Tuesday, October 28, 2014

Pelajar Gagal Bertutur BM

Peranan sekolah tertentu yang sebahagian besar pelajarnya terdiri daripada pelajar Cina dan India yang gagal bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik akan dikaji semula, kata Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh. Beliau berkata, ia susulan kajian Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini, ramai kalangan pelajar bukan Melayu tidak boleh bertutur bahasa Melayu walaupun lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau berkata, pihaknya akan bertemu Penyelidik Utama ATMA, Datuk Profesor Dr Teo Kok Seong dalam masa terdekat untuk meneliti kajiannya yang membabitkan...

Wednesday, October 15, 2014

Perincian Takwim Persekolahan 2015

Klik Gambar Untuk Kelihatan Lebih Besar Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Takwim Persekolahan Sesi 2015 dengan perincian persekolahan mengikut penggal seperti mana berikut: PERINCIAN PERSEKOLAHAN MENGIKUT PENGGAL KUMPULAN A : Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu PERINCIAN PERSEKOLAHAN MENGIKUT PENGGAL KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya Muat turun: Takwim Persekolahan...

Sunday, October 12, 2014

TVET Bakal Jadi Pendidikan Arus Perdana

Penekanan terhadap Program Transformasi Vokasional dan Teknik (TVET) dalam Bajet 2015 adalah isyarat awal bahawa bidang latihan kemahiran akan menjadi pendidikan arus perdana di negara ini. Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata sudah tiba masanya untuk memberi tumpuan terhadap pembangunan latihan kemahiran kepada generasi muda setaraf dengan tumpuan terhadap akademik. "Ini satu peralihan di mana pendidikan vokasional akan diarusperdanakan, kita akan lihat kolej vokasional, sekolah vokasional, kolej komuniti, politeknik dan pusat latihan dinaik taraf dan diperbesarkan dan diberi penekanan," katanya kepada pemberita...

Tuesday, October 7, 2014

Penangguhan Pelaksanaan Kursus i-Think Dalam Talian Tahun 2014

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah menerima maklumat daripada Jabatan Pendidikan Negeri dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) mengenai ketidakpuasan hati guru mengenai pelaksanaan Kursus i-Think Dalam Talian (KiDT) ini atas sebab-sebab capaian internet yang tidak stabil dan kekangan masa yang diberikan untuk guru mengikutinya. Sehubungan dengan itu, dimaklumkan KiDT ditangguhkan pelaksanaannya pada tahun ini dan akan dilaksanakan pada tahun 2015 secara dalam talian dan luar talian (offline). Sekolah yang terlibat dengan rintis KiDT di 1,000 buah sekolah boleh meneruskan kursus ini sehingga tahun 2015.   Klik...

Friday, October 3, 2014

Negara Ketinggalan Jika Tidak Kembalikan PPSMI, Kata Dr. Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak kerajaan mengembalikan semula Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) atau negara akan tertinggal di belakang, lapor Bernama. Bercakap di Kelantan, antara negeri yang paling kuat menentang PPSMI, Dr Mahathir berkata, pengetahuan Sains dan Matematik berkembang dengan pesat dan semuanya hanya boleh didapati melalui Bahasa Inggeris. Katanya, jika pelajar tidak diajar kedua-dua mata pelajaran tersebut dalam Bahasa Inggeris, negara akan tertinggal di belakang. "Jika kita mahukan ilmu pengetahuan, khasnya Sains dan Matematik, kita mesti...

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi