
Semakan
Penempatan Baharu Bagi Guru yang dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PPP) DG41 boleh disemak bermula semalam iaitu 29 Oktober 2014 di
Portal KPM di ruangan aplikasi berkala atau klik pautan berikut: SEMAKAN PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATANPENDIDIKAN (PPP) DG41-(MENENGAH) BIL 7/2014
Setelah
dibuat semakan, diminta untuk
menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri/ Bahagian untuk mendapatkan maklumat
lanjut berkenaan penempatan tuan/puan.
-
Portal KP...

Guru
perlu memikirkan semula pendekatan baharu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) terutama bagi subjek agama Islam bagi menarik minat dan
meninggalkan kesan positif kepada sikap serta rohani pelajar, kata Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin
yang juga Menteri Pendidikan berkata guru juga harus sentiasa membuat refleksi
mengenai kekuatan dan kelemahan diri, mengkaji perubahan luar serta kehendak dan
nilai masyarakat yang sentiasa berubah.
"Perubahan
dalam kurikulum pendidikan Islam memerlukan guru untuk melihat kembali amalan
bilik darjah yang sesuai serta relevan dengan ciri-ciri dan situasi...

Sedarlah
semua! Tolong sebar-sebarkan. Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk ke dalamnya.
Kita start engine kereta dan bersedia
untuk berundur.
Bila
kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada
kertas yg melekat ditengah-tengah cermin belakang menghalang pandangan kita.
Jadi kita parking balik kereta, buka
pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas atau apa jua benda yang menghalang
penglihatan kita tadi.
Bila
anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri akan keluar
dari tempat sembunyinya, masuk ke dalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin
akan...

Kementerian
Pendidikan hari ini mengesahkan kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR) 2014 bagi Mata Pelajaran Matematik dan Bahasa Tamil bocor.
Berikutan
itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, ujian
Matematik dan Bahasa Tamil yang berlangsung pada 10 September lalu dibatalkan.
Katanya,
tarikh baharu bagi ujian Matematik dan Bahasa Tamil ditetapkan pada 9 Oktober
ini.
Kenyataan Akhbar: Klik Gambar Untuk Kelihatan Lebih Jelas
Klik
kenyataan di bawah untuk maklumat lanjut:
KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH PELAJARAN
MALAYSIA
BERKAITAN...

Dewasa ini ramai ibu bapa yang sangat
mementingkan keputusan cemerlang anak-anak dalam peperiksaan. Ia merupakan satu
petanda yang bagus kerana ini menunjukkan ibu-bapa di zaman ini sangat
mementingkan pendidikan untuk anak-anak mereka.
Namun begitu, disamping keputusan
cemerlang, usah pula kita terlupa untuk mendidik dan memastikan sikap anak-anak
kita juga turut cemerlang.
Ikuti perkongsian menarik dari Ustaz
Asraff Ayobb (lulusan tahfiz dari Mesir, seorang usahawan dan pengasas Kaedah
Jibril) bagaimana beliau berjaya melonjakkan diri dari seorang pelajar
biasa-biasa kepada seorang yang luar biasa dan berjaya mencapai keputusan
cemerlang...

Kementerian
Pendidikan perlu merangka pelan kontingensi termasuk menyediakan beberapa set
soalan sebagai langkah mengelak kebocoran soalan peperiksaan.
Pengerusi
Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Dalam Pendidikan Melaka (Magpie), Mak Chee Kin
berkata, selain mengelak kebocoran, tindakan menyediakan beberapa set soalan
akan membolehkan murid menduduki semula ujian tanpa perlu menunggu masa lama.
Menurutnya,
di bawah perancangan itu, kertas soalan akan disediakan oleh beberapa panel
guru selain dicetak oleh pencetak yang berlainan.
Menurutnya,
hanya Pengarah Pendidikan yang akan membuat keputusan pada saat akhir set
soalan yang...

Kertas
peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 (Kertas 1 dan 2) bagi Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) didapati turut bocor dan murid perlu
mendudukinya semula pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Menteri
Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata perkara itu disahkan pada 11
pagi tadi selepas kementerian menerima maklumat malam tadi yang disebarkan
melalui media sosial.
Beliau
berkata kementerian memohon maaf atas insiden kedua itu selepas soalan mata
pelajaran Sains 018, 028 dan 038 yang dijadualkan hari ini bocor dan terpaksa
ditangguhkan ke 30 Sept.
"Kita
akan pastikan mereka yang bertanggungjawab diambil...

Kertas
peperiksaan subjek Sains bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang
dijadualkan esok terpaksa ditangguh kerana didapati soalannya bocor.
Lembaga
Peperiksaan dalam satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan, tarikh baharu bagi
peperiksaan kertas Sains 018, 028, 038 adalah pada 30 September 2014.
Berdasarkan
siasatan awal, pihaknya mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan
tersebut telah tersebar menerusi media sosial.
"Lembaga
Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan
siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang,"
menurut kenyataan itu.
Kertas
peperiksaan...

Seramai 472,853 murid menduduki Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) selama tiga hari di 8,299 pusat peperiksaan di
seluruh negara, bermula hari ini.
Timbalan Perdana Menteri merangkap
Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meninjau perjalanan
peperiksaan UPSR di Sekolah Kebangsaan Presint 16 (2) di Putrajaya hari ini,
mengucapkan selamat maju jaya kepada calon berkenaan dan berharap mereka
memberi fokus kepada menjawab soalan.
Seramai 1,533 calon mengambil UPSR di
11 sekolah di Wilayah Persekutuan Putrajaya manakala 21,455 murid menduduki
ujian itu di Kuala Lumpur dan 1,307 orang lagi di Labuan.
...

Antara jawapan pelajar yang
menjadi ‘viral’di laman sosial
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (NUTP) mengutuk tindakan penyebaran kertas jawapan soalan murid
sekolah rendah yang dijadikan bahan jenaka sehingga ia menjadi ‘viral’ yang
dipercayai dilakukan segelintir guru sekolah rendah di negara ini.
Presidennya Hashim Adnan berkata,
tindakan itu bukan saja melanggar etika profesion perguruan, malah lebih buruk
mengikis perasaan hormat terhadap guru berkenaan apabila tindakannya diketahui
murid yang menjadi ‘mangsa’ guru terbabit.
“Kebelakangan ini, saya menerima banyak
gambar seperti itu yang menjadi ‘viral’...

1) Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi
Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi
adalah masjid terbesar di dunia terletak di kota suci Makkah dan berada di
sekitar Kaabah. Masjid ini merupakan tempat paling suci bagi umat Islam dan
sebagai penunjuk arah kiblat. Ketika ini, luas Masjidil Haram ialah 39.6 hektar
termasuk ruang solat luar dan dalam. Ketika musim Haji, ia mampu menampung
sehingga 4 juta Jemaah.
2) Masjid Nabawi
Masjid kedua terbesar di dunia selepas
Masjidil Haram dan kedua paling suci bagi umat Islam. Salah satu tempat paling
penting pada masjid ini adalah Kubah Hijau di mana ia menempatkan makam Nabi Muhammad SAW.
3)...

Seramai 473,175 calon telah mendaftar
untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari 9 hingga 11
September ini. Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, 463,937 adalah calon
sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dan baki 9,238 merupakan calon sekolah
swasta.
Sebanyak 8,299 pusat peperiksaan akan
dibuka di seluruh negara bagi peperiksaan itu dan 51,438 petugas telah dilantik
bagi memastikan ia berjalan lancar.
Semua calon diingatkan supaya merujuk
kepada jadual waktu peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi
semasa peperiksaan berlangsung selain membawa kad...

Kepemimpinan tertinggi institusi
persekolahan di seluruh negara akan menyaksikan pengurusan pendidikan yang
lebih mantap melalui projek transisi bakal Pengetua/Guru Besar (PGB) dikenali
sebagai Program Residency dan Immersion (PRIme).
Program selama 13 bulan ini
mengetengahkan PGB Lantikan Baharu untuk menggantikan PGB yang akan bersara
atau bertukar dengan hasrat melahirkan pemimpin berprestasi tinggi selaras
anjakan kelima Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Selaku institusi yang terbabit secara
langsung dalam pelaksanaan fasa ketiga PRIme, Institut Aminuddin Baki (IAB)
komited...
Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.