BATU
PAHAT, 6 Okt (Bernama) -- Pengambilan calon untuk Kursus Perguruan Lepasan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak akan diiklankan mulai tahun depan dan
sebaliknya akan ditawarkan kepada 30 peratus pelajar lepasan SPM yang
memperolehi keputusan terbaik.
Timbalan
Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata langkah tersebut adalah usaha
bagi meningkatkan kualiti guru selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025.
Sebelum
ini, katanya, lepasan SPM yang ingin menjadi guru perlu memohon untuk menduduki
ujian kelayakan khas atau M-Test dan akan dipanggil untuk temuduga selepas
lulus itu.
Bagaimanapun
mulai tahun ini, permohonan untuk mengambil ujian M-Test adalah terbuka kepada
semua pelajar SPM pada hari terakhir peperiksaan, katanya kepada pemberita di
sini Sabtu.
Beliau
berkata apabila keputusan peperiksaan SPM keluar nanti, kursus itu akan
tawarkan kepada 30 peratus pelajar yang memperoleh keputusan terbaik.
--
BERNAMA
0 comments:
Post a Comment