Bekas
Adun Gual Periok, Abdul Rahman Awang, 76, meninggal dunia akibat serangan
jantung di Hospital Pasir Mas malam ini.
Adik
ipar kepada Allahyarham Fauziah Che Wook berkata, Abdul Rahman meninggal dunia
jam 7.45 malam ketika menerima rawatan.
"Petang
tadi, Allahyarham mengadu sakit di bahagian belakang badan dihantar ke Klinik
Kesihatan Rantau Panjang yang kemudiannya dihantar ke Hospital Pasir Mas,"
katanya ketika dihubungi di rumah Allahyarham di Rantau Panjang.
Allahyarham
Abdul Rahman yang juga bekas timbalan ketua Umno bahagian Rantau Panjang,
menjadi Adun Gual Periok selama satu penggal dari 1986 hingga 1990.
Fauziah
yang juga Ketua Wanita Umno bahagian Rantau Panjang berkata, jenazah Allahyarham
akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang pagi esok.
P/S:
Saya dan dua orang rakan iaitu Cg. Aziz (Pulau Pinang) dan Cg. Nadarajah
(Selangor) pernah tinggal berjiran dengan Allahyarham Abe Man semasa bertugas
di Rantau Panjang, Kelantan (1989-1993). Semoga Allahyarham ditempatkan di
kalangan orang-orang yang soleh. Aaamiin
0 comments:
Post a Comment