Monday, September 28, 2015

Format dan Instrumen Contoh UPSR 2016

Bermula tahun 2016, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan menggunakan format baru, dimana murid Tahun 6 akan menghadapi bentuk dan format yang agak berbeza. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa Format dan Instrumen Contoh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2016 telah disediakan untuk rujukan awam. Format dan instrumen contoh UPSR 2016 boleh dimuatturun dengan mengklik subjek-subjek berikut: Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Matematik SK Matematik SJKC Matematik SJKT Sains SK Sains SJKC Sains SJKT - KP...

Tuesday, September 1, 2015

Berfikir dan Bertindak

Dalam kehidupan harian berfikir dan bertindak merupakan amalan yang berkait rapat dengan ciri peribadi dan kejayaan dalam hidup apatah lagi dalam konteks kepimpinan dan pengurusan. Amalan berfikir dan bertindak mempengaruhi peribadi seseorang. Orang yang berfikir sebelum bertindak berkemungkinan besar berjaya. Namun nilai fikir dan bila masa perlu atau boleh bertindak selepas berfikir juga menyumbang kejayaan tindakan. Ada orang bertindak tanpa atau kurang berfikir. Tindakan seperti ini dipanggil melulu, terburu-buru atau sembrono. Tindakan seperti ini juga dikatakan tindakan orang tidak bijak, tidak matang, keanak-anakan malah...

Tuesday, August 25, 2015

Renungan: Berhati-hati Menerima Pandangan

Seekor arnab melihat gagak yang sedang bersenang lenang hinggap di dahan pokok sambil berbunyi bising tanpa haluan. Timbul rasa iri hati, arnab bertanya gagak sama ada boleh atau tidak dia duduk bersenang-senang di bawah dahan pokok tempat gagak hinggap. Tanpa banyak soal gagak membolehkan arnab berbuat apa yang dia suka. Gagak sememangnya tiada apa-apa kepentingan terhadap arnab. Dia tidak kisah apapun akan terjadi kepada arnab, Maka arnab pun duduklah bersenang lenang di bawah pokok itu tanpa berbuat apa-apa sehingga tidak menyedari kehadiran pemburu yang sememangnya datang secara perlahan. Gagak yang duduk di tempat tinggi...

Saturday, August 1, 2015

Beban Kerja Guru Dikaji Semula - Mahdzir

Bebanan kerja yang ditanggung lebih 500,000 guru di seluruh negara akan dikaji semula bagi memastikan ia tidak menjejaskan tugasan hakiki mereka sebagai pendidik. Perkara itu dinyatakan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada sidang media selepas menghadiri majlis meraikan beliau sebagai Menteri Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa lalu. Beliau berkata, perkara yang akan dikaji hanya membabitkan kerja-kerja di luar tugasan hakiki seorang guru yang sebelum ini banyak menimbulkan rungutan. "Ada rakan-rakan saya dalam kalangan guru bercakap mengenai perkara ini, jadi saya rasa perkara ini perlu dikaji supaya kita...

Monday, June 22, 2015

KURSUS I-THINK SECARA LUAR TALIAN 2015

Bahan kursus luar talian bagi i-THINK 2015 telah boleh dimuat turun untuk digunakan. Pengguna harus juga mempunyai pelayan web IE (Inernet Explorer‎) versi 10 dan ke atas apabila menggunakan bahan ini. Sila klik di pautan ini untuk proses muat turun: http://www.moe.gov.my/v/ithink. Senarai bahan kursus I-Think Secara Luar Talian 2015 (Klik pada gambar untuk muat turun) Sebelum memulakan instalasi, rujuk Panduan Instalasi Aplikasi Kursus I-ThinkLuar Talian terlebih dahulu. - KPM   ...

Tuesday, June 2, 2015

20 Tips Pembelajaran Yang Berkesan

Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan. 1 – Tidak mensia-siakan masa Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang terluang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca. 2 – Membawa buku ke mana sahaja anda pergi Amalkan sikap membawa buku setiap ketika....

Sunday, May 31, 2015

Beri Ruang Guru Laksana Amanah

Guru; Apabila disebut saja perkataan ini secara tidak langsung akan mengimbas kembali memori mengenai sesuatu yang sangat terkesan di dalam minda dan hati kita. Ada yang apabila disebut perkataan ini, akan terpacul di mindanya gambaran sekolah. Ada juga apabila disebut perkataan ini tergambar di ingatannya wajah guru yang pernah mendidiknya. “Masa ayah kat sekolah dulu cikgu suruh berdiri tengah panas sebab lupa buat kerja rumah.” Dialog seperti ini hampir kebanyakan daripada kita dengar daripada ibu, ayah atau datuk kita yang mengimbas kembali zaman dan kenangan persekolahan mereka satu ketika dulu. Pendek kata, setiap orang...

Friday, May 15, 2015

Khutbah Tegur Sikap Salahkah Guru

Khutbah Jumaat di Selangor hari ini menyeru supaya ibu bapa tidak menyalahkan guru sekiranya terdapat masalah yang berlaku ke atas pelajar. Sempena Hari Guru, mimbar mengatakan, pada masa kini sikap berterima kasih kepada guru semakin berkurangan dan segelintir ibu bapa pula suka menuding jari kepada guru. Sikap itu boleh membantutkan peranan sebenar guru dalam mendidik pelajar, menurut teks khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini. "Sikap ini boleh membantutkan peranan sebenar guru dalam mendidik dan menyemat keperibadian unggul para pelajar. “Ibu bapa sewajarnya berperanan membimbing anak-anak, agar...

Monday, April 20, 2015

Sistem Digital, Guru Terseksa?

Baru-baru ini, heboh orang ramai bercakap mengenai tahap pencapaian pelajar Malaysia yang didakwa masih terkebelakang berbanding negara lain. Tetapi kualiti pendidikan dijangka lebih terjejas pada masa depan jika tinjauan mengenai tekanan guru yang dilakukan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) diambil kira. Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng berkata, tinjauan terbaharu NUTP yang dibuat tahun lalu menunjukkan tekanan dihadapi guru di Malaysia semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya disebabkan pengenalan pelbagai program pendidikan baharu serta penggunaan sistem elektronik (e-sistem)...

Tuesday, March 24, 2015

Anjakan Minda Pemimpin Pendidikan Abad Ke-21

Pemimpin pendidikan terutama di sekolah seperti pengetua, guru besar, penolong kanan, ketua panatia dan ketua bidang di zaman transformasi ini perlu membuat anjakan minda (mindset shift) untuk bukan sahaja kejayaan transformasi organisasi yang dipimpin, malahan kejayaan individu dan sistem pendidikan seluruhnya. Sekurang-kurangnya lapan aspek yang berkaitan dengan cara berfikir dan bertindak kumpulan pemimpin dan pengurus pendidikan tersebut perlu diubah selaras dengan perubahan gaya kepimpinan dan pengurusan global di luar bidang pendidikan. Zaman di mana ketua bersikap seolah-olah dia sahaja yang tahu dan betul, orang lain...

Sunday, February 8, 2015

Kepimpinan Untuk Pembelajaran

Apabila dikaji secara mendalam, konsep kepimpinan, lebih-lebih lagi dalam pendidikan, adalah sama dengan konsep pengajaran. Mengapa guru mengajar? Jawapannya tentulah untuk membantu murid belajar. Kata sendi ’untuk’ di atas bermaksud tujuan (purpose) iaitu tujuan pengajaran adalah membantu atau memudahcara (facilitate) murid belajar. Oleh itu, secara mudah bolehlah kita katakan bahawa pengajaran (teaching) adalah untuk pembelajaran. Hal ini bermaksud, guru yang baik pengajarannya (guru berkesan) mampu menghasilkan pembelajaran murid yang berkesan juga. Pengajaran dan pembelajaran berkesan mampu mengubah (transform) bukan sahaja...

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi