Kerap
berubah polisi dan taksub dengan semua A dalam mata pelajaran merupakan punca
mengapa sistem sekolah di Malaysia terus merudum meskipun berbilion ringgit
dibelanjakan setiap tahun.
Guru,
aktivis dan bekas pegawai Kementerian Pendidikan yang ditemubual mendakwa
meskipun mempunyai polisi jelas seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) akan menjadi tidak berguna jika tidak dilaksanakan dengan betul.
Seorang
aktivis berkata, bagi mengatasi masalah itu, kerajaan perlu mengambil inisiatif
sendiri seperti yang diguna pakai program Yayasan Amir iaitu memberikan sekolah
lebih autonomi adalah kaedah terbaik mendidik pelajar.
Ulasan
tersebut dikemukakan selepas Ahli Ekonomi Kanan Bank Dunia, Frederico Gil
Sander, berkata kualiti pendidikan Malaysia lebih membimbangkan daripada kadar
hutang isi rumah negara.
Gil
Sander mengulas tentang bagaimana tahap pelajar sekolah menengah di Malaysia
lebih rendah daripada negara lebih miskin seperti Vietnam dalam program
penilaian antarabangsa, Pisa.
Bekas
pegawai kanan Jabatan Pendidikan Johor, Ramlan Samiran, berkata guru dan
pegawai kecewa apabila kerja dan masa yang mereka laburkan untuk menggubal
polisi baru dipersiakan apabila kementerian mengubah polisi setiap beberapa
tahun.
Katanya,
contoh yang paling hampir adalah perubahan daripada Pelan Pembangunan
Pendidikan (PIPP) kepada PPPM yang bermula pada 2010.
Selari
dengan pemansuhan itu adalah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang dihentikan pada 2012, selepas 10 tahun ia
diperkenalkan.
“Ramai
guru sukakan PIPP kerana ia menekankan pembangunan modal insan,” katanya.
PIPP
dirangka semasa zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri dan
Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai menteri pendidikan.
“Setelah
melihat pelaksanaan penuh dan hasilnya, kita secara tiba-tiba beralih ke PPPM,”
kata Ramlan berhubung pelan yang diinisiatifkan oleh Menteri Pendidikan, Tan
Sri Muhyiddin Yassin.
Perubahan
paradigma terbesar dalam PPPM adalah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang
memerlukan guru mengukur pemahaman pelajar berdasarkan pengajaran harian.
PBS
tidak terlalu memfokuskan kepada gred tetapi pemahaman pelajar dan kebolehan
mereka mengaplikasikannya. Ini berbeza dengan budaya pendidikan sebelumnya yang
mengamalkan ujian bulanan dan peperiksaan dengan objektif mengumpul A sebanyak
mungkin.
Pelaksanaan
PBS yang lemah mendapat kritikan guru setelah mereka dibebankan dengan lebih
banyak kerja pengkeranian. Minggu lalu, kerajaan memperkenalkan PBS baru yang
mengurangkan kerja ‘pengkeranian’ guru.
Kumpulan
pendesak guru, Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) mengakui PBS polisi yang
baik bagi memastikan pelajar memahami dan boleh mengaplikasikan apa yang mereka
pelajari di dalam kelas kepada kehidupan harian.
Namun,
masalah timbul apabila guru dan pentadbir sekolah dipaksa memenuhi kehendak
Jabatan Pendidikan yang taksub dengan markah sekolah lebih tinggi, kata
jurucakap SGMM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari.
“Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) menggesa guru di
bawah mereka supaya pelajar mendapat lebih banyak A. Mereka mahu kami menjangkau
KPI tersebut.
“Namun
sistem PBS tidak direka untuk itu,” kata Izzat yang juga guru di sebuah sekolah
menengah di Pahang.
Manakala
kumpulan pendesak guru-ibu bapa (Page) berkata, kerajaan boleh mengguna pakai
sistem program sekolahnya yang mencapai keputusan luar biasa memotivasikan guru
dan pelajar.
Program
yang kini melibatkan 10 sekolah di seluruh negara itu dikelolakan oleh Yayasan
Amir dan JPN.
Berdasarkan
laman sesawang Yayasan Amir, pengetua sekolah memantau operasi setiap hari
manakala Yayasan Amir menyalurkan kepakaran dan pengalaman dalam operasi,
pengurusan, pendidikan dan dana tambahan apabila diperlukan.
Setiausaha
Kehormat Page, Tunku Munawirah Putra, berkata sekolah diberi lebih kuasa bagi
mengaji pengetua lebih baik dan menghias persekitaran kelas bagi memotivasikan
guru dan pelajar.
Katanya,
sebagai contoh, guru diberi bilik darjah yang dihias poster dan kelengkapan
bersesuaian dengan mata pelajaran.
Ia
tidak seperti sekolah kebangsaan biasa yang meletakkan murid dalam satu kelas
dan guru beralih dari satu kelas ke kelas lain.
“Jadi
pelajar mendapat tempat dalam persekitaran kelas yang sesuai dengan mata
pelajaran seperti sains dan sejarah.
“Inovasi
lain ialah menampal hasil kerja pelajar di dinding bilik darjah dan
menukarkannya dengan kerap.
“Dengan
cara ini, pelajar rasa dihargai kerana rakan-rakan melihat hasil kerja mereka,”
katanya.
Beliau
berkata, kejayaan program itu menunjukkan sistem sekolah perlu dipisahkan
daripada pusat.
Itu
antara yang ditekankan Gil Sander mengenai kaedah meningkatkan kualiti sekolah
di Malaysia.
0 comments:
Post a Comment