BANDAR
TEMERLOH - Seorang bapa kesal dengan pengurusan sebuah sekolah di daerah ini
kerana membiarkan kenderaan luar masuk ke pekarangan sekolah sehingga
menimbulkan bahaya kepada murid.
Mohd
Nizam Ismail, 36, mendakwa, anaknya, Jannatul Izzati, 5, menjadi mangsa
kecuaian itu apabila dilanggar sebuah motosikal di pekarangan sekolah.
Menurutnya,
kejadian berlaku 12 Jun lalu, kira-kira jam 12.10 tengah hari ketika anaknya
mahu pulang selepas tamat kelas prasekolah.
“Saya
kesal kerana tidak sepatutnya pihak sekolah membiarkan kenderaan ibu bapa masuk
ke kawasan sekolah.
“Semasa
kejadian, seorang remaja lelaki mahu mengambil adiknya yang juga murid
prasekolah pulang. Dia meletakkan adiknya duduk dalam raga motosikal sambil
enjin kenderaan itu masih hidup,” katanya.
Mohd
Nizam berkata, secara tidak sengaja kanak-kanak terbabit telah memulas minyak
motosikal berkenaan lalu melanggar Jannatul Izzati yang berada berdekatan
kawasan itu.
“Pada
hari itu saya tidak mengambil anak saya kerana terpaksa bekerja dan saya minta
tolong jiran untuk ambilnya di sekolah.
“Akibat
kemalangan itu anak saya patah kaki kiri. Nasib baik ada pengusaha kantin yang
sudi hulurkan bantuan dan segera bawa anak saya ke hospital,” katanya.
Berikutan
kejadian itu, dia berharap pihak pengurusan sekolah dapat mengetatkan kawalan
dengan tidak membenarkan kenderaan ibu bapa atau penjaga yang menghantar dan
mengambil anak masuk ke kawasan sekolah bagi mengelakkan perkara sama berulang.
0 comments:
Post a Comment