Alkisahnya
suatu masa dahulu terjadilah perselisihan antara seorang atheis dan juga
seorang Pak Sheikh mengenai kewujudan tuhan, untuk menyelesaikan perbalahan
diantara mereka, kedua-duanya bersetuju untuk bertemu dan berdebat pada
keesokan harinya.
Keesokan
harinya, si Atheis datang tepat pada masanya ditempat yang dijanjikan,
penyokong kedua2 belah juga sudah ramai berkumpul untuk mendengar debat yang
hebat ini. Setelah hampir setengah jam, Pak Sheikh tidak kunjung tiba, Si
Atheis sudah mula tersenyum sambil berkata didalam hatinya, "Sheikh takut
nak berdebat dengan ku, sebab itu dia tidak datang".
Tidak
lama kemudian Pak Sheikh pun menjelma dan sambil tersenyum beliau meminta maaf
kerana terlambat. Sambil tersengih si Atheis bertanya, "mengapa pak sheikh
lambat, gentar untuk berdebat dengan saya ke?".
"Oh
tidak" jawab Pak Sheikh, "Saya terlambat kerana saya terpaksa
menyeberang sungai tadi, puas saya menunggu jika ada sampan-sampan yang lalu
atau sesiapa yang ingin menyeberang sungai agar saya boleh menumpang"
katanya lagi.
"Sedang
saya menunggu, tiba-tiba kayu yang hanyut di sungai itu berkumpul menjadi
laluan untuk saya, dari ranting yg kecil hinggalah ke batang pokok yang besar, kemudian
dengan selesanya saya meniti diatasnya dan sampai juga akhirnya saya di sini".
"Bohong"
tempelak si atheis,"Masakan boleh kayu-kayu itu berkumpul dengan
sendirinya, jika ia menjadi titi sekalipun mesti ada orang yang
membuatnya".
"Terimakasih"
balas Pak Sheikh, "Perdebatan kita sudah selesai" katanya lagi.
"Mengapa
kamu berkata sudah selesai?" tanya si Atheis.
"Kamu
sendiri sudah menjawab persoalan asas perdebatan kita ini" kata Pak
Sheikh.
"Jika
kayu yang sedikit itu tidak mampu dengan sendirinya bersatu menjadi titi,
bagaimana pula dengan dunia ini? Siapa yg mencipta langit dan bumi, bintang,
bulan dan matahari, tanah air angin dan api jika bukan tuhan yang maha berkuasa
dan maha bijaksana? Siapa yang mencipta kamu dan memberi akal supaya berfikir
tetapi kamu sendiri yang tidak mahu menggunakannya?
Tidak
diceritakan pula akan kesudahan kisah tadi tetapi itu sudah cukup untuk
membuatkan rakan yang tidak percayakan tuhan tadi untuk berfikir sejenak.
Manusia barat kebanyakannya kecewa dengan agama mereka sendiri yang penuh dgn
penipuan menyebabkan ramai yang tidak percayakan tuhan. Akan tetapi jika di
beri sedikit kiasan yg penuh makna, akan terdetik kembali akal mereka
memikirkannya.
Amat
sedih juga kerana ketika barat semakin menjauhi agama mereka, segelintir
masayarakat kita terpaut dengan agama mereka ini hanya kerana umpan cinta, wang
ringgit dan juga nikmat dunia yang sementara ini. Moga terbuka hati mereka
kembali kepangkal jalan suatu hari nanti.
Subhanaallah.
0 comments:
Post a Comment