Suatu
hari, semasa dia hendak menyelesaikan tugasan harian, dia masuk ke bilik daging
sejuk beku untuk memeriksa baki stok bekalan daging, akan tetapi nasib nya
tidak baik, tiba-tiba pintu bilik sejuk itu tertutup dan dia terkunci dari
dalam tanpa apa-apa alat untuk membantunya.
Dia
berusaha menolak pintu bilik sejuk namun tidak berganjak, pintu setebal 10 inci
itu terlalu utuh baginya. Walaupun dia menjerit dan mengetuk pintu sekuat hati,
tiada seorang pun yang dapat mendengarnya. Dia mulai panik. Kebanyakan pekerja
sudah lama pulang, dan adalah mustahil untuk mendengar apa-apa di dalam bilik
sejuk pada kawasan di luar bilik sejuk.
Satu
jam berlalu dia mencari apa-apa alat yang dapat membantunya keluar namun
sia-sia, dalam bilik itu hanya terdapat daging semata-mata, badannya semakin
lemah kerana kesejukan.
Tiga
jam kemudian dia semakin hampa, badannya semakin lemah dan suhu badannya turun
mendadak. Muka semakin pucat, tangan menggeletar nak berdiri pun tak mampu.
Lima
jam kemudian, dia mula berfikir akan mati kesejukan dalam bilik sejuk itu, air
matanya menitis memikirkan nasibnya, adakah begini cara kematiannya? Nafasnya
mula tercungap-cungap, sedang dia dalam helaan nafas kematian, tiba-tiba
tuppp.....terdengar pintu bilik terbuka, seorang security guard di kilang
tersebut membuka pintu bilik sejuk itu. Nasib nya baik kerana dia terselamat
dari kematian pada hari itu.
Pak
guard terkejut melihat wanita itu terbaring kaku kesejukan, lantas membawanya
keluar dan menyelimutinya.
Beberapa
ketika, setelah itu, perempuan itu pun bertanya pada pak guard itu bagaimana
dia boleh membuka pintu bilik sejuk itu walaupun ia bukan rutin pekerjaan
hariannya.
Pakcik
itu menjawab : "Saya telah bekerja di kilang ini selama 35 tahun, dan
terdapat ratusan pekerja keluar dan masuk setiap hari, tetapi kamu adalah
segelintir yang akan menyapa saya pada sebelah pagi dan akan menyapa selamat
tinggal kepada saya pada sebelah malam setiap hari kamu meninggalkan kerja.
Kebanyakan dari mereka melayan saya seperti saya tidak pernah wujud.
Hari
ini, sebagaimana kamu bila masuk ke kerja dan juga hari-hari sebelumnya menyapa
saya dengan sapaan ringkas "Assalamualaikum". Tetapi malam ini
selepas waktu kerja, saya berasa pelik kerana saya tidak mendengar sapaan
"Bye. Jumpa lagi esok". Jadi, saya merasakan saya perlu check di
sekitar kilang.
Setiap
hari saya akan mengharap sapaan "salam" dan "bye" dari kamu
kerana kamu mengingatkan bahawa saya masih seorang insan dan saya masih rasa
dihargai oleh seseorang. Dengan tidak mendengar ucapan selamat tinggal hari
ini, saya dapat mengagak mungkin ada sesuatu yang telah terjadi.
Sebab
itu, saya mencari kamu di merata tempat. Syukurlah Allah telah menggerakkan
hati saya untuk memeriksa bilik sejuk itu, sebab saya pernah melihat kamu di situ,
dan saya bertindak dengan naluri yang Allah cetuskan, kalau ikutkan logik
memang tidak masuk akal, tambah lagi tengah malam begini.
Wanita
itu sujud syukur kerana Allah masih meminjamkn nyawa padanya.
Pengajaran
untuk diri:
Jadilah
seorang yang merendah diri, penyayang dan hormat pada setiap individu di
sekeliling. Cubalah untuk memberi kesan kepada setiap orang yang melalui
perjalanan hidup dengan anda, kerana anda tidak tahu apa akan terjadi di masa
depan. Biarlah cerita ini menjadi satu inspirasi. Tak hilang bisa ular yg
menyusuri akar!!!
0 comments:
Post a Comment