Thursday, April 18, 2013

Pengalaman Projek Penandaarasan Di SK Sultan Sulaiman II Kuala Terengganu

Selepas satu minggu tamat dari Projek Penandaarasan barulah saya berkesempatan menulis pengalaman di SK Sultan Sulaiman II. Projek Penandaarasan adalah sebahagian keperluan bagi memenuhi keperluan Kursus Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL). Program Penandaarasan ini bertujuan mengenal pasti amalan-amalan pengurusan dan kepimpinan di SK Sultan Sulaiman II, Kuala Terengganu. Projek ini dijalankan dengan menggunakan kaedah pemerhatian, perbincangan dan temubual bagi mendapat maklumat berkaitan projek yang dipilih iaitu Program Pembelajaran Interaktif Melalui Internet Zoom-A. Populasi projek terdiri...

Tuesday, April 16, 2013

Kreativiti, Inovasi Dalam Pendidikan

ADA yang bertanya kepada saya jika kreativiti dan inovasi penting dalam pendidikan, mengapa ia tidak dijadikan sebagai mata pelajaran dan kurikulumnya diajar dalam bilik darjah. Jawapannya, kreativiti dan inovasi tidak boleh diajar tetapi ia boleh diterap secara tidak langsung melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara terancang. Dengan kata lain apa sahaja mata pelajaran kedua-dua elemen itu boleh diajar oleh guru melalui pendekatan pengajaran yang berpusat kepada murid atau student centre. Pengajaran berpusat kepada murid maksudnya pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara dua hala iaitu...

Thursday, April 11, 2013

Enam Inisiatif PPPM Berjaya Dicapai Dalam Tempoh 100 Hari Pelaksanaan

BANGI: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata enam daripada 25 inisiatif yang disasarkan tahun ini menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, sudah mencapai kejayaan membanggakan dalam tempoh 100 hari pertama pelaksanaannya. Inisiatif tersebut merangkumi pelancaran 1Agenda KPM, penubuhan Unit Prestasi dan Penyampaian Pendidikan (PADU) dan PADU Corporation, pelancaran dan pengagihan saranan ibu bapa, pengujian guru bahasa Inggeris dalam Ujian Penempatan Cambridge (CPT), pelaksanaan Program Rintis Program Transformasi Daerah dan penyediaan video e-guru. Selain enam inisiatif itu, Muhyiddin...

Tuesday, April 9, 2013

PPD Perlu Main Peranan Lebih Besar Merealisasikan Aspirasi Pendidikan Negara

KUALA LUMPUR: Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) perlu bersedia memainkan peranan lebih besar dan secara langsung bagi memastikan pengurusan dan pengoperasian sekolah dilaksana dengan teratur. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini memandangkan PPD adalah entiti Kementerian Pelajaran yang paling dekat dengan sekolah dan ia dapat memastikan aspirasi pendidikan negara dilaksanakan dengan lebih berkesan. "Hubungan erat antara PPD dengan pihak pentadbir dan guru-guru di sekolah juga membolehkan setiap dasar, aspirasi dan inisiatif baharu yang dilaksanakan kerajaan dapat dihayati dan direalisasikan dengan berjaya,"...

Monday, April 8, 2013

CUEPACS Cadang Sistem Saraan Transformatif Menyeluruh

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan Sistem Saraan Transformatif (SST) yang lebih menyeluruh dilaksanakan bagi meningkatkan prestasi penjawat awam. Presidennya Datuk Omar Osman berkata CUEPACS berharap proses penyediaan SST yang meliputi 81 skim perkhidmatan sahaja setakat ini, akan turut meliputi kesemua 289 skim perkhidmatan apabila siap kelak. "Sebelum ini kita ada cadangan untuk meningkatkan sistem saraan melalui SSBP (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam), namun tak jadi kita balik kepada SSM (Sistem Saraan Malaysia) yang ditambah baik. Apa yang diperlukan sekarang...

Saturday, April 6, 2013

Sasar 500 Sekolah Kluster Menjelang 2015

PUTRAJAYA 5 April - Kementerian Pelajaran akan meningkatkan jumlah Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) daripada 300 kepada 500 buah menjelang 2015. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud berkata, kini terdapat lebih daripada 500 sekolah yang telah dikenal pasti berpotensi untuk mendapat pengiktirafan tersebut. Katanya, pihak kementerian mempunyai matlamat untuk meningkatkan bilangan SKK supaya dapat dijadikan penanda aras kepada sekolah lain. "Sehingga kini sejumlah 213 sekolah telah dinobatkan sebagai SKK. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 60 SKK telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). "Pada hari...

Friday, April 5, 2013

Renungan: Kategori Manakah Kita Sebenarnya

Al-Quran dan Hadis banyak menyebut tentang orang-orang Islam yang zalim, fasik, soleh dan bertaqwa. Kalau kita teliti, kita akan dapati bahawa orang-orang yang dimaksudkan itu boleh dibahagikan ke dalam beberapa kategori. Kalau kita kaji orang-orang yang dalam berbagai kategori ini, mungkin kita akan dapat faham kedudukan orang bertaqwa berbanding dengan orang-orang di kategori-kategori yang lain. Kita pun dapat mengukur di tahap mana diri kita, sama ada kita sudah selamat atau belum. Kategori-kategori tersebut ialah: 1.           Orang yang abai 2.          ...

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi