Sunday, March 31, 2013

Penandaarasan: Hari Pertama Di SK Sultan Sulaiman II, Kuala Terengganu

Alhamdulillah, hari ini Ahad 31 Mac 2013 adalah hari pertama saya menjalani Program Penandaarasan di SK Sultan Sulaiman II, Kuala Terengganu di bawah Kursus Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL). Program Penandaarasan ini mengambil masa selama dua minggu yang akan berakhir pada 11 April 2013. Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah terutama Tuan Guru Besar iaitu En. Mohd Kaman bin Awang, dimana penerimaan dan sikap positif yang ditunjukkan  atas kedatangan saya ke sekolah tersebut. Terima kasih juga kepada seluruh warga SK Sultan Sulaiman II atas kerjasama yang diberikan. Di hari pertama...

Friday, March 29, 2013

Renungan: Adakah Kita Orang Mukmin Atau Orang Islam

Istilah Islam, mukmin dan taqwa ini sering atau kerap kita dengar. Walaupun secara umumnya ia berkaitan dengan orang yang beragama Islam, namun maksudnya tidak sama. Terdapat perbezaan di antara orang Islam, orang mukmin dan orang bertaqwa. Orang yang masuk agama Islam tidak dikatakan masuk iman atau dikatakan orang mukmin. Orang yang masuk Islam tidak diistilahkan sebagai orang beriman. Lebih-lebih lagi dia tidak dikatakan orang yang bertaqwa. Istilah yang dipakai ialah dia orang Islam atau muslim. Secara umumnya, itulah umat Islam. Mereka tidak dikaitkan dengan iman dan taqwa. Iman dan taqwa adalah perkara yang berbeza. Iman...

Wednesday, March 27, 2013

Perkongsian Pintar Bersama Zoom-A

Bertugas di daerah Kuala Terengganu tapi atas rasa ingin menambah pengetahuan dan komited sebagai Fasilitator Pembelajaran Interaktif Melalui Internet Zoom-A, saya telah menghadiri taklimat Perkongsian Pintar Bersama Zoom-A anjuran oleh PPD Marang kepada guru-guru sekolah daerah Marang, pada 27 Mac 2013 bertempat di Institut Latihan Perindustrian Marang,  Bukit Parit, Marang, Terengganu. Bermula 2004 sehingga kini, saya melihat laman Program Pembelajaran Interaktif Melalui Internet Zoom-A telah melalui pelbagai penambahbaikan untuk digunakan dalam menjana kecemerlangan proses pengajaran dan pembelajaran selaras kemajuan...

Monday, March 25, 2013

Kerajaan Terus Beri E-Book Kepada Pelajar Seluruh Terengganu

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan terus memberikan bantuan pembelajaran berupa E-Book kepada pelajar sekolah kebangsaan di negeri ini selain mempertingkatkan keupayaan program tersebut dalam kalangan murid. Menegaskan demikian, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata pada masa ini syarikat Top-IT, sebuah pengeluar e-Book dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sedang berbincang untuk menyediakan program pembelajaran sains dalam bentuk animasi. "Kita akan masukkan program pendekatan baharu dalam E-Book itu membabitkan pembelajaran sains dalam bentuk animasi bagi memudahkan murid sekolah rendah lebih memahami dan sekali...

Friday, March 22, 2013

Gambar: Peserta Kursus NPQEL Kumpulan SRU3 Ambilan Pertama 2013

Klik pada gambar untuk kelihatan lebih jelas. Kursus NPQEL (Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan) banyak memberi input baru dalam melahirkan pemimpin sekolah yang hebat dalam mengurus organisasi mereka. Tentunya input-input yang diperolehi ini lebih mudah dilaksanakan atau lebih berkesan andai mereka yang ikhlas dan komited dengan amanah, diberi ruang dan peluang menjawat jawatan yang bersesuaian. Buat rakan-rakan peserta kursus yang kebanyakan berjawatan Penolong Kanan, kalian berpeluang cerah membuktikan input-input dari kursus NPQEL ini dilaksanakan kerana kalian mempunyai mandat dan...

Renungan: Kenali Diri Siapa Sebenarnya Kita

Siapa sebenarnya kita? Mengakukah kita ini sebagai hamba bagi Tuhan Yang Maha Mencipta. Seseorang hamba itu mesti pula merasakan dirinya hamba yang sifatnya mesti dibawa ke mana-mana. Apakah rasa sifat kehambaan itu?  Sifat-sifat hamba itu terlalu banyak. Antaranya ialah rasa malu, rasa takut, rasa hebat kepada ALLAH, rasa kurang, rasa lemah, rasa harap, rasa bersalah, rasa hina dan rasa diri selalu diawasi. Bila sifat ini dapat menjadi pakaian hati maka dengan sendirinya akan terkikislah rasa ketuanan, lebih-lebih lagi rasa ketuhanan. Sebab manusia yang berjuang dan berjihad, berkuasa, berpangkat besar dan pandai, kalau rasa...

Monday, March 18, 2013

KENYATAAN AKHBAR KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2012

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diadakan pada hari Khamis, 21 Mac 2013 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya. Peperiksaan bertulis SPM 2012 telah diadakan dari 5 November hingga 6 Disember 2012. Seramai 472,541 orang calon telah menduduki SPM di 3,590 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Seramai 30,239 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan keputusan dapat diumumkan seperti dijadualkan. Butiran calon adalah seperti jadual di bawah:  Calon-calon boleh mendapatkan...

Friday, March 15, 2013

Pekeliling Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum - Maksimum

Selaras dengan hasrat bagi meningkatkan produktiviti kerja penjawat awam, Kerajaan bersetuju menambah baik struktur JGMM bagi Kumpulan Pelaksana, Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pengurusan Tertinggi di bawah SSM 2012. Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai penambahbaikan struktur Jadual Gaji Minimum - Maksimum (JGMM) bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).   Muat turun pekeliling berkaitan di sini : PekelilingPerkhidmatan Bil. 2/2013 - Jabatan Perkhidmatan Awa...

Monday, March 11, 2013

Kakitangan Awam Dapat Satu Kenaikan Gaji Tahunan

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320. "Langkah itu akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion," katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan 'Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020', di sini. Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri...

Dulu Guru Bebas Corak Pelajar

Dulu guru ibarat nadi dan penyambung kehidupan masyarakat hingga profesyen itu diiktirafkan mempunyai kedudukan paling tinggi dan mulia. Besarnya peranan dan jasa guru menyebabkan masyarakat tidak pernah mempersoalkan tindak tanduk guru dan mempercayai tindakan itu bertujuan demi kebaikan. Malangnya, di tengah masyarakat hari ini yang menggelarkan diri mereka berfikiran terbuka, maju dan moden, peranan guru se­olah-olah semakin diperkecil dan dipertikaikan. Guru kini bukan saja tidak diibaratkan lagi sebagai lilin yang menerangi kehidupan malah pelajar, ibu bapa mahupun masyarakat seperti galak menghentam dan menghukum golongan...

Saturday, March 9, 2013

Kerajaan Tidak Bercadang Benarkan Calon SPM Ambil Lebih 10 Subjek

Pelajaran Malaysia (SPM) mengambil lebih daripada 10 subjek kerana ia tidak menepati matlamat sebenar Kementerian Pelajaran. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata matlamat sebenar adalah supaya pelajar lebih fokus pada subjek utama dan ia juga akan memudahkan guru membimbing mereka. "Sebelum ini memang ada pelajar yang ambil sehingga 15 dan 20 subjek, tetapi sejak dua tahun lepas kita tidak benarkan lagi kerana mahu pelajar lebih fokus pada subjek utama. Setakat ini kita lihat okay (ambil 10 subjek sahaja)," katanya. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian pada Multaqa Guru Pendidikan Islam Kementerian...

Friday, March 1, 2013

Gambar: Kursus NPQEL 2013 di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara

Bermula 17 Februari 2013 bermulalah Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Ambilan Pertama 2013. Kursus telah dijalankan di tiga tempat iaitu di IAB Induk Pahang, IAB Cawangan Utara, Kedah dan IAB Cawangan Serawak. Gambar-gambar berkaitan kursus NPQEL di IAB Cawangan Utara ini terutamanya bagi Kumpulan SRU3 boleh dilihat melalui RUANGAN GALERI yang terdapat di dalam blog ini atau mengklik tajuk berikut: GAMBAR AKTIVITI PESERTA KUSUS NPQEL 201...

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi