Tuesday, May 29, 2012

Lepasan SPM Boleh Ke IPT Berdasarkan Pengalaman Kerja

TEMERLOH, 28 Mei (Bernama) -- Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kurang cemerlang berpeluang melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi berdasarkan pengalaman kerja atau perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata peluang berkenaan adalah selaras dengan agenda kerajaan mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. "Kerajaan akan mewujudkan satu kaedah kelulusan baharu dengan mengambil kira pengalaman kerjaya serta perniagaan seseorang lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi termasuk di universiti," katanya. Beliau berkata...

Friday, May 25, 2012

Kejahilan Mereka Aset Kita

Mungkin ramai diantara kita yang merasai menjadi muslim kerana faktor keturunan. Namun pernahkah kita terfikir adakah kita mengamalkan cara hidup islam? Adakah kita selalu bermuhasabah dan bertanya pada diri kita sendiri “Adakah aku seorang individu muslim yang baik?” Tapi pasti ramai diantara kita lebih memilih untuk terus khayal dengan cinta manusia yang merosakkan, atau kita lebih memilih untuk berfikir soal hidup daripada mati. Akhirnya kita menjadi manusia yang jauh dari Ilmu Allah dan tersungkur di lembah kejahilan yang penuh nista. Persoalannya kini, siapakah yang akan menyelamatkan mereka yang hidup dalam dunia bergelumang...

Sunday, May 20, 2012

SEKOLAH VOKASIONAL AKAN JADI KOLEJ VOKASIONAL PADA 2015

NILAI, 19 Mei (Bernama) -- Semua sekolah vokasional di negara ini dijangka dapat dinaik taraf kepada kolej vokasional menjelang tahun 2015, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi. Katanya pada masa ini sebanyak 15 sekolah vokasional yang mewakili setiap negeri telah dinaik taraf kepada status itu, dan bertindak sebagai program rintis yang bertujuan mentransformasikan sistem pendidikan. "Secara keseluruhannya penaiktarafan ini akan memberi tumpuan kepada kemahiran, pelajar tidak perlu memakai pakaian sekolah dan kita ubah persekitarannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival dan Ekspo Persatuan...

Friday, May 18, 2012

Mereka bukan umat yang membaca...

Budaya yang belum wujud di Malaysia Terlalu sedikit di kalangan umat kini yang giat membaca. Daripada sedikit yang membaca itu, terlalu sedikit pula yang memahaminya. Daripada sedikit yang memahami ini, lebih sedikit lagi yang beramal dengannya. Inilah realiti sebenar umat Islam masa kini biarpun ianya adalah sebuah realiti yang pahit untuk ditelan kita semua. Umat Islam kini dilemaskan dengan kehidupan yang melalaikan serta hiburan yang tidak mendidik jiwa sehingga minda dan intelektual yang merupakan senjata ampuh umat ini telah semakin tumpul untuk digunakan bagi membangunkan diri, keluarga dan telah...

Thursday, May 17, 2012

Omar Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2012

KUALA KANGSAR 16 Mei - Bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Omar Mohd. Hashim dinobatkan sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2012, manakala empat lagi warga pendidik dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2012 sempena sambutan Hari Guru 2012 Peringkat Kebangsaan Kali Ke-41 di sini hari ini. Penerima Tokoh Guru Kebangsaan 2012 ialah bekas Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Ahmad Azmey Abu Talib; Ahli Pemegang Amanah Yayasan Pintar, Datuk Mary Yap Kain Ching; bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Pulai, Kluang, Johor, Mohd. Azman Abdul Rashid dan Tokoh Guru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur...

Guru Perlu Berinovasi, Kreatif Dalam Mendidik Generasi Y & Z

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Saban tahun, 16 Mei tetap dan akan terus dirai sebagai Hari Guru meskipun dunia pendidikan semakin berubah, menjadikan cabaran yang dihadapi guru kini lebih hebat, sekaligus menuntut pendekatan inovasi serta kreativiti bagi melaksanakan tugas mendidik generasi Y dan Z. Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Malaysia Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata guru perlu bijak memanfaatkan teknologi terkini, khususnya teknologi maklumat bagi mendekati pelajar. "Guru perlu memanfaatkan media sosial seperti Facebook atau Twitter dan mengunakan media itu sebagai alternatif...

Wednesday, May 16, 2012

J/Kuasa kerja tangani isu bebas guru

KUALA KANGSAR 16 Mei - Jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu Beban Tugas Guru sedang melaksanakan 28 perakuan bagi menangani 14 isu yang memberi kesan terhadap beban tugas guru, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, antara langkah yang dilaksanakan Jawatankuasa Kerja itu adalah memperkenalkan Sistem Pengurusan Sekolah yang merupakan satu sistem tunggal kemasukan data untuk mengurangkan beban tugas guru yang menggunakan pelbagai sistem kemasukan data pada masa ini. "Sistem ini telah dilaksanakan secara rintis di 88 buah sekolah dan dijadualkan semua sekolah di bawah Kementerian Pelajaran...

