Dulu
guru ibarat nadi dan penyambung kehidupan masyarakat hingga profesyen itu
diiktirafkan mempunyai kedudukan paling tinggi dan mulia.
Besarnya
peranan dan jasa guru menyebabkan masyarakat tidak pernah mempersoalkan tindak
tanduk guru dan mempercayai tindakan itu bertujuan demi kebaikan.
Malangnya,
di tengah masyarakat hari ini yang menggelarkan diri mereka berfikiran terbuka,
maju dan moden, peranan guru seolah-olah semakin diperkecil dan dipertikaikan.
Guru
kini bukan saja tidak diibaratkan lagi sebagai lilin yang menerangi kehidupan
malah pelajar, ibu bapa mahupun masyarakat seperti galak menghentam dan
menghukum golongan berkenaan.
Dilema
guru yang semakin terikat dikhuatiri akan menimbulkan tekanan sekali gus
mengganggu urusan perjalanan sistem pendidikan dan ilmu.
Pengetua
Kirkby International College, Bismillah Abdul Kader berkata, guru perlu
menganggap tekanan dihadapi sebagai satu cabaran kerjaya untuk mempertingkatkan
lagi kualiti diri.
Beliau
berkata, tekanan bukan saja akan berlaku dalam kalangan guru malah mana-mana
kerjaya juga mempunyai cabarannya sendiri.
“Mereka
yang berada dalam bidang perguruan cabarannya lain, yang berada dalam kerjaya
lain cabarannya juga berbeza.
“Kita
tidak boleh elak namun sebagai guru, mereka perlu akur dan sematkan dalam diri
bahawa inilah cabaran seorang guru yang mahu mendidik anak bangsa.
“Bukan
senang kerana kita mendidik mereka yang bakal bergelar pemimpin. Tapi inilah
bakti guru yang tidak pernah berubah biarpun zaman semakin jauh ke depan,”
katanya.
Mengakui
bahawa cabaran guru dulu dan kini berbeza namun dari segi tanggungjawab tetap
sama.
“Tugas
hakiki guru adalah memberi ilmu dan mendidik, inilah tanggung jawab mereka.
“Bezanya,
cabaran dan sistem yang perlu berubah selari perubahan zaman, komposisi
pelajar, permintaan dan piawaian dunia moden.
“Memang
tidak adil jika kita membandingkan mereka kerana kedua-duanya hidup dalam zaman
tidak sama,” katanya yang tidak menafikan guru dulu mempunyai kekentalan
semangat yang tinggi untuk mendidik anak bangsa.
“Hasilnya,
lihatlah bagaimana pelajar yang datang dari keluarga miskin atau tidak
berpendidikan boleh berjaya,” katanya.
Guru
hari ini, akuinya, semakin hebat berdepan tekanan kerana ada ibu bapa suka
mencari sebab menyalahkan guru walaupun perkara remeh-temeh.
“Guru
dulu biarpun keadaan prasarana kurang namun mereka mempunyai kebebasan
mencorakkan pelajar. Ibu bapa pula beri sokongan tinggi dan tidak ambil hati
sekiranya anak dihukum.
“Sekarang,
ibu bapa pula yang berlebihan mempertahankan tindakan anak (pelajar) apabila
dihukum.
“Sudahlah
tangan terikat dengan pelbagai peraturan dan kekangan, campur tangan ibu bapa
menambah ‘kesengsaraan guru,” katanya.
Malah
anggapan mengatakan kerjaya guru mudah, gaji menarik, banyak masa santai dan
dianugerahkan cuti banyak sudah tidak relevan pada masa kini.
Katanya,
bidang tugas guru hari ini terlalu banyak sehingga merangkumi kerja-kerja
perkeranian selain senarai kursus perlu dihadiri.
“Jadi
bagaimana mereka mahu fokus sedangkan lambakan tugasan lain juga banyak.
“
Percaya atau tidak, masa bagi guru sebenarnya tidak cukup 24 jam sehari apatah
lagi dengan pengenalan pelbagai sistem sekarang malah ada berjaga hingga jam 2
pagi menyelesaikan tugasan,” katanya.
Beliau
turut memuji langkah pelbagai pihak membantu menaikkan imej guru, sekali gus
memperkasakan lagi sektor serta sistem pendidikan negara.
Menurutnya,
penawaran pelbagai inisiatif sebagai mekanisme penghargaan kepada golongan itu.
“Kita
tidak boleh membeli nilai bakti mereka tapi inisiatif ini boleh menjadi penawar
atas bebanan ditanggung itu.
“Pada
masa sama, berikan ruang kebebasan dan kepercayaan untuk guru mencorakkan idea
bagi mendidik pelajar. Percayalah, mereka ada banyak idea tapi kerana kekangan,
ia tersekat,” katanya.
Guru
moden juga disarankan bijak menggabungkan pelbagai idea untuk menjadikan
sistem pembelajaran lebih seronok.
“Mereka
perlu menjadikan konsep pembelajaran lebih menarik, efektif, kreatif dan
kritis, bukannya statik.
“Guru
juga perlu mengambil kira faktor perubahan persekitaran seperti sains dan
teknologi kerana proses pendidikan bukan melalui buku semata-mata.
“Rugi
jika tidak menggunakannya bagi meningkatkan lagi mutu pembelajaran dan
pengajaran,” katanya.
Usaha
melahirkan guru berkualiti juga katanya perlu dilaksanakan tanpa kompromi bagi
memastikan pelajar dan sistem pendidikan memperoleh impak paling maksimum.
“Bagaimanapun,
ini bukan bermakna mahu memperlekeh atau mempertikaikan kemampuan guru sedia
ada. Mereka tetap yang terbaik.
“Cuma
pastikan, mereka yang benar-benar mahu menjadi guru mempunyai azam tinggi serta
mampu memberi komitmen terhadap tugas,” katanya.
-
HMetro
0 comments:
Post a Comment