, peruntukan disalurkan
melalui jabatan atau Pejabat Pembangunan Persekutuan negeri masing-masing
manakala bagi Terengganu ia disalurkan melalui Yayasan Islam Terengganu,"
katanya.
Beliau
berkata demikian ketika merasmikan Kursus Pengenalan Kaedah Iqra kepada
guru-guru KAFA negeri Terengganu dan penyerahan bantuan kerajaan persekutuan
kepada kelas-kelas KAFA seluruh negara di sini.
Jamil
Khir berkata rayuan dan permohonan penyelia dan guru-guru KAFA antaranya
tentang buku-buku rekod mengajar, pendedahan kaedah untuk mengajar, bantuan
peralatan mengajar dan sebagainya sememangnya diambil kira kerajaan dalam usaha
meningkatkan lagi mutu perkhidmatan guru-guru KAFA.
-- BERNAMA
0 comments:
Post a Comment