Jasa
Guru Tiada Tandingnya
Setiap
tahun, 16 Mei pasti menjadi tarikh keramat kepada golongan guru kerana ia
menjadi pengiktirafan masyarakat kepada mereka yang berkorban memberi ilmu
kepada anak bangsa.
Berbaki
empat hari lagi, sambutan Hari Guru tahun ini yang bertema Guru: Pencetus
Kreativiti Penjana Inovasi, seakan memberitahu dunia bahawa guru adalah
pengemudi kehidupan pelajar mendepani setiap cabaran.
Jika
guru dulu berhempas pulas memastikan pelajar menjadi bangsa bermaruah yang
tidak boleh dijajah, guru alaf baru pula menongkah kepayahan untuk menerima
realiti bahawa kredibiliti mereka sering kali dipersoalkan.
Naib
Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Datuk Dr Zakaria Kasa
berkata, perubahan zaman menjadikan dunia perguruan berubah.
Bagaimanapun,
katanya, peranan serta jasa guru tetap utuh sebagai pemangkin melahirkan
masyarakat berilmu.
“Guru
adalah tugas murni kerana mereka memberi ilmu tanpa memikirkan sesiapa
semata-mata mahu memastikan masyarakat berdaya maju.
“Setiap
jasa dicurahkan adalah sebahagian tanggungjawab guru bagi memastikan pelajarnya
memperoleh kejayaan.
“Guru
adalah antara penyumbang utama dalam setiap episod kejayaan seorang pelajar,”
katanya.
Beliau
berkata, cabaran guru adalah bagaimana mereka menyesuaikan landskap dunia
perguruan yang berubah di alaf baru.
“Dulu,
peranan guru untuk mendidik pelajarnya menghayati erti kemerdekaan. Tidak
hairanlah masyarakat ketika itu bangkit untuk menjadi bangsa bermaruah melalui
pendidikan.
“Kini,
senarionya berbeza kerana peranan guru bukan saja mencambah dan menjana ilmu,
malah perlu bersedia untuk melakukan transformasi.
“Dan,
transformasi itu pula bukan calang-calang (transformasi). Ia adalah perubahan
menyeluruh membabitkan banyak aspek seperti sistem, peranan, tanggungjawab,
peperiksaan, pelajar dan masyarakat,” katanya mengakui transformasi berkenaan
kadang kala meletihkan guru.
“Namun,
guru tetap guru. Siapa boleh menafikan ketabahan hati seorang guru biarpun pada
masa sama menerima cemuhan pihak tertentu.
“Matlamat
guru adalah untuk menjadikan pelajarnya berjaya sebagai manusia berguna yang
boleh menabur bakti kepada masyarakat semula bila tiba masanya.
“Guru
mampu menelan apa jua tanggapan atau tohmahan kerana mereka berpegang pada
prinsip amanah dan tanggungjawab” katanya
.
Malah,
lebih membanggakan apabila nama ‘cikgu’ akan kekal sampai bila-bila.
“Biar
pun sudah pencen, panggilan ‘cikgu’ akan kekal dan tetap diingati.
“Ini
juga membuktikan betapa berharganya nilai seorang guru di kalangan masyarakat,”
katanya.
Biarpun
segelintir guru ada membuat onar, yang sanggup berkorban lebih besar jumlahnya.
“Kita
tidak boleh menafikan ada segelintir guru tidak bersikap seperti seorang guru.
Mereka boleh dikategorikan sebagai golongan ‘bermasalah’.
“Namun,
jangan kerana yang segelintir ini, semua guru dilabelkan sama. Ini tentu tidak
adil buat mereka.
“Guru
manusia biasa yang ada perasaan. Mereka mungkin ‘tersentak’ andai kata tidak
menerima layanan saksama mahupun keterlaluan ditekan,” katanya.
Menyifatkan
guru alaf baru sebagai penggerak transformasi dunia pendidikan moden, beliau
mengakui golongan itu memerlukan pelbagai mekanisme untuk ‘bertahan’ dan ‘berjuang’.
“Istilah
transformasi sendiri memberi pengertian mendalam terutama dalam melaksanakan
tanggungjawab kepada golongan pelajar yang pada hari ini mempunyai pelbagai
ragam.
“Selain
itu, pelbagai pembaharuan dibuat sama ada dalam sistem dan modul supaya guru
sentiasa akur untuk melaksanakan arahan diberikan.
“Ini
bukan tugas mudah kerana guru adalah penggerak utama dalam merealisasikan
transformasi itu. Tanpa pembabitan guru, transformasi tidak akan berjaya,”
katanya.
Sebagai
penggerak transformasi juga, katanya, guru perlu bersedia menerima teguran bagi
memperbaiki kelemahan.
“Setiap
teguran perlu diterima dengan lapang dada dan fikiran positif.
“Jangan
melihat teguran sebagai ‘usaha menjatuhkan kredibiliti guru’ tapi terimanya
sebagai satu ‘penawar’.
“Dalam
konteks dunia moden hari ini, pemikiran jumud boleh menjadi penghalang kepada
dasar-dasar pembaharuan yang ingin dilaksanakan,” katanya.
Beliau
berkata, harga diri seorang guru perlu tinggi pada pandangan masyarakat kerana
golongan itu adalah ‘guru’.
Menurutnya,
ungkapan ‘guru’ adalah sesuatu yang cukup bernilai dan semua pihak perlu akur
bahawa jasa seorang guru memberi ilmu tiada sempadan.
“Saya
ingin bertanya, selama kita belajar berapa ramaikah guru yang meminta balasan
atas jasa yang dicurahkan?
“Guru
tetap gembira biarpun pelajarnya mudah melupakan jasa mereka dan bertahan
walaupun dilontar dengan kata merobek hati.
“Tapi
berapa ramaikah di kalangan kita yang begitu berterima kasih dan pandai
menghargai jasa guru?” soalnya.
Seiring
transformasi dunia perguruan, beliau turut menasihatkan golongan itu supaya
sentiasa berusaha menambah pengetahuan dan kemahiran mencakupi pelbagai aspek.
“Senario
dulu, guru lebih berilmu daripada pelajar, namun keadaan sekarang boleh berlaku
sebaliknya.
“Ditambah
dengan kecanggihan dunia maklumat tanpa sempadan serta taraf pendidikan
diterima masyarakat menjadikan cabaran guru semakin besar.
“Justeru,
mereka perlu bergerak aktif, bersedia menangani sebarang permasalahan serta
belajar dan terus belajar. Jadikan status guru sebagai lambang kemegahan yang
tidak boleh dijual beli,” katanya.
Selamat
Hari Guru, Cikgu!
-
Hmetro
0 comments:
Post a Comment