Alhamdulillah
tercapai juga hajat saya untuk mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa murid
Tahun 5 khasnya murid Tahun 5 Ibnu Sina yang telah diadakan pada hari Khamis 1
Nov 2012 baru-baru ini. Sepanjang saya bertugas di sekolah ini iaitu bermula
tahun 2011, saya melihat sekolah ini tidak pernah mengadakan perjumpaan ibu
bapa dengan murid Tahun 5 yang akan menghadapi peperiksaan tahun berikutnya.
Oleh kerana saya yang akan mengambil alih mengajar kelas utama Tahun 6 bagi
sesi 2013 telah mendapatkan persetujuan pihak pengurusan sekolah untuk
mengadakan program perjumpaan bersama ibu bapa ini.
Tujuan
utama perjumpaan ini adalah untuk menyampaikan buku latihan Matematik sebagai
latihan mereka semasa cuti persekolahan akhir tahun nanti. Buku latihan yang
saya hasilkan ini adalah sebagai persediaan awal untuk menghadapi UPSR 2013. Di samping itu sempat juga saya mengenali
ibu bapa muirid dan menyampaikan motivasi serta penerangan pencapaian subjek Matematik
anak mereka, sebagai langkah awal atau titik permulaan menghadapi UPSR tahun
hadapan.
Harapan saya, langkah yang saya ambil ini boleh membuka mata pihak
pengurusan sekolah untuk dijadikan aktiviti tahunan dan boleh diterima oleh
guru-guru subjek lain untuk meningkatkan lagi pencapaian khususnya pencapaian
UPSR yang akan dihadapi murid ditahun berikutnya.
0 comments:
Post a Comment