
Suatu
hari, semasa dia hendak menyelesaikan tugasan harian, dia masuk ke bilik daging
sejuk beku untuk memeriksa baki stok bekalan daging, akan tetapi nasib nya
tidak baik, tiba-tiba pintu bilik sejuk itu tertutup dan dia terkunci dari
dalam tanpa apa-apa alat untuk membantunya.
Dia
berusaha menolak pintu bilik sejuk namun tidak berganjak, pintu setebal 10 inci
itu terlalu utuh baginya. Walaupun dia menjerit dan mengetuk pintu sekuat hati,
tiada seorang pun yang dapat mendengarnya. Dia mulai panik. Kebanyakan pekerja
sudah lama pulang, dan adalah mustahil untuk mendengar apa-apa di dalam bilik
sejuk pada kawasan di luar bilik sejuk.
Satu
jam...