Tuesday, May 15, 2012

16 Mei: SELAMAT HARI GURU

...

Friday, May 11, 2012

HARGAI PENGORBANAN, DOAKAN KESEJAHTERAAN WARGA PENDIDIK

Jasa bimbing pelajar jadi insan berguna tidak ternilai KECEMERLANGAN hidup seseorang di dunia ini tidak dapat lari daripada sumbangan dan pengorbanan ibu bapa, keluarga, rakan dan guru. Sumbangan dan pengorbanan itu tidak mampu dibalas, lebih-lebih lagi sumbangan guru membimbing ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Tarikh 16 Mei setiap tahun amat bermakna bagi warga guru yang pasti diingati, dihargai dan diraikan. Tidak kiralah siapapun yang pernah mengajar kita, banyak atau sedikit ilmu dicurahkan, bangsa atau agamanya, mereka tetap guru kita. Merekalah yang mengajar membaca, menulis...

'i-Hadir' KESAN PELAJAR PONTENG

KOTA BHARU: Jabatan Pelajaran Kelantan menjadi perintis mengguna perisian yang dikenali sebagai 'i-Hadir' bagi mengenal pasti kehadiran pelajar ke sekolah dan mengesan pelajar ponteng. Inovasi baru yang diperkenalkan oleh Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Kelantan itu boleh diakses bila-bila masa serta memudahkan pihak sekolah dan ibu bapa mengetahui kedatangan anak mereka ke sekolah. Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang, berkata, i-Hadir adalah aplikasi mudah, cepat dan tepat, dengan pihak sekolah akan memasukkan rekod kedatangan harian murid ke dalam komputer yang dilengkapi perisian berkenaan. Pada...

Wednesday, May 9, 2012

DOA-DOA BELAJAR-MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Buat pelajar-pelajar yang bertungkus lumus belajar untuk mencapai kejayaan, di sini dimuatkan beberapa doa untuk diamalkan. Insyaallah dengan usaha dan keikhlasan dalam mengulangkaji pelajaran, berdoalah kepada Allah semoga kita mendapat kerahmatan dan tercapai segala usaha yang dilakukan. Antara doa-doa yang dimuatkan adalah: Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah mata pelajaran. Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan. Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan. Doa memohon kejayaan cemerlang - dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan. Klik...

Sunday, May 6, 2012

LAWATAN PPD KE SKU SUSULAN KEJADIAN RIBUT

SK UNDANG – Hari ini Ahad 6 Mei 2012, SK Undang (SKU) telah dilawati oleh Pegawai Bahagian Pembangunan Pejabat Pelajaran Daerah K.Terenngganu bersama kontraktor bagi memantau kerosakan susulan kejadian ribut yang melanda SKU. Walaupun hari ini merupakan hari cuti umum, tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pihak berkenaan di atas keperihatinan dan kesanggupan meninjau keadaan SKU. Semoga kerosakan yang dihadapi dapat diperbaiki dengan segera bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti sediakala. ...

Saturday, May 5, 2012

SK UNDANG DILANDA RIBUT

SK Undang - Keadaan SK Undang yang dilanda ribut pada petang Jumaat  iaitu 4 Mei 2012. Diharap ia mendapat perhatian segera oleh pihak yang berkaitan bagi menggelakkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak tergendala dan dapat berjalan dalam keadaan selesa. Lain-lain gambar kejadian boleh dilihat dalam  Album SK Undang atau klik di sini: ALBUM SK UNDANG &nb...

SEKOLAH DAN PPD DIBERI LEBIH KUASA AUTONOMI

MUAR, 4 Mei (Bernama) -- Sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh negara berkemungkinan diberi lebih banyak kuasa autonomi bagi membolehkan usaha meningkatkan akedemik yang lebih tepat dilakukan bersesuaian mengikut sekolah masing-masing. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini merupakan antara langkah kementerian itu untuk menjadikan hala tuju pendidikan di negara ini lebih mantap setanding dengan negara maju. Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata autonomi peringkat sekolah dan daerah dinyatakan buat kali pertama bukanlah kerana Kementerian Pelajaran mahu melepaskan tanggungjawab,...

Wednesday, May 2, 2012

TAWARAN JAWATAN GURU DAN PENSYARAH CEMERLANG

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama)-- Kementerian Pelajaran menawarkan pengisian jawatan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang secara khas untuk penyandang (KUP) tahun 2012. Tawaran pensyarah cemerlang terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran yang berkhidmat sebagai pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB), Kolej Matrikulasi (KM) dan English Language Teaching Centre (ELTC) manakala tawaran guru cemerlang pula terbuka kepada semua guru sekolah. Menurut kenyataan kementerian itu pada Rabu, gred jawatan yang ditawarkan pada guru sekolah adalah gred DGA32, DGA34, DGA38, DG44, DG48, DG52,...

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi