Thursday, November 28, 2013
Pengambilan Guru Ikut Keperluan Negeri
Kementerian
Pendidikan kini menghadapi masalah lambakan permohonan pertukaran guru yang
meruncing untuk ditukarkan ke negeri asal masing-masing khususnya Kelantan,
Terengganu dan Kedah.
Menteri
Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, Kelantan mencatatkan permohonan
pertukaran guru tertinggi iaitu seramai 2,483 orang berbanding 173 kekosongan
yang ada.
Bagi
Kedah pula katanya, seramai 1,523 orang guru kelahiran negeri itu memohon
ditukarkan ke negeri asal berbanding hanya 200 kekosongan manakala Terengganu
menerima permohonan pertukaran seramai 1,267 orang guru berbanding 200
kekosongan.
"Di
Kelantan terdapat lebih 30,000 orang guru dan ada lagi 2,483 orang yang memohon
balik ke negeri itu sedangkan hanya ada 179 kekosongan, ini bermakna seramai
2,304 orang gagal mendapat tempat," katanya.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita selepas diberikan taklimat sempena lawatan
rasmi beliau ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Gong Badak dekat
sini hari ini.
Yang
turut hadir, Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim.
Idris
diminta mengulas keluhan seorang guru yang disiarkan dalam ruangan Cuit di
Utusan Malaysia hari ini yang masih gagal ditukarkan ke negeri asalnya,
Terengganu meskipun beberapa kali memohon sejak lapan tahun lalu berkhidmat di
sebuah sekolah di Batu Pahat, Johor.
Guru
itu, Farita Idayu Jusoh yang amat menyintai profesion itu kini dalam keadaan
kemurungan dan berkemungkinan terpaksa menamatkan kerjayanya setelah berjauhan
dengan suami yang bertugas di Terengganu sejak sekian lama.
Idris
seterusnya berkata, berdasarkan masalah lambakan permohonan pertukaran guru
itu, Kementerian Pendidikan tidak mampu menampung hasrat guru terbabit
memandangkan jumlah kekosongan yang begitu terhad.
Sehubungan
itu, beliau menyeru semua pihak tidak menyalahkan kementeriannya berhubung
perkara itu.
"Kita
sebenarnya bukan tidak izinkan guru bertukar ke negeri asal masing-masing
tetapi permohonan yang diterima terlampau ramai sedangkan jumlah kekosongan amat
kecil," ujarnya.
Idris
bagaimanapun mengakui wujud masalah 'keciciran' membabitkan guru yang
berkali-kali memohon ditukarkan ke negeri asal dan beliau memberi jaminan,
pihaknya akan memberi perhatian mengenainya.
Katanya,
Kementerian Pendidikan akan cuba sedaya upaya menangani masalah tersebut dan
bersedia mengambil tanggungjawab sepenuhnya bagi membantu guru-guru terbabit.
"Sebab
itulah, selepas ini kita akan membuat pengambilan guru baharu mengikut
keperluan negeri masing-masing," tambahnya.
-
Utusan
Tuesday, November 26, 2013
Kementerian Pendidikan Tidak Janjikan Penempatan Kepada Graduan
Kementerian Pendidikan tidak
menjanjikan penempatan kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA), kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap
Kian Ching.
Beliau berkata ini kerana sebahagian
besar daripada mereka bukan ditaja oleh Kementerian Pendidikan dan tidak ada
sebarang ikatan perjanjian dengan pihak kementerian.
"Penempatan graduan adalah
berdasarkan kepada kekosongan perjawatan yang ada. Apabila bekalan diterima,
penempatan dilaksanakan mengikut kekosongan perjawatan dan keperluan
opsyen," katanya.
Yap berkata demikian ketika menjawab
soalan Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) pada sesi soal jawab di Dewan
Rakyat di sini hari ini. Abdul Rahman bertanyakan mengenai mekanisme
Kementerian Pendidikan dalam mengatasi kelewatan penempatan graduan Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan sejak akhir-akhir ini.
Beliau menambah kata, mulai tahun 2012,
pelantikan dan penempatan graduan pendidikan keluaran IPTA dan Institut
Pendidikan Guru (IPG) tidak lagi secara automatik, tetapi secara lantikan tetap
dan tidak lagi lantikan secara sandaran.
"Kementerian Pendidikan
berpandangan bahawa tidak timbul isu kelewatan dalam penempatan guru baharu
memandangkan semua graduan pendidikan perlu menjalani prosedur pelantikan dan
penempatan yang telah ditetapkan," kata Yap.
Jelasnya, graduan pendidikan yang tamat
pengajian dan diperakukan oleh senat IPTA/IPG perlu memohon di portal
www.jobsmalaysia.com bagi tujuan panggilan temuduga oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Pelajaran (SPP).
Yab berkata bakal guru hanya akan
ditempatkan di sekolah-sekolah setelah mereka lulus temuduga dan diperakui oleh
pihak SPP.
"Ini bertujuan untuk memastikan
guru-guru yang dilantik berkualiti dan memenuhi standard guru Malaysia. Mereka
akan ditempatkan ke sekolah dengan tawaran jawatan Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41," katanya.
- BERNAMA
Posted in: Perkhidmatan GuruKeputusan Pertukaran Guru Antara Negeri Bagi Sesi Januari 2014

Keputusan
Pertukaran Guru bagi sesi Januari 2014 boleh disemak di Sistem Maklumat Guru
Modul e-GTukar mulai jam 9.00 malam pada 25 November 2013, Isnin.
Berikut
adalah Analisa Pertukaran Guru Antara Negeri Sesi Januari 2014 bagi sekolah
menengah dan rendah (Klik gambar untuk kelihatan lebih jelas):
Statistik Pertukaran Antara Negeri Bagi Sekolah Menengah
Statistik Pertukaran Antara Negeri Bagi Sekolah Rendah
Klik
di sini untuk layari: e-GTukar
-
Portal KPM
Posted in: Perkhidmatan GuruFriday, November 22, 2013
Renungan: Dalam Diri Manusia Itu Sendiri Sudah Ada Peringatan
Antara keistimewaan manusia yang Allah
Taala bekalkan semula jadinya ialah di dalam diri manusia itu sudah tersedia
asas-asas peringatan. Sama ada peringatan-peringatan yang positif mahupun yang
negatif.
Yang dimaksudkan peringatan-peringatan
itu di antaranya yang positif ialah:
Manusia suka dikasihi atau dicintai;
- Suka diberi pertolongan.
- Suka diberi simpati.
- Suka diberi maaf.
- Suka diberi hadiah.
- Suka dijamu.
- Suka diberitahu.
- Suka diberi ilmu.
- Suka diziarahi.
- Suka tidak diganggu.
- Suka dihargai dan lain-lain lagi.
Antara yang negatif ialah:
- Tidak suka dibenci.
- Tidak suka dicaci.
- Tidak suka diganggu.
- Tidak suka dimarahi.
- Tidak suka dimalukan.
- Tidak suka disusahi.
- Tidak suka dibiarkan susah.
- Tidak suka tidak dipeduli.
- Tidak suka tidak ditolong.
- Tidak suka orang sombong kepadanya.
- Tidak suka barangan dirampas atau dicuri.
- Tidak suka dizalimi.
Selain itu yang paling asas ialah rasa
bertuhan sudah sedia ada di dalam hati manusia. Cuma Tuhan itu bagaimana, itu
sahaja yang mereka tidak tahu.
Apa yang disebutkan di atas, itulah dia
fitrah semula jadi manusia atau gharizah atau naluri semula jadi. Ia dibekalkan
oleh Allah bersama tubuh lahirnya. Inilah yang kita maksudkan peringatan Allah
Taala yang telah dibekalkan di dalam diri manusia.
Firman Allah SWT yang bererti: “Tetaplah atas fitrah Allah yang telah
menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah.
(Itulah) agama yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Ar Rum:
30)
Peringatan Itu Manusia Tidak Jadikan Peringatan
Sepatutnya manusia menjadikan asas-asas
peringatan itu sebagai peringatan di dalam kehidupan mereka kerana fitrah
semulajadi manusia itu sama saja. Yakni apa yang disukai oleh seseorang, itu
jugalah yang disukai oleh orang lain. Apa yang tidak disukai seseorang itu,
itulah juga yang tidak disukai oleh orang lain. Ertinya asas-asas agama Islam
itu sudah Allah Taala bekalkan di dalam diri manusia iaitu rasa bertuhan,
apa-apa yang disukai dan apa-apa yang tidak disukai. Apa yang dilarang dan apa
yang tidak dilarang. Apa yang digemari dan apa yang tidak digemari. Semuanya
sudah sedia ada.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang-orang yang apabila diberi
peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, tidaklah mereka menghadapinya sebagai
orang-orang yang tuli dan buta.” (Al Furqan: 73)
Firman Allah yang bermaksud: “Itulah ketetapan agama yang lurus, maka
janganlah kamu menganiaya diri.” (At Taubah: 36)
Firman Allah yang bermaksud: “(Yakni) akan dilipatgandakan azab untuknya
pada hari Kiamat dengan kekal dalam azab itu dalam keadaan terhina.” (Al
Furqan: 69)
Firman Allah yang bermaksud: “Kecuali mereka yang bertaubat beriman dan
mengerjakan amalan soleh, kejahatan mereka Allah gantikan dengan kebajikan. Dan
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Furqan: 70)
Oleh kerana fitrah semula jadi manusia
itu Allah Taala telah bekalkan rasa bertuhan, apa yang disukai dan apa yang
dibenci, maka lantaran itulah agama Islam itu dikatakan agama fitrah. Yakni,
apa yang diperintahkan oleh Islam dan apa yang dilarang dan apa yang disukai
serta apa yang dibenci oleh Islam, ia sesuai dengan fitrah semula jadi manusia.
Sama ada yang lahir mahupun yang batin. Kehendak-kehendak Islam itu tidak
bercanggah dengan fitrah semula jadi manusia.
Islam datang hanya memperluas,
memantapkan dan memberitahu cara-cara membuat baik dan cara-cara jangan membuat
jahat, mengesahkannya serta memperkatakan ada setengah-setengah hal dari
perkara-perkara yang tidak boleh dijangkau oleh akal seperti hal-hal kerohanian
dan alam ghaib serta mengenai Tuhan dan ketuhanan.
Berdasarkan fitrah semula jadi ini
sepatutnya manusia mengambil ingatan bahawa apa yang dia suka, sepatutnya itu
jugalah yang diberi kesukaan kepada orang lain. Apa yang dia tidak suka, itu
juga yang sepatutnya dia tidak lakukan kepada orang lain. Lebih-lebih lagi
datang Islam mendorong, menyubur kan, mengingatkan serta menguatkan lagi dengan
busyra dengan Syurga dan tanzir dengan Neraka. Ini supaya mengingatkan lagi
kepada manusia agar apa yang dia suka, dia mesti lakukan kepada manusia lain.
Apa yang dia tidak suka dia tidak akan lakukan kepada manusia lain agar manusia
hidup aman damai dan harmoni.
Tetapi apa yang berlaku kepada umum
manusia atau secara majoritinya, apa yang dia suka maka dia suka kalau orang
boleh lakukan padanya, tetapi dia tidak suka lakukan kepada orang lain. Begitu
juga sebaliknya apa yang dia tidak suka, dia tidak suka kalau orang lain melakukan
kepadanya, tapi apa yang dia tidak suka itu, dia suka pula menimpakannya kepada
orang lain. Maka justeru itulah timbul perselisihan, perbalahan, permusuhan dan
peperangan di kalangan manusia. Akibatnya tiada siapa yang susah melainkan
manusia itu sendiri yang mendapat kesusahan.
Firman Allah SWT yang maksudnya: “Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah
memudahkan untukmu apa yang di langit dan di bumi dan menyempurnakan untukmu
nikmat-nikmatNya lahir dan batin.” (Luqman: 20)
Mengapa manusia tidak mahu mengambil
peringatan? Padahal manusia mendapat dua peringatan, iaitu pertamanya
peringatan yang semula jadi. Yang kedua pula, kedatangan ajaran Islam.
Ini menunjukkan bahawa nafsu manusia
itu di antara sifatnya sangat mementingkan diri, didorong pula oleh syaitan
yang sentiasa menghasut manusia agar manusia lupa dengan peringatan sama ada
peringatan semula jadi mahupun peringatan daripada Allah Taala.
Oleh kerana sifatnya yang sangat
mementingkan diri itu, setiap orang suka kalau kebaikan dan kesenangan itu
berlonggok dan bertompok pada dirinya sahaja, tapi kepada orang lain biarlah
berlonggok dan bertompok pula berbagai-bagai macam kesusahan dan masalah.
Padahal apabila kita mementingkan diri
sendiri dan menimpakan berbagai-bagai kesusahan dan masalah kepada orang lain
atau membiarkan berbagai-bagai masalah berlaku kepada orang lain, orang lain
akan membenci, marah dan bertindak kepada orang lain. Akhirnya apa yang akan
terjadi ialah orang yang susah menimpakan kesusahan kepada orang lain kerana
sakit hati, maka orang yang senang tadi mendapat kesusahan pula. Akibatnya
orang yang senang tadi akhirnya senasib dengan orang yang susah. Mereka
mendapat kesusahan juga. Cuma kesusahan itu bentuk dan sifatnya sahaja tidak
sama. Namun sama-sama mendapat kesusahan kerana tidak mengambil peringatan
tadi. Sama ada peringatan semula jadi mahupun peringatan dari Allah Taala.
Manusia yang sudah lupa atau telah
lalai dengan peringatan-peringatan itu sama ada peringatan semula jadi mahupun
peringatan dari Islam, mereka tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Jangan
dibiarkan manusia menderita dengan sifat-sifat atau tabiat jahat yang menguasai
diri dan kehidupan. Di sinilah kewajipan para pemimpin, guru-guru, ibu bapa
serta pejuang dan pendakwah agar tampil mendidik manusia.
Mendidik manusia tidak cukup setakat
menjaga fizikalnya sahaja dengan diberi makan minum yang cukup serta menjaga
kesihatan yang rapi. Begitu juga tidak cukup diberi kenyang akal fikiran dengan
ilmu pengetahuan, nanti kejahatan manusia lebih hebat dan pesat lagi dengan
dibantu oleh ilmu itu. Apa yang lebih penting daripada segala-galanya itu ialah
mendidik semula fitrah manusia.
Jiwa manusia hendaklah dibangunkan
semula secara serius iaitu suburkan kembali dengan iman, dengan takutkan Allah
yang Maha Agung, tanamkan semula rasa kebesaran Allah di dalam hati manusia.
Semarakkan semula sifat-sifat baik yang sedia ada dalam diri manusia.
Bangunkan jiwa itu rasa benci dengan
kekufuran dan kejahatan serta kezaliman. Suburkan semula sifat-sifat terpuji
(mahmudah) yang Allah Taala telah bekalkan itu. Juga bangkitkan semula rasa
benci dengan sifat-sifat yang hina (mazmumah) yang juga Allah Taala telah
bekalkan di dalam diri manusia. Suburkan rasa tauhid atau rasa bertuhan di
dalam hati atau jiwa manusia agar secara automatik rasa kehambaan itu akan
subur di dalam jiwa manusia. Maka akan tumbuh subur rasa merendah diri,
bersemarak semula rasa cinta kepada Tuhan dan sesama manusia. Dan juga
sifat-sifat yang terpuji akan bertapak semula di dalam jiwa manusia.
Apabila hati atau jiwa atau hati nurani
manusia telah terdidik iaitu kembali kepada fitrah semula jadinya ertinya raja
di dalam diri manusia telah terdidik menjadi baik. Apabila raja di dalam diri
manusia menjadi baik, maka ilmu pengetahuan yang memenuhi akal akan ditundukkan
kepada kebaikan dan segala anggota lahir (jawarih) akan dikerahkan kepada
mentaati Tuhan dan membuat baik kepada seluruh manusia.
Tapi apa yang akan terjadi apabila raja
di dalam diri tidak terdidik, yakni raja di dalam diri manusia menjadi jahat?
Apabila raja di dalam diri manusia menjadi jahat maka raja diri yang jahat akan
menggunakan kekuatan ilmu dan mengarahkan anggota lahir (jawarih) mencetuskan
berbagai bentuk kejahatan.
Itulah yang terjadi pada hari ini,
manusia di dunia ini telah melakukan kejahatan menggunakan teknologi tinggi,
mencuri duit bank menggunakan komputer, menyebarkan bahan-bahan lucah,
mengumpat, memfitnah menggunakan internet dan lain-lain lagi.
Posted in: RenunganThursday, November 21, 2013
Computer: More than 100 Keyboard Shortcuts must Know
Keyboard Shortcuts (Microsoft Windows):
1. CTRL+C (Copy)
2. CTRL+X (Cut)
3. CTRL+V (Paste)
4. CTRL+Z (Undo)
5. DELETE (Delete)
6. SHIFT+DELETE (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
7. CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
8. CTRL+SHIFT while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)
9. F2 key (Rename the selected item)
10. CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)
11. CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)
12. CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)
13. CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)
14. CTRL+SHIFT with any of the arrow keys (Highlight a block of text)
SHIFT with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)
15. CTRL+A (Select all)
16. F3 key (Search for a file or a folder)
17. ALT+ENTER (View the properties for the selected item)
18. ALT+F4 (Close the active item, or quit the active program)
19. ALT+ENTER (Display the properties of the selected object)
20. ALT+SPACEBAR (Open the shortcut menu for the active window)
21. CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents opensimultaneou sly)
22. ALT+TAB (Switch between the open items)
23. ALT+ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)
24. F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)
25. F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)
26. SHIFT+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)
27. ALT+SPACEBAR (Display the System menu for the active window)
28. CTRL+ESC (Display the Start menu)
29. ALT+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu) Underlined letter in a command name on an open menu (Perform the corresponding command)
30. F10 key (Activate the menu bar in the active program)
31. RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)
32. LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)
33. F5 key (Update the active window)
34. BACKSPACE (View the folder onelevel up in My Computer or Windows Explorer)
35. ESC (Cancel the current task)
36. SHIFT when you insert a CD-ROMinto the CD-ROM drive (Prevent the CD-ROM from automatically playing)
1. CTRL+C (Copy)
2. CTRL+X (Cut)
3. CTRL+V (Paste)
4. CTRL+Z (Undo)
5. DELETE (Delete)
6. SHIFT+DELETE (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
7. CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
8. CTRL+SHIFT while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)
9. F2 key (Rename the selected item)
10. CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)
11. CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)
12. CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)
13. CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)
14. CTRL+SHIFT with any of the arrow keys (Highlight a block of text)
SHIFT with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)
15. CTRL+A (Select all)
16. F3 key (Search for a file or a folder)
17. ALT+ENTER (View the properties for the selected item)
18. ALT+F4 (Close the active item, or quit the active program)
19. ALT+ENTER (Display the properties of the selected object)
20. ALT+SPACEBAR (Open the shortcut menu for the active window)
21. CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents opensimultaneou sly)
22. ALT+TAB (Switch between the open items)
23. ALT+ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)
24. F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)
25. F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)
26. SHIFT+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)
27. ALT+SPACEBAR (Display the System menu for the active window)
28. CTRL+ESC (Display the Start menu)
29. ALT+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu) Underlined letter in a command name on an open menu (Perform the corresponding command)
30. F10 key (Activate the menu bar in the active program)
31. RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)
32. LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)
33. F5 key (Update the active window)
34. BACKSPACE (View the folder onelevel up in My Computer or Windows Explorer)
35. ESC (Cancel the current task)
36. SHIFT when you insert a CD-ROMinto the CD-ROM drive (Prevent the CD-ROM from automatically playing)
Dialog Box - Keyboard Shortcuts:
1. CTRL+TAB (Move forward through the tabs)
2. CTRL+SHIFT+TAB (Move backward through the tabs)
3. TAB (Move forward through the options)
4. SHIFT+TAB (Move backward through the options)
5. ALT+Underlined letter (Perform the corresponding command or select the corresponding option)
6. ENTER (Perform the command for the active option or button)
7. SPACEBAR (Select or clear the check box if the active option is a check box)
8. Arrow keys (Select a button if the active option is a group of option buttons)
9. F1 key (Display Help)
10. F4 key (Display the items in the active list)
11. BACKSPACE (Open a folder one level up if a folder is selected in the Save As or Open dialog box)
1. CTRL+TAB (Move forward through the tabs)
2. CTRL+SHIFT+TAB (Move backward through the tabs)
3. TAB (Move forward through the options)
4. SHIFT+TAB (Move backward through the options)
5. ALT+Underlined letter (Perform the corresponding command or select the corresponding option)
6. ENTER (Perform the command for the active option or button)
7. SPACEBAR (Select or clear the check box if the active option is a check box)
8. Arrow keys (Select a button if the active option is a group of option buttons)
9. F1 key (Display Help)
10. F4 key (Display the items in the active list)
11. BACKSPACE (Open a folder one level up if a folder is selected in the Save As or Open dialog box)
Microsoft Natural Keyboard Shortcuts
1. Windows Logo
(Display or hide the Start menu)
2. Windows
Logo+BREAK (Display the System Properties dialog box)
3. Windows
Logo+D (Display the desktop)
4. Windows Logo+M
(Minimize all of the windows)
5. Windows
Logo+SHIFT+M (Restorethe minimized windows)
6. Windows
Logo+E (Open My Computer)
7. Windows
Logo+F (Search for a file or a folder)
8. CTRL+Windows
Logo+F (Search for computers)
9. Windows
Logo+F1 (Display Windows Help)
10. Windows
Logo+ L (Lock the keyboard)
11. Windows
Logo+R (Open the Run dialog box)
12. Windows
Logo+U (Open Utility Manager)
13.
Accessibility Keyboard Shortcuts
14. Right SHIFT
for eight seconds (Switch FilterKeys either on or off)
15. Left ALT+left
SHIFT+PRINT SCREEN (Switch High Contrast either on or off)
16. Left
ALT+left SHIFT+NUM LOCK (Switch the MouseKeys either on or off)
17. SHIFT five
times (Switch the StickyKeys either on or off)
18. NUM LOCK for
five seconds (Switch the ToggleKeys either on or off)
19. Windows Logo
+U (Open Utility Manager)
20. Windows
Explorer Keyboard Shortcuts
21. END (Display
the bottom of the active window)
22. HOME
(Display the top of the active window)
23. NUM
LOCK+Asterisk sign (*) (Display all of the subfolders that are under the
selected folder)
24. NUM
LOCK+Plus sign (+) (Display the contents of the selected folder)
25. NUM
LOCK+Minus sign (-) (Collapse the selected folder)
26. LEFT ARROW
(Collapse the current selection if it is expanded, or select the parent folder)
27. RIGHT ARROW
(Display the current selection if it is collapsed, or select the first
subfolder)
Shortcut Keys for Character Map
After you double-click a character on the
grid of characters, you can move through the grid by using the keyboard shortcuts:
1. RIGHT ARROW
(Move to the rightor to the beginning of the next line)
2. LEFT ARROW
(Move to the left orto the end of the previous line)
3. UP ARROW
(Move up one row)
4. DOWN ARROW
(Move down one row)
5. PAGE UP (Move
up one screen at a time)
6. PAGE DOWN
(Move down one screen at a time)
7. HOME (Move to
the beginning of the line)
8. END (Move to
the end of the line)
9. CTRL+HOME
(Move to the first character)
10. CTRL+END
(Move to the last character)
11. SPACEBAR
(Switch between Enlarged and Normal mode when a character is selected)
Microsoft Management Console (MMC)
Main Window Keyboard Shortcuts
1. CTRL+O (Open
a saved console)
2. CTRL+N (Open
a new console)
3. CTRL+S (Save
the open console)
4. CTRL+M (Add
or remove a console item)
5. CTRL+W (Open
a new window)
6. F5 key
(Update the content of all console windows)
7. ALT+SPACEBAR
(Display the MMC window menu)
8. ALT+F4 (Close
the console)
9. ALT+A
(Display the Action menu)
10. ALT+V
(Display the View menu)
11. ALT+F
(Display the File menu)
12. ALT+O
(Display the Favorites menu)
MMC Console Window Keyboard Shortcuts
1. CTRL+P (Print
the current page or active pane)
2. ALT+Minus
sign (-) (Display the window menu for the active console window)
3. SHIFT+F10
(Display the Action shortcut menu for the selected item)
4. F1 key (Open
the Help topic, if any, for the selected item)
5. F5 key
(Update the content of all console windows)
6. CTRL+F10
(Maximize the active console window)
7. CTRL+F5
(Restore the active console window)
8. ALT+ENTER
(Display the Properties dialog box, if any, for theselected item)
9. F2 key
(Rename the selected item)
10. CTRL+F4
(Close the active console window. When a console has only one console window,
this shortcut closes the console)
Remote Desktop Connection Navigation
1. CTRL+ALT+END
(Open the Microsoft Windows NT Security dialog box)
2. ALT+PAGE UP
(Switch between programs from left to right)
3. ALT+PAGE DOWN
(Switch between programs from right to left)
4. ALT+INSERT
(Cycle through the programs in most recently used order)
5. ALT+HOME
(Display the Start menu)
6.
CTRL+ALT+BREAK (Switch the client computer between a window and a full screen)
7. ALT+DELETE
(Display the Windows menu)
8.
CTRL+ALT+Minus sign (-) (Place a snapshot of the active window in the client on
the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing
PRINT SCREEN on a local computer.)
9. CTRL+ALT+Plus
sign (+) (Place asnapshot of the entire client window area on the Terminal
server clipboardand provide the same functionality aspressing ALT+PRINT SCREEN
on a local computer.)
Microsoft Internet Explorer Keyboard
Shortcuts
1. CTRL+B (Open
the Organize Favorites dialog box)
2. CTRL+E (Open
the Search bar)
3. CTRL+F (Start
the Find utility)
4. CTRL+H (Open
the History bar)
5. CTRL+I (Open
the Favorites bar)
6. CTRL+L (Open
the Open dialog box)
7. CTRL+N (Start
another instance of the browser with the same Web address)
8. CTRL+O (Open
the Open dialog box,the same as CTRL+L)
9. CTRL+P (Open
the Print dialog box)
10. CTRL+R
(Update the current Web)
Posted in: KomputerUrusan Pemangkuan PPPLD Bagi Mengisi Jawatan Guru Besar 2014

Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan urusan pemangkuan PPLD Gred DGA32 ke
Gred DGA34 dan Gred DGA29 ke DGA32 (Bidang Umum, Cina dan Tamil) bagi mengisi
kekosongan jawatan kenaikan pangkat Guru Besar di Kementerian Pendidikan
Malaysia pada tahun 2014.
Pemangkuan
ini adalah terbuka kepada semua PPLD Gred DGA32 dan Gred DGA29 termasuk pegawai
yang sedang cuti belajar, cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji, pegawai-pegawai
yang dipinjamkan/tukar sementara ke agensi lain atau yang sedang mengisi
jawatan kader dan pegawai yang dimasukkan ke dalam jawatan kumpulan.
Sehubungan
dengan itu, bersama-sama ini dilampirkan Surat siaran urusan pemangkuan PPPLD
ke Gred DGA34 ke Gred DGA32 bagi mengisi jawatan Guru Besar tahun 2014 di
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui sistem kenaikan pangkat (ePANGKAT).
Klik Gambar untuk Akses Ke Portal e-Pangkat
Muat
Turun: Surat siaran urusan pemangkuanPPPLD ke Gred DGA34 ke Gred DGA32 bagi mengisi jawatan Guru Besar tahun 2014.
Posted in: Perkhidmatan GuruWednesday, November 20, 2013
3 Subjek Baru Untuk Murid Tahun Empat

Mulai
tahun depan murid Tahun Empat sekolah kebangsaan akan mula belajar tiga subjek
baru, iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) dan Sejarah.
Menurut
laman web Kementerian Pendidikan, subjek RBT akan menyediakan murid dengan
pengetahuan dan kemahiran asas yang membolehkan mereka menyambung pelajaran
dalam bidang teknikal atau vokasional di peringkat menengah kelak.
Mata
pelajaran itu merangkumi teknikal, sains rumah tangga dan teknologi pertanian,
selain elemen merentas kurikulum seperti asas keusahawanan, kreativiti dan
inovasi serta teknologi maklumat dan komunikasi.
Mata
pelajaran TMK pula fokus kepada penguasaan ilmu dan kemahiran bersesuaian
dengan tahap kebolehan murid sekolah kebangsaan dalam lima modul, iaitu dunia
komputer, eksplorasi multimedia, sistem rangkaian dan dunia internet, dunia
pangkalan data serta pengaturcaraan.
Peruntukan
60 minit seminggu yang diajar secara bergilir dengan mata pelajaran RBT, TMK
diharap dapat membekalkan murid dengan kemahiran penyelesaian masalah,
pemikiran logik, pengurusan maklumat, manipulatif, menaakul serta berfikir
secara kreatif, kritis dan berinovasi.
Pengenalan
mata pelajaran Sejarah pula bertujuan mendidik murid memahami latar belakang
negara dan sejarahnya dengan melihat perubahan berlaku serta kesinambungan yang
masih dikekalkan dalam kehidupan masyarakat.
Mata
pelajaran itu disusun secara kronologi yang membincangkan pengenalan sejarah
awal, diikuti dengan kedaulatan dan kemakmuran negara mengikut tajuk supaya
murid dapat menghargai sejarah tanah air dan kegemilangannya.
Subjek
itu diperkenalkan di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai
transformasi penambahbaikan kepada kurikulum sedia ada bagi memastikan murid
dibekalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa.
-
bharian
Posted in: PendidikanSunday, November 17, 2013
SPPBS: Guru Tertekan, Syukur Jika Ditambahbaik

Usaha
kerajaan untuk menambah baik Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(SPPBS) disambut baik para guru.
Capaian
SPPBS akan ditangguhkan mulai 30 November hingga 31 Disember ini dan dibuka
semula mulai 1 Januari hingga 31 Januari depan.
Kementerian
Pendidikan dalam satu kenyataan menyebut bahawa kementerian memandang berat isu
capaian SPPBS oleh guru-guru ketika mengisi prestasi pelajar bagi tahun ini.
Seorang
guru dari Perak akui sistem SPPBS yang lembap menyumbang kepada bebanan para
guru setiap kali mengisi data pelajar.
“Kami
memang berdepan macam-macam masalah. Lagi-lagi jika pelajar ponteng sekolah
sampai berbulan-bulan atau pelajar dari sekolah agama yang bukan kerajaan
kemudian mendaftar masuk ke sekolah kerajaan.
“Untuk
cikgu yang pegang banyak kelas memang terbeban,” katanya kepada Sinar Harian
Online.
Menurutnya,
masalah ‘server’ yang diperkatakan sejak kebelakangan ini memang berlaku setiap
kali guru mahu memasukkan data
pelajar.
"Masalah
utama saya rasa ‘server’ sebab kita nak bergerak dari satu petak ke petak lain
untuk seorang pelajar pun akan sangkut. Kadang-kadang apabila kita ‘log in’, ia
akan ‘log out’ semula.
“Kalau
masa tengah teruk, seorang pelajar pun kita tak mampu nak masukkan datanya.
Tengah-tengah kita isi markah pun, ia boleh ‘log out’ semula dan tak ‘save’ pun
data yang kita isi dari awal.
“Sekarang
ini saya nampak mereka fokus pada sistem yang lembap. Mungkin mereka akan ‘upgrade
server’ di sana, itu saya tak pasti. Yang beban di sekolah ini mereka tak
peduli,” katanya.
Beliau
bagaimana pun tidak menolak bahawa perancangan sistem itu memang bagus namun
gagal dalam pelaksanaan.
“Cakap
tentang perubahan, dah banyak kali mereka buat tapi tak ada kesan yang besar
sangat.
“Dalam
kementerian ini, perancangannya bagus tapi pelaksanaan di bawah yang
bermasalah. Orang bawah tidak bersedia untuk melaksanakan arahan orang atas,”
katanya.
Sementara
itu, seorang lagi guru dari Johor Bahru mengakui berdepan masalah sama ketika
menggunakan sistem tersebut.
“Sistem
sedia ada wajar dipertingkatkan lagi. Mungkin akhir tahun ini guru-guru
serentak mengisi penilaian, sistem semakin bermasalah.
“Apabila
masukkan data pelajar, sampai dua, tiga pagi masih ‘loading’,” katanya.
Beliau
mengharapkan penambahbaikan itu bakal menyelesaikan masalah sedia ada.
“(Kementerian
mahu memastikan sistem itu lebih efisien) itu yang kita harapkan. Kalau boleh
tak ada masalah.
“Sebab
ia berpanjangan. Setiap bulan perlu masukkan data pelajar, jadi, saya harap
selepas ini ia lebih baik dan berkesan,” katanya.
Posted in: PendidikanProgram Penilaian Berasaskan Sekolah Akan Terus Dilaksanakan Dengan Penambahbaikan

Program
Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang sedang dilaksanakan di sekolah-sekolah
di seluruh negara akan diteruskan dengan penambahbaikan bagi setiap
kekurangannya mulai Januari tahun depan.
Menteri
Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata satu mesyuarat khas yang
dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Madinah Mohamad
diadakan semalam bagi melihat semua bentuk kekurangan dan masalah agar ia dapat
dilaksanakan dengan lebih cekap dan tidak membebankan guru.
Katanya
antara perkara yang diberikan penekanan termasuk membaiki pelaksanaannya dengan
memberi penumpuan kepada sistem PBS itu yang didakwa oleh para guru tidak
berupaya digunakan kerana terdapat kelemahan dalam penggunaan sistem talian dan
program pengisian yang dikatakan tiada penyelarasan.
"Kali
ini kita akan pastikan sistem pengisian markah para pelajar dapat digunakan
oleh guru dengan lebih mudah melalui penggunaan tidak banyak sistem bagi semua
mata pelajaran secara integrasi," katanya kepada pemberita selepas
merasmikan majlis berkhatan dan bertindik peringkat Parlimen Besut anjuran
Majlis Kebudayaan Daerah Besut di Balai Budaya di Kampung Raja di sini Sabtu.
Menurutnya
kementerian juga akan cuba melaksanakan PBS dengan tidak menggunakan terlalu
banyak modul penilaian malah akan dicadangkan dengan hanya satu sahaja nanti.
Idris
bagaimanapun kesal dengan tindakan sesetengah pihak termasuk parti pembangkang
yang cuba memainkan isu PBS tanpa mendalami dengan lebih halus akan objektif
pelaksanaannya.
Katanya
sebelum ini pelbagai pihak menyatakan yang sistem pelajaran di negara ini lebih
berorentasikan peperiksaan yang menyebabkan ramai pelajar bosan dan tercicir
dalam pelajaran.
"Bertindak
balas atas pandangan rakyat itu kerajaan telah memperkenalkan PBS yang menilai
dan mendidik pelajar secara menyeluruh dalam semua aspek tetapi kini mereka
tetap menyatakan ia tidak bersesuaian," kata Idris yang juga anggota
Parlimen Besut.
Justeru
Idris meminta semua pihak supaya memahami betul-betul apa itu PBS yang
diwujudkan daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang mencakupi
semua aspek pendidikan serta berupaya memastikan kadar akses sejagat dalam
kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah
atas (Tingkatan 5) menjelang 2020.
-
BERNAMA
Posted in: Pendidikan
Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.








