
Kementerian
Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan 2015 di
seluruh negara, selama seminggu, berikutan banjir yang melanda beberapa negeri
di Semenanjung sekarang.
Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan berkata
dengan penangguhan itu, tarikh baharu sesi permulaan persekolahan tahun depan
bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Jan (Ahad),
manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Jan (Isnin).
"Penangguhan
itu dibuat dengan mengambil kira sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau...

Jabatan
Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah menyiarkan surat pekeliling yang bertujuan
memaklumkan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2015 untuk kakitangan
awam.
Bagi
penjawat awam, jadual pembayaran gaji ini adalah penting buat mereka dalam merancang
kewangan dan perbelanjaan bulanan mereka.
Tarikh
pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2015 adalah seperti berikut:
Keratan Jadual Gaji 2015 Yang Dikeluarkan Oleh
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Jadual
Gaji dan Peraturan Pembayaran Gaji boleh dimuat turun di sini: Jadual Gaji dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2015.
-
Jabatan Akauntan Negara M...

...

Bagi
membantu pihak pentadbiran sekolah rendah, berikut dimuat naik Templet
Pengiraan NKRA Sekolah Rendah yang boleh diubah suai mengikut tahun dan nama
sekolah masing-masing.
Contoh Templet Pengiraan NKRA Sekolah Rendah Yang Boleh Diubah Suai
Templet
tersebut adalah dalam bentuk Microsoft excel (xls/xlsx) boleh dimuat turun
dengan klik tajuk berikut: Templet Pengiraan NKRA Sekolah Rendah atau boleh juga dimuat turun melalui pautan
diruangan MATERIALS yang terdapat di dalam blog saya.
...

Terengganu
Education Monitoring System (TrEMS) atau Sistem Pemantauan Pendidikan Negeri
Terengganu merupakan satu sistem perekodan pemantauan berpusat secara atas
talian yang dibangunkan berdasarkan kepada MS ISO Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia (SKPM) 2010 bagi menggantikan sistem pemantauan manual yang sedia ada.
TrEMS
dapat membantu pihak pengurusan mengurus dengan lebih efektif di mana ianya
dapat memaparkan maklumat pemantauan dengan lebih pantas dan berkesan,
memastikan semua guru yang mengajar dicerap oleh pengurusan sekolah,
mengelakkan pertindihan sekolah dan pemantauan berulang. Di samping menjimatkan
masa dalam...

CHINA
has given its commitment to provide teachers and experts in Mandarin and
Mathematics for national schools in Malaysia.
Deputy
Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said with the help from China, Malaysia
could expedite its plan to encourage more students to master a third language
and Mathematics starting next year.
“We
need about 30,000 Mandarin teachers as we need three of them in each of our
10,000 national schools.
“This
matter was raised at the Umno general assembly recently,” he said here last
night.
At
present, he said, Mandarin was being offered as a subject in 600 national
schools nationwide.
Muhyiddin,
who...

Mari
kita sama-sama membaca kisah ini, Bacalah walaupun panjang kerana cerita ini
pasti menyentuh hati anda. Semoga kisah ini menjadi pembakar semangat buat
anak-anak yang akan mengambil UPSR ditahun yang mendatang;
Ayub
bin Mohadjar, anak orang kampung sahaja. Adik beradiknya sangat ramai. Pernah
dahulu saya mengajar abangnya Syuaib dan tahun lalu kakaknya Siti Khadijah.
Ayub
mempunyai dua lagi adiknya di Tahun 5, 3 dan 2. Masih ada kakak yang bersekolah
di sekolah menengah harian. Bermakna tujuh kesemuanya.
Ayahnya
bekerja kampung sahaja; sesekali saya melihat abangnya Syuaib atau Ayub
membantu ayahnya di kampungnya. Rumah...

Kementerian
Pendidikan perlu menyediakan komputer riba yang lengkap dengan perisian setiap
mata pelajaran kepada kesemua murid dan pelajar di seluruh negara sebelum
melaksanakan Buku Teks Digital Interaktif Pintar pada 2016.
Presiden
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata,
penyediaan kesemua kemudahan tersebut perlu dilakukan dalam tempoh setahun
supaya gelombang kedua transformasi buku teks berjalan lancar.
Katanya,
kementerian juga disaran menyemak semula senarai sekolah yang mempunyai
kemudahan internet berkelajuan tinggi 4G memandangkan banyak kawasan di luar
bandar masih tertinggal.
“NUTP
menyambut...

Pencapaian
keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 menurun sebanyak
0.02 Gred Purata Nasional (GPN) daripada tahun 2013. GPN pada tahun 2013 ialah
2.27 mata manakala GPN tahun ini 2.29 mata. Nilai GPN lebih kecil menunjukkan
pencapaian calon yang lebih baik.
Ketua
Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof semasa mengumumkan
analisis keputusan UPSR di kementerian itu di PUTRAJAYA hari ini, berkata calon
yang mendapat keputusan cemerlang semua gred A tahun ini ialah sebanyak 36,304
orang. Jumlah itu ialah 7.89 peratus daripada 460,407 calon yang menduduki
peperiksaan. Pencapaian itu juga menurun...

Keputusan
peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 akan dikeluarkan pada
26 Nov.
Menurut
kenyataan Lembaga Peperiksaan pada Rabu, calon boleh mendapatkan keputusan
mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari tersebut.
Selain
itu, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR 2014 melalui mySMS
15888 dengan perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi hari yang
sama dan akan ditamatkan pada pukul 11.59 malam, 2 Dis.
Sejumlah
473,175 calon menduduki UPSR di 8,299 pusat peperiksaan di seluruh negara.
-
BERNAMA
...

Kehadiran
lewat ke sekolah secara berterusan hampir setiap hari walaupun hanya satu atau
dua minit adalah antara kesilapan melibatkan integriti dalam kalangan warga
sekolah termasuk guru, kata anggota Exco Perak Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria.
Pengerusi
Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri itu
berkata dalam persekitaran pendidikan, terdapat sebilangan warga sekolah yang
masih tidak mengendahkan isu integriti.
Beliau
berkata banyak contoh kesilapan kecil yang dilakukan itu, kemudian mendatangkan
masalah kepada guru atau penjawat awam berkenaan.
"Kes
seperti lewat masuk ke kelas, guru masuk...

Pelaksanaan
pembestarian sekolah yang menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan
maklumat (ICT) perlu dijalankan bagi menjadikan institusi sekolah lebih berdaya
saing, kondusif dan moden mengikut arus perkembangan semasa yang semakin pesat.
Pengerusi
Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi
Tinggi Kedah, Nor Sabrina Mohd Noor berkata penggunaan ICT perlu diterapkan
menjadi sebahagian daripada kehidupan harian di sekolah dalam usaha untuk
menerapkan pengunaan teknologi ini secara berkesan dan bermakna kepada guru dan
murid.
"Semua
sekolah perlu melaksanakan pembestarian sekolah menggunakan...

Aplikasi
WhatsApp memperkenalkan tanda semak (✓) berwarna biru pada Khamis menandakan
mesej yang dihantar telah dibaca.
Menurut
Pasukan Sokongan aplikasi tersebut, isyarat baru itu adalah bagi menghapuskan
sepenuhnya kekeliruan 600 juta penggunanya.
Tanda
semak yang baharu ini turut menerima reaksi pelbagai dan mula diperkatakan di
media sosial.
Ada
di antaranya merasakan bahawa penerima yang tidak mahu membalas mesej kini
tidak boleh menggunakan alasan bahawa mesej yang dihantar ‘tidak sampai’.
Ada
juga yang tidak senang dengan kemaskini terbaru aplikasi tersebut kerana ia
dikatakan mengganggu privasi pengguna.
Tanda
semak...

Bekas
Adun Gual Periok, Abdul Rahman Awang, 76, meninggal dunia akibat serangan
jantung di Hospital Pasir Mas malam ini.
Adik
ipar kepada Allahyarham Fauziah Che Wook berkata, Abdul Rahman meninggal dunia
jam 7.45 malam ketika menerima rawatan.
"Petang
tadi, Allahyarham mengadu sakit di bahagian belakang badan dihantar ke Klinik
Kesihatan Rantau Panjang yang kemudiannya dihantar ke Hospital Pasir Mas,"
katanya ketika dihubungi di rumah Allahyarham di Rantau Panjang.
Allahyarham
Abdul Rahman yang juga bekas timbalan ketua Umno bahagian Rantau Panjang,
menjadi...

Lembaga
Tabung Haji (TH) mengagihkan zakat pendidikan berjumlah RM2.26 juta kepada
4,531 pelajar miskin melibatkan 163 sekolah di seluruh negara, tahun ini.
Pengarah
Operasi TH Terengganu Mohammad Mokhzani Mukhtar berkata Terengganu merupakan
negeri pertama menerima sumbangan dan pengagihan akan disusuli negeri lain
termasuk Sabah dan Sarawak.
Tahun
ini, sebanyak 10 sekolah terpilih dari Hulu Terengganu melibatkan 500 pelajar
miskin sekolah rendah dan menengah yang akan menerima sumbangan berupa
kelengkapan sekolah serta wang tunai berjumlah RM500 seorang, katanya kepada
pemberita selepas menyampaikan agihan zakat pendidikan...
Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.