Kerajaan
bercadang membekalkan netbook kepada 400,000 guru di seluruh negara dalam usaha
memastikan warga pendidik menguasai bidang teknologi dan komunikasi maklumat
(ICT).
Menteri
Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, cadangan itu
sudah dibawa ke mesyuarat Kabinet dan dijangka dilaksanakan dalam masa
terdekat.
Beliau
berkata, kerajaan melalui kementeriannya serta Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) berpendapat guru perlu memahirkan diri dengan ICT
menerusi penggunaan netbook sebelum mengajar murid menggunakannya.
Katanya, langkah itu perlu disegerakan
kerana hanya murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah diberikan
netbook, manakala guru belum mendapatkannya menyebabkan timbul kesukaran kepada
mereka mengajar menggunakan netbook.
“Bagaimanapun,
netbook ini akan diberikan kepada guru dari gred DG29 hingga DG44 dulu sebelum
ia diperluaskan kepada semua kategori guru di seluruh negara.
“Pemberian
ini sebagai hadiah kerajaan di atas pengorbanan dan jasa guru yang tidak pernah
jemu mendidik anak bangsa sebagai memenuhi kehendak negara mahu melahirkan
lebih ramai generasi berilmu,” katanya ketika berucap di Majlis Hari Guru
Peringkat Daerah Kemaman di Dewan Canselor Kolej Universiti TATI (TATIUC) di
Teluk Kalong, dekat sini, kelmarin.
-
HMetro
0 comments:
Post a Comment