Jika kau rasa,
Kau boleh tengking orang sebab orang lain tak setinggi
pangkat kau,
Kau memang biadap dan tak menghormati orang lain.
Jika kau rasa,
Kau boleh tunjuk kau ada kuasa,
Kau memang gila kuasa.
Jika kau rasa,
Kau boleh tunjuk kau yang paling bagus,
Kau hanya perasan bagus.
Jika kau rasa,
Kau boleh mengarah orang suka-suka hati sebab kau
berpangkat,
Kau hanya bergantung pada pangkat, tiada pangkat, kau
dihina.
Jika kau rasa,
Kau boleh buat orang diam dan dengar cakap kau saja,
Kau akan disimbah sumpah seranah dan dikeji sentiasa.
Jika kau rasa,
Kau boleh bayar orang untuk kerja,
Kau sebenarnya belum kaya malah miskin jiwa.
Jika kau rasa,
Kau boleh buat apa kau suka, orang lain ikut saja,
Kau bukan orang yang yang bijaksana tapi hanya menunjuk
kuasa.
Sebaiknya,
Jika kau rasa kau punya kuasa,
Kau nak apa kau rasa sama dengan apa orang lain rasa.
Kau akan kata, kita sama-sama usaha,
Usaha untuk saling menghormati,
Usaha untuk saling memahami,
Usaha untuk saling membantu,
Usaha untuk saling membina kekuatan,
Usaha untuk saling memperoleh keuntungan.
Bukan lagi kau rasa,
Yang penting apa yang kita semua rasa,
Menghormati orang lain bukan menjatuhkan maruah orang
lain,
Menegur bukan menengking,
Membantu dengan pangkat bukan mengarah dengan pangkat,
Mengurus kuasa bukan menggila dengan kuasa,
Membuka peluang untuk semua orang senang bukan mahu kau
saja yang senang.
Apa kau rasa juga orang lain rasa,
Sebenarnya ada orang lain dalam diri kau juga.
0 comments:
Post a Comment