Penekanan
terhadap Program Transformasi Vokasional dan Teknik (TVET) dalam Bajet 2015
adalah isyarat awal bahawa bidang latihan kemahiran akan menjadi pendidikan
arus perdana di negara ini.
Menteri
Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata sudah tiba masanya untuk
memberi tumpuan terhadap pembangunan latihan kemahiran kepada generasi muda
setaraf dengan tumpuan terhadap akademik.
"Ini
satu peralihan di mana pendidikan vokasional akan diarusperdanakan, kita akan
lihat kolej vokasional, sekolah vokasional, kolej komuniti, politeknik dan
pusat latihan dinaik taraf dan diperbesarkan dan diberi penekanan,"
katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis graduasi pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Lembah Bidong di sini hari ini.
Semalam,
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2015
mengumumkan daripada RM56 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan,
sebanyak RM1.2 bilion untuk program TVET selain RM50 juta diperuntukkan kepada
Mara bagi pelaksanaan program TEVT.
Sehubungan
itu, Idris menyeru ibu bapa agar tidak lagi sekadar mengharapkan anak mereka
cemerlang dalam akademik sahaja, sebaliknya turut memberi fokus terhadap bidang
latihan kemahiran tinggi yang sangat diperlukan dalam industri tertentu ketika
ini.
-
BERNAMA
0 comments:
Post a Comment