Bertugas
di daerah Kuala Terengganu tapi atas rasa ingin menambah pengetahuan dan komited
sebagai Fasilitator Pembelajaran Interaktif Melalui Internet Zoom-A, saya telah
menghadiri taklimat Perkongsian Pintar Bersama Zoom-A anjuran oleh PPD Marang
kepada guru-guru sekolah daerah Marang, pada 27 Mac 2013 bertempat di Institut
Latihan Perindustrian Marang,
Bukit Parit, Marang, Terengganu.
Bermula
2004 sehingga kini, saya melihat laman Program Pembelajaran Interaktif Melalui Internet Zoom-A telah melalui pelbagai penambahbaikan untuk digunakan dalam menjana
kecemerlangan proses pengajaran dan pembelajaran selaras kemajuan ICT sekarang
ini.
Saya
melihat sekiranya program ini digunapakai secara maksimum ia dapat memberi
tambah nilai dalam memperkasakan pendidikan khususnya kepada pendidikan negeri
Terengganu, memandangkan kebanyakan murid-murid negeri Terengganu telah
dibekalkan e-book mereka masing-masing.
Di dalam program ini terdapat 350 000
pelbagai aras soalan topikal dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan UPSR. Malah
program ini juga membekal instrumen PBS untuk Tahun 1 hingga Tahun 3 bagi mempermudahkan
guru-guru menjana pembelajaran murid-murid. Di samping itu, program ini juga
membekalkan perpustakaan digital, laman web dan emel bagi setiap guru dan murid
yang berdaftar.
Semoga
platform yang tersedia ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru dan murid
kearah kecemerlangan selari dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia yang
hendak memartabatkan pendidikan melalui penggunaan ICT.
Info
berkaitan Pembelajaran Interaktif Melalui Internet Zoom-A juga boleh dibaca
dengan mengklik intri berikut: Pembelajaran Interaktif Zoom-A
0 comments:
Post a Comment