-Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh-
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul
dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya
Imam Ghazali = ” Apakah yang paling
dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “
Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu
benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah
bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh
dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu
benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun
keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab
itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang
dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.
Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar
didunia ini ?”
Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu
benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka
kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke
neraka.”
IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat
didunia? “
Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “
Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi
yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah
SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia
dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga
banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”
Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan
di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu
benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT .
Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “
Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam
sekali di dunia ini? “
Murid- Murid dengan serentak menjawab =
” Pedang “
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang
paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah,
manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri
“
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment