Berkuatkuasa
1 Januari tahun depan, guru, guru besar dan pentadbir sekolah berprestasi
cemerlang, akan dinaikkan ke gred DG41 tanpa temuduga.
Menurut
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, perkara itu sudah
dipersetujui Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, SPP.
"Suruhanjaya
Perkhidmatan Pelajaran telah bersetuju melantik secara terus calon guru
berprestasi cemerlang pada tahap akademik dan iktisas selepas tamatkan
pengajian tanpa proses temuduga. Melantik terus tanpa temuduga guru- guru,
guru-guru besar dan pentadbir cemerlang yang memperolehi ijazah sama ada
separuh masa atau di bawah program pengajian jarak jauh ke gred DG41".
Tan
Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran membuat pengumuman itu ketika
merasmikan Persidangan Perkhidmatan Pendidikan di Seremban, pagi tadi.
Menurutnya,
calon terbabit boleh membuat permohonan terus kepada SPP untuk dikecualikan
dari proses temuduga.
Turut
diumumkan, Persetujuan SPP melantik calon guru berpreastasi cemerlang tanpa
temuduga.
0 comments:
Post a Comment