Pelajaran
Malaysia (SPM) mengambil lebih daripada 10 subjek kerana ia tidak menepati
matlamat sebenar Kementerian Pelajaran.
Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata matlamat sebenar adalah supaya
pelajar lebih fokus pada subjek utama dan ia juga akan memudahkan guru
membimbing mereka.
"Sebelum
ini memang ada pelajar yang ambil sehingga 15 dan 20 subjek, tetapi sejak dua
tahun lepas kita tidak benarkan lagi kerana mahu pelajar lebih fokus pada
subjek utama. Setakat ini kita lihat okay (ambil 10 subjek sahaja),"
katanya.
Muhyiddin
yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian pada Multaqa Guru Pendidikan Islam
Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Zon Utara di Universiti Sains Malaysia
di sini Sabtu yang dihadiri kira-kira 2,300 guru agama.
Terdahulu,
seorang guru mencadangkan kerajaan membenarkan calon SPM terutama dalam bidang
Agama Islam mengambil lebih daripada 10 subjek supaya mereka boleh mengambil
mata pelajaran dalam bidang Sains agar dapat membuat lebih pilihan untuk
melanjutkan pelajaran.
Muhyiddin
berkata perkara itu perlu dikaji secara terperinci kerana bimbang ia akan
membebankan pelajar terutama untuk mendapatkan pendidikan bagi subjek tambahan.
"Kalau
10 subjek, mudah untuk guru kita membimbing dan mereka (pelajar) juga tidak
perlu belajar di luar untuk mendapatkan pendidikan tambahan bagi subjek lain.
"Mungkin
pelajar dalam bidang Agama Islam lebih terbatas kerana tidak boleh ambil subjek
lain, ini kita akan teliti secara mendalam," katanya.
Kepada
soalan mengenai kekurangan guru subjek Pendidikan Islam di sekolah sejak
kebelakangan ini, Muhyiddin berkata beliau memang mengambil perhatian perkara
itu dan ia turut dibincangkan di peringkat Kabinet bagi mencari jalan
penyelesaian.
Katanya
satu daripada usaha kementerian bagi mengatasi masalah itu bagi memastikan
proses pembelajaran tidak terjejas ialah menghantar Guru Sandaran Tidak
Terlatih (GSTT) berkursus dan mengisi kekosongan dengan segera..
"Bukan
hanya guru Pendidikan Islam tetapi subjek lain juga, ini kadang-kadang berlaku
kerana masalah guru-guru bersara," katanya.
-
BERNAMA
0 comments:
Post a Comment