Thursday, November 27, 2014

Sediakan Komputer Riba Lengkap Perisian

Kementerian Pendidikan perlu menyediakan komputer riba yang lengkap dengan perisian setiap mata pelajaran kepada kesemua murid dan pelajar di seluruh negara sebelum melaksanakan Buku Teks Digital Interaktif Pintar pada 2016. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, penyediaan kesemua kemudahan tersebut perlu dilakukan dalam tempoh setahun supaya gelombang kedua transformasi buku teks berjalan lancar. Katanya, kementerian juga disaran menyemak semula senarai sekolah yang mempunyai kemudahan internet berkelajuan tinggi 4G memandangkan banyak kawasan di luar bandar masih tertinggal. “NUTP menyambut...

Wednesday, November 26, 2014

Pencapaian UPSR 2014 Menurun

Pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 menurun sebanyak 0.02 Gred Purata Nasional (GPN) daripada tahun 2013. GPN pada tahun 2013 ialah 2.27 mata manakala GPN tahun ini 2.29 mata. Nilai GPN lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik. Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof semasa mengumumkan analisis keputusan UPSR di kementerian itu di PUTRAJAYA hari ini, berkata calon yang mendapat keputusan cemerlang semua gred A tahun ini ialah sebanyak 36,304 orang. Jumlah itu ialah 7.89 peratus daripada 460,407 calon yang menduduki peperiksaan. Pencapaian itu juga menurun...

Thursday, November 20, 2014

Keputusan UPSR 2014 Pada 26 Nov

Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 akan dikeluarkan pada 26 Nov. Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan pada Rabu, calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari tersebut. Selain itu, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR 2014 melalui mySMS 15888 dengan perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi hari yang sama dan akan ditamatkan pada pukul 11.59 malam, 2 Dis. Sejumlah 473,175 calon menduduki UPSR di 8,299 pusat peperiksaan di seluruh negara. -  BERNAMA ...

Tuesday, November 18, 2014

Guru Lewat Ke Sekolah, Kesilapan Libatkan Integriti

Kehadiran lewat ke sekolah secara berterusan hampir setiap hari walaupun hanya satu atau dua minit adalah antara kesilapan melibatkan integriti dalam kalangan warga sekolah termasuk guru, kata anggota Exco Perak Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri itu berkata dalam persekitaran pendidikan, terdapat sebilangan warga sekolah yang masih tidak mengendahkan isu integriti. Beliau berkata banyak contoh kesilapan kecil yang dilakukan itu, kemudian mendatangkan masalah kepada guru atau penjawat awam berkenaan. "Kes seperti lewat masuk ke kelas, guru masuk...

Thursday, November 13, 2014

Pembestarian Sekolah Melalui ICT Perlu Ditekankan Untuk Kemudahan Guru Dan Pelajar

Pelaksanaan pembestarian sekolah yang menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) perlu dijalankan bagi menjadikan institusi sekolah lebih berdaya saing, kondusif dan moden mengikut arus perkembangan semasa yang semakin pesat. Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi Kedah, Nor Sabrina Mohd Noor berkata penggunaan ICT perlu diterapkan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian di sekolah dalam usaha untuk menerapkan pengunaan teknologi ini secara berkesan dan bermakna kepada guru dan murid. "Semua sekolah perlu melaksanakan pembestarian sekolah menggunakan...

Friday, November 7, 2014

Tanda Biru Whatsapp: Tiada Lagi Alasan Mesej 'Tak Sampai'

Aplikasi WhatsApp memperkenalkan tanda semak (✓) berwarna biru pada Khamis menandakan mesej yang dihantar telah dibaca. Menurut Pasukan Sokongan aplikasi tersebut, isyarat baru itu adalah bagi menghapuskan sepenuhnya kekeliruan 600 juta penggunanya. Tanda semak yang baharu ini turut menerima reaksi pelbagai dan mula diperkatakan di media sosial. Ada di antaranya merasakan bahawa penerima yang tidak mahu membalas mesej kini tidak boleh menggunakan alasan bahawa mesej yang dihantar ‘tidak sampai’. Ada juga yang tidak senang dengan kemaskini terbaru aplikasi tersebut kerana ia dikatakan mengganggu privasi pengguna. Tanda semak...

Wednesday, November 5, 2014

Al-Fatihah: Bekas Adun Gual Periok Meninggal Dunia

Bekas Adun Gual Periok, Abdul Rahman Awang, 76, meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pasir Mas malam ini.     Adik ipar kepada Allahyarham Fauziah Che Wook berkata, Abdul Rahman meninggal dunia jam 7.45 malam ketika menerima rawatan.     "Petang tadi, Allahyarham mengadu sakit di bahagian belakang badan dihantar ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang yang kemudiannya dihantar ke Hospital Pasir Mas," katanya ketika dihubungi di rumah Allahyarham di Rantau Panjang.     Allahyarham Abdul Rahman yang juga bekas timbalan ketua Umno bahagian Rantau Panjang, menjadi...

TH Agih RM2.26 Juta Zakat Pendidikan Untuk Pelajar Seluruh Negara

Lembaga Tabung Haji (TH) mengagihkan zakat pendidikan berjumlah RM2.26 juta kepada 4,531 pelajar miskin melibatkan 163 sekolah di seluruh negara, tahun ini. Pengarah Operasi TH Terengganu Mohammad Mokhzani Mukhtar berkata Terengganu merupakan negeri pertama menerima sumbangan dan pengagihan akan disusuli negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak. Tahun ini, sebanyak 10 sekolah terpilih dari Hulu Terengganu melibatkan 500 pelajar miskin sekolah rendah dan menengah yang akan menerima sumbangan berupa kelengkapan sekolah serta wang tunai berjumlah RM500 seorang, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan agihan zakat pendidikan...

Monday, November 3, 2014

13 Sekolah Diiktiraf SBT Kohort 5

MUHYIDDIN Yassin menyampaikan watikah pengiktirafan dan replika cek kepada guru besar SK Air Merah, Indon Osman dan wakil pelajar, Aida Fathini Abdul Jalil pada Majlis Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi Kohart 5 di Audiotorium Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara, di Kuala Lumpur. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengiktirafan 13 buah sekolah sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort 5. Beliau yang juga Menteri Pendidikan membuat pengumuman itu pada Majlis Pengiktirafan SBT Kohort 5 di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan di sini. Sekolah-sekolah berkenaan...

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi