Monday, March 31, 2014

Beri Sekolah Kuasa Autonomi, Elak Fokus Semua A, Selamatkan Sistem Pendidikan, Kata Pendidik

Kerap berubah polisi dan taksub dengan semua A dalam mata pelajaran merupakan punca mengapa sistem sekolah di Malaysia terus merudum meskipun berbilion ringgit dibelanjakan setiap tahun. Guru, aktivis dan bekas pegawai Kementerian Pendidikan yang ditemubual mendakwa meskipun mempunyai polisi jelas seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) akan menjadi tidak berguna jika tidak dilaksanakan dengan betul. Seorang aktivis berkata, bagi mengatasi masalah itu, kerajaan perlu mengambil inisiatif sendiri seperti yang diguna pakai program Yayasan Amir iaitu memberikan sekolah lebih autonomi adalah kaedah terbaik mendidik...

Sunday, March 30, 2014

Urusan Kenaikan Pangkat Ke Gred DG42 Di Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan kenaikan pangkat PPP Gred DG29, DG32, DG34 dan DG38 yang memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan ke Gred DG42. Mana-mana pegawai yang berminat hendaklah tersebut hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap melalui Ketua Jabatan untuk pertimbangan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) di KPM bagi tujuan kenaikan pangkat tersebut. Perlu diingatkan bahawa kenaikan pangkat oleh LKPPP ke Gred DG42 dan urusan lantikan ke DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) adalah dua urusan yang berlainan. Mana-mana pegawai yang berminat bagi memohon...

Tuesday, March 18, 2014

Kenyataan Media: Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN  TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN  BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dibangkitkan oleh guru-guru. PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP). Selain itu PBS merupakan...

Sunday, March 16, 2014

PBS: Guru Tidak Perlu Masukkan Data Secara Dalam Talian

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan kajian bagi penambahbaikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang ditangguhkan pelaksanaannya akan diumumkan pada Selasa ini. Timbalan Perdana Menteri ketika memaklumkan perkara itu berkata antara perubahan yang diputuskan ialah guru tidak perlu lagi memasukkan data maklumat pencapaian murid secara dalam talian ke dalam sistem PBS seperti sebelum ini. Beliau, yang juga Menteri Pendidikan berkata penambahbaikan hasil bengkel melibatkan kira-kira 1,000 guru juga mencadangkan para guru tidak perlu lagi menyertakan eviden dan hanya menyimpan data secara 'offline'. "Data hanya...

Friday, March 14, 2014

Renungan: Kisah Pak Sheikh Dengan Atheis

Alkisahnya suatu masa dahulu terjadilah perselisihan antara seorang atheis dan juga seorang Pak Sheikh mengenai kewujudan tuhan, untuk menyelesaikan perbalahan diantara mereka, kedua-duanya bersetuju untuk bertemu dan berdebat pada keesokan harinya. Keesokan harinya, si Atheis datang tepat pada masanya ditempat yang dijanjikan, penyokong kedua2 belah juga sudah ramai berkumpul untuk mendengar debat yang hebat ini. Setelah hampir setengah jam, Pak Sheikh tidak kunjung tiba, Si Atheis sudah mula tersenyum sambil berkata didalam hatinya, "Sheikh takut nak berdebat dengan ku, sebab itu dia tidak datang". Tidak lama kemudian Pak...

Tuesday, March 11, 2014

MH370 Hilang Mengelirukan Dan Sesuatu Yang Ajaib

Disamping penggunaan teknologi moden, usaha pencarian pesawat MAS MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu perlu juga menggunakan kaedah spritual yang diajar oleh Islam. Bekas Ketua Juruterbang B777 Fleet MAS, Kapten Norudin Abd Majid berkata, sebagai seorang Islam yang beriman, kehilangan pesawat ini perlu juga dilihat dari luar sudut sains dengan kembali kepada ajaran agama. "Ia hilang, 100 peratus hilang...fullstop! "Sebagai orang beriman, ini adalah ketentuan. Allah SWT menetukan segala-galanya. (Kehilangan) ini mengelirukan dan menjadi perkara ajaib yang kita dan dunia kena terima," kata beliau dalam temubual Buletin Utama...

Friday, March 7, 2014

Kamu Telah Menjual Agama Kamu, Sementara Kami Membelinya

Diceritakan seorang wanita muslimah berpurdah sedang membeli-belah di salah satu pasaraya di Perancis. Setelah selesai mendapatkan barang-barang yang dicarinya, dia segera pergi ke kaunter untuk membayar. Kebetulan “cashier” yang ditujunya adalah seorang wanita keturunan Arab yang berpakaian tidak menutup auratnya. Cashier tersebut memandang wanita berpurdah itu dengan pandangan mengejek, kemudian dia mulai mengira nilai barang belanjaan wanita tersebut sambil melemparkannya dengan kasar ke atas meja. Namun wanita berpurdah itu tidak terpengaruh dengan provokasi wanita cashier itu, dia tetap tenang, bahkan sangat tenang,...

Thursday, March 6, 2014

Pendidik, Ibu Bapa, NGO Sokong Pendekatan Lebih Mesra PBS

Warga pendidik, ibu bapa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyambut baik pendekatan lebih mesra guru dalam sistem baharu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang akan diumumkan hujung bulan ini. Mereka menyifatkan sistem yang akan berfokuskan pengajaran itu sebagai pemangkin sistem pendidikan negara yang baik selain menjadikan suasana pembelajaran dan pengajaran lebih sihat. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, kesediaan kerajaan menambah baik dasar tersebut meliputi psikometrik pelajar, perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial adalah satu perkembangan...

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi