
Bahagian pengurusan sekolah harian
telah mengeluarkan Takwim Persekolahan sesi 2013 dengan perincian persekolahan
mengikut penggal, menerusi portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Takwim tersebut boleh dimuat turun di sini > Takwim Persekolahan 2013
PERINCIAN
PERSEKOLAHAN MENGIKUT PENGGAL
KUMPULAN A :
Sekolah-sekolah di
Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu
PERINCIAN PERSEKOLAHAN
MENGIKUT PENGGAL
KUMPULAN B :
Sekolah-sekolah di
Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak,
Selangor, Negeri
Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak,
Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
...

Selalu kedapatan semasa kita melayari sesebuah laman web, pelbagai iklan akan muncul,
kadang-kadang iklan lebih banyak daripada kandungan laman web itu sendiri. Bagi
saya ia mengganggu tumpuan atau terpaksa menutup setiap iklan yang keluar itu,
jika tidak mahu ia muncul lagi.
Lihat sahaja perbezaan laman web The
Star sebelum dan selepas menggunakan AdBlock:
Untuk menyekat iklan-iklan tersebut
dari muncul, anda boleh menggunakan Adblock. Ia adalah sebuah plugin yang boleh
dipasang pada kebanyakan pelayar web termasuklah Internet Explorer, Google
Chrome, dan Firefox.
Ikuti pautan di bawah bagi memasang
AdBlock...

KUALA
LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Seramai 2,313 murid miskin termasuk 925 dari
keluarga miskin tegar akan ditawar ke Tingkatan Satu, Sekolah Berasrama Penuh
(SBP) tahun depan dengan diberi bantuan oleh Kementerian Pelajaran.
Menurut
Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pelajaran, mereka
merupakan antara 7,710 murid yang dipilih bagi ditempatkan di Tingkatan Satu
SBP.
Murid
dari keluarga miskin tegar yang akan dipilih perlu mempunyai sekurang-kurangnya
3A 2B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012, menurut kenyataan
bahagian tersebut hari ini.
Ia
berkata kementerian telah menerima 105,357...

SEREMBAN:
Beberapa program ijazah akan dilaksana di 32 buah politeknik di seluruh negara
dengan kerjasama universiti tempatan mulai tahun depan, kata Ketua Pengarah
Jabatan Pengajian Politeknik, Mejar (K) Md Nor Yusof.
Beliau
berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada langkah stategik untuk
memperkasa lulusan diploma politeknik.
"InsyaAllah,
tahun depan kita akan mulakan program berkembar dengan Universiti Teknologi
Mara. Untuk itu kita akan memberi pendedahan kepada pegawai kita dalam
melaksanakan program ijazah di politeknik," katanya kepada pemberita
selepas melancarkan buku Transformasi Modal Insan Pegawai Pendidikan...

Klik pada gambar untuk kelihatan besar dan jelas
Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
2012 boleh disemak melalui mySMS 15888 bermula jam 10 pagi, 19 November 2012
sehingga jam 11:56 malam, 25 November 2012. Semakan boleh dibuat dengan menaip
UPSR diikuti angka giliran dan hantar SMS ke 15888. Caj perkhidmatan akan dikenakan
iaitu RM0.15 untuk penghantaran dan RM0.20 untuk caj penerimaan. Selamat
Berjaya.
...

Berkuatkuasa
1 Januari tahun depan, guru, guru besar dan pentadbir sekolah berprestasi
cemerlang, akan dinaikkan ke gred DG41 tanpa temuduga.
Menurut
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, perkara itu sudah
dipersetujui Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, SPP.
"Suruhanjaya
Perkhidmatan Pelajaran telah bersetuju melantik secara terus calon guru
berprestasi cemerlang pada tahap akademik dan iktisas selepas tamatkan
pengajian tanpa proses temuduga. Melantik terus tanpa temuduga guru- guru,
guru-guru besar dan pentadbir cemerlang yang memperolehi ijazah sama ada
separuh masa atau di bawah program pengajian jarak jauh...

Majlis
Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19
November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8,
Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Pada tahun ini
seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di
seluruh negara.
Calon boleh
mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00
pagi pada hari yang sama.
Sumber: Lembaga
Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
...

...

Alhamdulillah
tercapai juga hajat saya untuk mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa murid
Tahun 5 khasnya murid Tahun 5 Ibnu Sina yang telah diadakan pada hari Khamis 1
Nov 2012 baru-baru ini. Sepanjang saya bertugas di sekolah ini iaitu bermula
tahun 2011, saya melihat sekolah ini tidak pernah mengadakan perjumpaan ibu
bapa dengan murid Tahun 5 yang akan menghadapi peperiksaan tahun berikutnya.
Oleh kerana saya yang akan mengambil alih mengajar kelas utama Tahun 6 bagi
sesi 2013 telah mendapatkan persetujuan pihak pengurusan sekolah untuk
mengadakan program perjumpaan bersama ibu bapa ini.
Tujuan
utama perjumpaan ini adalah untuk...
Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.