
MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAH DARAHKU
...

Syeikh Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam
buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada
manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh
kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim
dilakukan manusia iaitu:
1. Gelojoh Ketika Makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang
kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan
terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang
akhirnya membawa kepada pembaziran.
2. Banyak Bercakap
Allah mencela manusia yang suka
bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah,...

Kerajaan
didesak supaya mengembalikan semula sistem pendidikan yang berpaksikan
Perlembagaan negara yang dilihat sebagai faktor penting dalam menyatupadukan
rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Bekas
Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Tan Sri Ibrahim Abu Shah berkata
semangat kekitaan dan perpaduan dalam kalangan rakyat tidak akan dapat dicapai
jika sistem pendidikan vernakular terus diamalkan di Malaysia.
"Selagi
kita tidak berbalik kepada asas negara, kita tidak akan mencapai perpaduan,
semangat kekitaan atau integrasi nasional yang kita idamkan selama ini,"
katanya pada sesi pembentangan dan perakuan resolusi...

Hari
ini saya telah menerima surat yang diemelkan kepada sekolah mengenai
pengemaskinian data guru yang telah mengikuti program NPQEL/NPQH dari tahun
1999 hingga 2013.
Surat Pengemaskian Data Guru Yang Telah Mengikuti
Program NPQEL/NPQH (klik gambar untuk kelihatan besar)
Apakah
maksud yang tersirat dari surat tersebut. Diharap ia akan memberi perkhabaran gembira
kepada semua peserta kursus yang telah mengikuti program NPQEL/NPQH. Semoga
segala ilmu yang dikutip melalui kursus anjuran Institut Aminuddin Baki
tersebut dapat diaplikasikan sepenuhnya sekiranya diberikan mandat suatu hari
nanti,...

Sambutan
Hari Raya 2013 Peringkat SK Undang telah diadakan pada Ahad 25 Ogos 2013.
Berikut gambar-gambar aktiviti dan video nyanyian murid sempena sambutan
tersebut:
Gambar
seterusnya boleh dilihat di dalam Ruangan Galeri atau klik pautan berikut: Sambutan Hari Raya SKU 2013
...

1. Apa itu PBS?
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran
yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi
dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan
bukan akademik.
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran
yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan
oleh Lembaga Peperiksaan.
PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan
pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Komponen PBS...

AMALAN SUNNAH SEMPENA AIDIL FITRI
Adalah penting untuk sentiasa
menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara
sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita
benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan
Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan
muttaqin (orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena
menyambut ketibaan hari lebaran Aidil Fitri ini.
Bertakbir
Bertakbir pada tarikh 1 Syawal
bersempena Aidilfitri merupakan...

Laman utama
www.edunation.my
SUDAH menjadi lumrah dunia, ramai orang
yang berminat untuk menggunakan pelbagai bentuk perkhidmatan di internet yang
boleh membantu mereka melakukan urusan seharian.
Urusan seharian itu semakin mudah
selepas internet dicipta yang menyebabkan semua maklumat dan perkhidmatan boleh
diperoleh menerusi hujung jari anda.
Justeru, pusat tuisyen secara online
yang mengenakan bayaran turut diperkenalkan menerusi internet.
Cuma ibu bapa perlu mempunyai wang yang
mencukupi untuk menggunakan perkhidmatan itu.
Namun, bagi seorang lelaki, Edmond Yap
yang berumur 33 tahun, dia telah...
Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.