SEREMBAN:
Beberapa program ijazah akan dilaksana di 32 buah politeknik di seluruh negara
dengan kerjasama universiti tempatan mulai tahun depan, kata Ketua Pengarah
Jabatan Pengajian Politeknik, Mejar (K) Md Nor Yusof.
Beliau
berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada langkah stategik untuk
memperkasa lulusan diploma politeknik.
"InsyaAllah,
tahun depan kita akan mulakan program berkembar dengan Universiti Teknologi
Mara. Untuk itu kita akan memberi pendedahan kepada pegawai kita dalam
melaksanakan program ijazah di politeknik," katanya kepada pemberita
selepas melancarkan buku Transformasi Modal Insan Pegawai Pendidikan Pengajian
Tinggi (PPPT) di sini, hari ini.
Md
Nor berkata di peringkat kolej komuniti pula, pihaknya akan melaksana 'diploma
pembelajaran berasaskan kerja' tahun depan di 81 buah kolej komuniti di seluruh
negara.
"Program
diploma ini dibuat dengan kerjasama industri. Jadi kita akan cari rakan
industri. Pembelajaran pelajar ialah lebih di industri.
"Apabila
pelajar selesai dengan program ini, peluang mereka untuk diserap terus dalam
bidang pekerjaan sangat tinggi. Buat masa ini kita telah mengenal pasti
industri minyak dan gas di Miri, Sarawak untuk kolaborasi dengan kita,"
katanya.
-
Bernama
0 comments:
Post a Comment