Khutbah
Jumaat di Selangor hari ini menyeru supaya ibu bapa tidak menyalahkan guru
sekiranya terdapat masalah yang berlaku ke atas pelajar.
Sempena
Hari Guru, mimbar mengatakan, pada masa kini sikap berterima kasih kepada guru
semakin berkurangan dan segelintir ibu bapa pula suka menuding jari kepada
guru.
Sikap
itu boleh membantutkan peranan sebenar guru dalam mendidik pelajar, menurut
teks khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini.
"Sikap
ini boleh membantutkan peranan sebenar guru dalam mendidik dan menyemat
keperibadian unggul para pelajar.
“Ibu
bapa sewajarnya berperanan membimbing anak-anak, agar lebih menghormati seorang
insan yang bernama guru, bahkan menghormati siapa sahaja yang berada di
sekeliling mereka.
"Kerana
dengan penghormatan tersebut, akan lebih berkatlah ilmu yang
diperolehinya," menurut teks khutbah itu.
Sambutan
hari guru tahun ini jatuh pada 16 Mei (esok). Pada tahun ini, tema hari guru
ialah "Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak".
0 comments:
Post a Comment