Aplikasi
WhatsApp memperkenalkan tanda semak (✓) berwarna biru pada Khamis menandakan
mesej yang dihantar telah dibaca.
Menurut
Pasukan Sokongan aplikasi tersebut, isyarat baru itu adalah bagi menghapuskan
sepenuhnya kekeliruan 600 juta penggunanya.
Tanda
semak yang baharu ini turut menerima reaksi pelbagai dan mula diperkatakan di
media sosial.
Ada
di antaranya merasakan bahawa penerima yang tidak mahu membalas mesej kini
tidak boleh menggunakan alasan bahawa mesej yang dihantar ‘tidak sampai’.
Ada
juga yang tidak senang dengan kemaskini terbaru aplikasi tersebut kerana ia
dikatakan mengganggu privasi pengguna.
Tanda
semak pertama pada Whatsapp menandakan mesej telah dihantar, manakala tanda
semak kedua menandakan mesej sudah diterima.
Apabila
kedua-dua tanda semak tersebut bertukar warna kepada biru, ia menandakan mesej
telah dibaca.
Pengguna
juga boleh memeriksa sesiapa yang sudah membaca mesej yang dihantar dalam mesej
berkumpulan di WhatsApp.
Pengumuman yang dibuat Pasukan Sokongan Whats
App
|
-
astroawani
0 comments:
Post a Comment